Showing posts with label special day. Show all posts
Showing posts with label special day. Show all posts

Monday, November 23, 2015

Lemon Blueberry Layer Cake / Kek Lapis Lemon Blueberi

Assalamualaikum

Alhamdulillah...setelah hampir setahun tak meng"update" blog..akhirnya hari ni saya menggagahkan diri untuk kembali menulis "karangan"...hihi sebenarnya memang hati ni teringin sangat nak kongsikan beberapa resepi baru yang telah dicuba, tapi disebabkan kekangan masa yang tidak mengizinkan saya tahan je keinginan tu... sekarang musim cuti sekolah ( kerja tetap ada untuk diselesaikan dan perancangan tahun 2016 perlu disiapkan ) jadi bolehla saya mengarang sikit...

Sebenarnya kek yang sangat sedap ni, saya buatkan sempena birthday saya sendiri Ogos lalu..dah lama sangat dah hihi alhamdulillah, suka sangat dengan kek ni. memandangkan suami sukakan jenis kek yang sebegini berbanding coklat, puas juga saya google mencari resepi kek yang berasaskan lemon. akhirnya berkenan dengan resepi dari Sally's Baking Addiction ni..

Sangat berpuas hati dengan kejadian kek ni...gabungan lemon dan blueberi memang best..tekstur kek ni sangat moist..memang sedaplah. saya copy paste je resepi kek ni kat bawah ye..namun saya tak ikut 100% resepi asal terutamanya sukatan gula dalam kek  dan cream cheese frosting ..untuk frosting tu saya tambahkan jus lemon dan juga lemon zest..lagi bangkitla rasa dan aroma lemon dalam kek ni. tp dah lupa banyak mana yang saya adjust tu..alhamdulillah manisnya sedang-sedang je..kalau ikut resepi asal agaknya boleh kena kencing manis sebab terlalu banyak penggunaan gula...

 


 

Lemon Blueberry Layer Cake
  • 1 cup (230g) unsalted butter, softened to room temperature
  • 1 and 1/4 cups (250g) granulated sugar
  • 1/2 cup (100g) packed light brown sugar
  • 4 large eggs, at room temperature
  • 1 Tablespoon vanilla extract
  • 3 cups (360g) sifted all-purpose flour, careful not to overmeasure 
  • 1 Tablespoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1 cup (240ml) buttermilk
  • zest + juice of 3 medium lemons
  • 1 and 1/2 cups blueberries, fresh (258g) or non-thawed frozen (275g)
  • 1 Tablespoon all-purpose flour

Cream Cheese Frosting

  • 8 ounces (224g) full-fat cream cheese, softened to room temperature
  • 1/2 cup (115g) unsalted butter, softened to room temperature
  • 3 and 1/2 cups (420g) confectioners' sugar
  • 1 - 2 Tablespoons (15-30ml) heavy cream
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • pinch salt


Directions:

  1. Preheat the oven to 350F. Grease and lightly flour three 9x2 inch cake pans with nonstick spray. Set aside.
  2. Make the cake: Using a handheld or stand mixer with a paddle attachment, beat the butter on high until creamy - about 1 minute. Add granulated and brown sugars and beat on medium-high speed until creamed, about 2-3 minutes. Scrape down the sides and bottom of the bowl as needed. Add eggs and vanilla. Beat on medium speed until everything is combined, about 2 full minutes. Scrape down the sides and bottom of the bowl as needed. Set aside.
  3. In a large sized bowl, toss together the flour, baking powder, and salt. Slowly add the dry ingredients to the wet ingredients. Beat on low speed for 5 seconds, then add the milk, lemon zest, and lemon juice. Remove from the mixer and stir lightly until everything is just combined. Toss the blueberries in 1 Tablespoon of flour and fold into the batter. Batter is extremely thick. Do not overmix at any point. Overmixing will lend a tough, dense textured crumb.
  4. Spoon batter evenly into 3 prepared cake pans. If only using 2 cake pans, your bake time will be longer. Bake the three layers for about 21-26 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean. Mine took 21 minutes. Remove from the oven and allow to cool completely before frosting.
  5. Make the frosting: Using a handheld or stand mixer with a paddle attachment, beat cream cheese and butter together on medium speed until no lumps remain, about 3 full minutes. Add confectioners' sugar, 1 Tablespoon cream, vanilla extract, and salt with the mixer running on low. Increase to high speed and beat for 3 minutes. Add 1 more Tablespoon of cream to thin out, if desired.


InshaALLAH...nanti akan buat lagi kek yang sedap ni...
Sekian...buat peminat kek lemon, boleh la try resepi ni nanti..dijamin sedap.
Jangan lupa kurangkan sukatan gula ye ;)

Saturday, December 7, 2013

The Classic Victoria Sandwich Cake & Happy Birthday Kids

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. atas segala nikmat Nya..
terasa begitu pantas masa berlalu.. anak-anak pun dah besar.. pengalaman melahirkan masih lagi segar diingatan dan tak mungkin dilupakan..


dalam minggu yang sama, dua kali lah try resepi kek yang sedap ni.. gambar atas ni kali pertama buat, buat pun setengah adunan je saiz loyang 5inci.. bukan apa, en.suami kata nak buat kek buat saiz kecik je.. hihi takut bini dia makan banyak hehehe

kali kedua, buat lagi untuk kek birthday auni dan ali.. ikut tarikh tu lambat lagi, tapi sebab minggu depan bercadang nak balik kampung, buatla awal sikit untuk diorang makan-makan jamu kawan-kawan kat taska. tak jangka pulak nak buat kek nih, plan nak buat kek coklat aje pun.tapi memandangkan rasa kek ni yang sedap dan cara nak buatnya pun tersangatlah simple dan mudah.. guna resepi kek ni ajelah..

kalau ikutkan resepi asal kek nih, sukatan gula tu sama je dengan tepung, butter dan telur. rasanya pun tersangatlah manis.. so kali kedua buat ni saya kurangkan penggunaan gula, ditambah perisa blueberry dan dipadankan dengan cream cheese frosting.. hmmm wallaaah.. sangat sedap ye.

Ok, saya sertakan resepi kek ni kat bawah..  seumur hidup pertama kali wat kek saiz 10" x 10" ni.. sebelum nih guna loyang ni wat brownies dan bingka aje hihi.. buat pulak 3 lapis takut tak cukup budak-budak nak makan hihi.. mujur ada 3 biji loyang saiz tu kat rumah ni.. asalnya nak oder je kek rainbow tapi bila harganya rm90 untuk saiz 9 loyang bulat tu rasa macam tak berbaloi pulak hihihi baik buat sendiri kan... dan untuk resepi asal, boleh klik link blog kak Rima ye.



The Classic Victoria Sandwich Cake
Source : Kak Rima
Olahan : Atie

Bahan-bahan : ( untuk selapis kek saiz 10" x 10" )
200 gram mentega
160 gram gula caster
200 gram telur 
200 gram tepung naik sendiri
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu cair/susu segar


Cara membuat :
  1. Panaskan oven dengan suhu 160C
  2. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga pucat, ringan dan kelihatan gebu.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga betul-betul sebati.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Masukkan tepung dan kacau ( kaup balik ) dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
  7. Campurkan susu dan gaul sebentar untuk mendapat batter yang licin.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan dengan spatula.
  9. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga permukaan kek keperangan.
  10. Setelah kek masak, biarkan sejuk baru diterbalikkan di atas wire rack sebelum dihiaskan.




Cream Cheese Frosting :
270 gram cream cheese
200 gram butter
1/2 cawan gula ising
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese bersama butter sehingga ringan dan licin.
  2. Ayakkan gula aising ke dalam adunan krim. 
  3. Masukkan jus lemon dan pukul sehingga sebati.


Rasa yang sangat sepadan.. blueberry dan cream cheese frosting ni.. alhamdulillah.. takde lah manis sangat bila dikurangkan gula dalam adunan kek tu. memang sangat berpuas hati dengan hasil dan rasanya..

Ok, layan je gambar anak-anak ni :)




Bulatnya mata si athif :)
Athif punya tunggu tahun depan ye..




Thursday, May 30, 2013

NMF dalam AROMA JUN 2013

Assalamualaikum..


Pertamanya ribuan terima kasih untuk editor majalah AROMA kak Siti Dimiati sebab sudi hubungi saya.. rasa macam tak percaya je sebab saya bukanlah orang yang selayaknya jika dibandingkan dengan blogger masakan lain yang banyak mencipta menu sendiri.. saya ni, kalau ada hasil tangan sendiri pun hanya satu dua resepi je.. itu pun resepi biasa-biasa saja yang mungkin saya sorang je yang berpuas hati..

Sebenarnya saya cukup berterima kasih pada sifu-sifu dan rakan-rakan blogger masakan di alam maya ni, yang tak lokek berkongsi resepi. Resepi yang dikongsi dalam majalah ini pun, kebanyakannya adalah hasil daripada mereka. Saya pula hanya mencuba.. Kebanyakan blogger masakan yang saya kenali di alam maya ini juga tidak kedekut berkongsi ilmu. Mereka sentiasa melayan pertanyaan atau kemusykilan yang saja ajukan.. dari perkara yang amat remeh jika diajukan soalan, pasti saya mendapat jawapan yang dapat memuaskan hati.. 

8 resepi yang dikongsikan dalam AROMA JUN
















8. ASAM PEDAS DAGING BERSANTAN

Wednesday, May 22, 2013

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese versi mini hadiah hari guru

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Mu ya Allah. moga dikurniakan rahmat sihat yang berpanjangan juga. bila dah ada anak tiga ,perjalanan hidup seharian pun banyak yang berubah. Sekarang pagi-pagi cuba hantar sendiri tiga orang budak tu ke taska sebelum saya ke sekolah, kalau sebelum ni ayah dorang yang hantar. Sebab en.suami yang kena hantar anak : 1.saya perlu tiba awal ke sekolah dan jauh 2. suami masuk kerja jam 8.00 3. kedudukan taska yang hampir dengan tempat kerja suami. tapi lepas ada athif ni, saya lebih suka kalau saya yang dapat hantar diorang sebabnya takut bila saya pergi kerja dulu, si athif nangis lapar susu. sbb masih lg fully bf dia, cam payah pulak. kalau dah pakai fm, senang suami nak bancuhkan. malam sebelum tidur, saya cuba siapkan beg diorang. pagi2 cuma uruskan susu athif je.. Hati rasa lebih tenang kalau saya dapat laksanakan tugas hantar anak ni. Macam semalam, sebab terlewat, saya tinggalkan si kakak dan ali.. hantar athif dulu ke taska. memang buat perangai lah dia.. taknak ke taska dengan ayahnya.. mmg haru betul.. eh,eh..bebel apa pulak niiih.


ok lah berbalik pada cerita asal ye.. buat kek nih untuk si kakak dan ali bagi dekat cikgu2 diorang sempena hari guru. terlewat bagi sebab ibunya sendiri lupa khamis tu adalah Hari Guru. Siap cakap ngn en.suami, taknak hantar budak2 ni ke taska ( masa tu mak mertua masih kat rumah kami ).. Tengahari masa kat sekolah, dapat sms dari cikgu diorang tanya kenapa auni dan ali tak datang. sebab diorang nak buat makan2 sempena Hari Guru..hihi

jadi petang ahad tu saya buatkan kek coklat kukus lapis cheese ni untuk diorang bawak hari Isnin. buat saiz mini supaya senang nak bagi kat cikgu sorang satu. satu adunan kek coklat nih cun-cun dapat 10 bekas macam dalam gambar tu. 5 bekas untuk cikgu , 5 bekas lagi untuk kami sekeluarga makan-makan.


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan kek :
1 cawan gula *
1 cawan susu pekat*
1 cawan susu sejat/susu cair*
1 cawan minyak jagung / minyak masak*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 cawan gandum + 1 sudu kecil soda
3 biji telur

Cara membuat :

  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau di atas api yang sederhana sehingga gula hancur.
  2. Sementara menunggu  adunan tadi sedikit suam , panaskan pengukus. 
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan coklat. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak , gaul hingga sebati. 
  5. Isikan separuh adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
  6. Kemudian tuangkan adunan cheese ke atas kek yang telah masak dan kukus lagi.
  7. Apabila adunan cheese telah masak, tuangkan baki adunan kek coklat dan kukus sehingga kek masak.
  8. Sejukkan dan hias mengikut kreativiti dan citarasa sendiri.




LAPISAN CHEESE :

Bahan-bahan :

270 gram cream cheese ( suhu bilik )
3 sudu besar gula castor
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air

Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga berkrim.
  2. Masukkan tepung , air dan telur. Pukul sebentar sehingga sebati
  3. Sedia untuk digunakan.

Untuk hiasan kat atas kek tuh saya paipkan je filling coklat yang saya guna untuk crepe hari tuh sebab malas nak cairkan coklat bagai hihi



Thursday, January 24, 2013

kek besday untuk auni & ali

assalamualaikum...
salam Maulidurrasul dan selamat bercuti...
alhamdulillah..sambung 3 hari cuti lagi kan.. boleh berehat kat rumah dan meluangkan masa dengan keluarga.
untuk saya, semalam adalah hari terakhir di sekolah sebelum bercuti panjang..
tp masih membawa saki baki kerja balik ke rumah... dengan buku latihan dan lembaran kerja pelajar yang masih belum bertanda.. mudah-mudahan en.baby masih selesa dalam perut ibunya lagi dan memberi peluang untuk saya menyelesaikan sedikit urusan ..


 kek birthday yg saya buatkan untuk budak2 dua orang tu.. si kakak auni yang masuk 4 tahun, dan si adik ali yang masuk 2 tahun pada Disember tahun sudah...
punyalah bercinta nak buat kek untuk diorang... akhirnya berjaya juga....




hmmm... masih dengan puting masing2.. tak tahu camana nak pisahkan dengan diorang...

KEK CHOC MOIST KUKUS
By: Pn. Munira Baharum
 * rujukan untuk buat kek yang best ni dari blog kak ita Masam Manis kat SINI
Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder  
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak

Bahan C 
4 biji telur ~ diblender
Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan
Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu
Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B  
Kacau sebati, guna spatula aje.
Tuangkan adunan dalam loyang 
Tutup loyang dengan aluminium foil
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.
CHOCOLATE GANACHE

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air


Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah


Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.
Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
Letakkan sekeping kek atas lapik kek

** susah jugak buat kek ni bg orang  yang tak reti cam saya ni.. kek tu pun hanya mampu dibahagi tiga bahagian.. tu pun sampai patah2...hihi apapun sangat berpuas hati:)

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri & baby baru

Assalamualaikum...

alhamdulillah.. akhirnya setelah sekian lama saya berjaya juga mengorek cik mood yang telah lama tenggelam  untuk berblog.. pejam celik , esok hari terakhir buat kita semua menunaikan ibadah puasa.. mudah-mudahan kita akan bertemu lagi dengan bulan mulia ini tahun hadapan...

kepada pengunjung blog dan kawan2 di alam maya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir & batin..





alhamdulillah.. kita masih diberi peluang untuk menyambut Hari Kemenangan ahad ini... insyaAllah. Maghrib petang semalam , kami selamat sampai ke Marang dan petang ni akan bertolak balik ke Pasir Puteh untuk beraya di sana.. hehe tahun ni giliran beraya kat rumah saya dulu.. 2,3 hari lepas tu akan kembali ke kampung suami ni..

Sedih kan bila Ramadhan akan meninggalkan kita.. ntah ada lagi peluang bersamanya nanti.. tahun ni merupakan Ramadhan yang sangat mencabar bagi saya kerana berpuasa dalam keadaan yang sebegini.. ingatkan dapat puasa penuh tahun ni bila peknen.. terasa ibadah kurang sempurna bila tiada kudrat untuk berterawih dan khatam Quran... tp sekarang alhamdulillah.. rasa mual2 dan tidak selesa sudah semakin beransur pergi..


Mudah-mudahan saya akan lebih kuat selepas ini... amiin

Sunday, June 3, 2012

OUR 5th ANNIVERSARY

assalamualaikum...

bukan hari ni ye.. tp hari Jumaat 1 Jun. happy belated anniversary lah kiranya.. on that day tak sempat nak buat entri sebab sibuk sangat bantu mana yang patut untuk kenduri sambut menantu semalam.. ada masa senggang sikit , duk berkejaran dengan hero kecik saya yang hensem tu.. tapi terharu jugak bila mak mertua bagi peluk cium sempena jadi menantu sulung dia selama 5 tahun ni.. malu pun ada sebab saya bukannya menantu yang terbaik hihihi 





dah genap 5 tahun ni , kami dah ada sepasang budak comel pelengkap kehidupan.. Nur Auni Humaira' dan Muhammad Ali Ilhamy.. They are Allah's Gift of love to us.. love them sooooo much! alhamdulillah.. TQ Allah..for giving me a loving husband.. considerate , kind and gentle. Thank you for being such an amazing suami and ayah. So many things and feelings i can't really express in words.


kakak auni cakap ni gaya spongebob hihi


hihi skeeping la pulak kan..
mudah-mudahan keluarga kami sentiasa diberkati olehNya..amiiin

Sunday, May 27, 2012

Selamat Pengantin Baru Mokmi..

assalamualaikum...
selamat cuti sekolah semua.. skrip jawapan budak2 ada sekotak dalam kereta menanti nak ditanda hihi tak perlu pegi sekolah je, tp kerja2 yang berkaitan tetap bertimbun nak kena buat.. agak kelam kabut balik kampung kali nih.. petang khamis dah penat balik masak2 untuk berbuka, cadangnya malam tuh nak kemas2 tapi tak dapat nak buat apa bila budak2 dua orang tu asyik nak buat macam2.. layan je lah.. bangun pagi2 sempat kemas sikit pastu terkejar ke sekolah lagi sebab ada tuisyen sampai jam 12 tengahari.. balik tu baru kemas2 dan agak lewat juga kami bertolak.. singgah Alor Star Mall sebab nak tukar baju auni yg "cacat", nasib dapat tukar.. pastu singgah pulak Sg. Petani utk makan.. pastu baru betul2 boleh teruskan perjalanan... kemudian berhenti sekejap dekat R&R Tapah untuk solat maghrib & Isyak.. teruskan perjalanan, ambik adik ipar dan isteri kat Hentian Putra dan bertolak ke Temerloh.. Tuhan je tahu camana lenguh2 badan dan urat sendi melayan si ali yang melasak dalam kereta.. dah dekat pukul 3 pagi baru sampai..


pergi Temerloh untuk meraikan majlis pernikahan adik ipar no.2 sebenarnya.. gambar kat atas tu kalau perasan si ali takde kan.. dia syok sungguh tidur dalam rumah tempat berlangsung majlis ni. tak sampai hati nak angkut dia sekali.. tidur tak sedar apa dah..

hehe pengantin lama teringin nak naik pelamin. masa kami dulu takde camni, sbb en.suami tak mahu.. sewa baju 3,4 pasang, tp satu je yang kami pakai hihi nak buat camana kalau suami taknak kan.. tak pelah:)  masa ni dah dekat nak balik .. tp ali masih lena, sampai balik ke rumah tumpangan pun.. kakak pulak ntah kat mana masa ni..

akhirnya dapat jugak bergambar kami sekeluarga..
dan kami selamat sampai ke Marang lewat malam tadi...

Selamat Pengantin Baru buat Hakimi & Azma..
semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan sabar menempuh cabaran alam rumahtangga
auni panggil pakciknya Mokmi.. isterinya??auni nak panggil apa agaknya hihi

Tuesday, May 22, 2012

Rejab dan peristiwa penting...

assalamualaikum...

sihat semua? puasa tak hari ni.. saya percaya ramai diantara kita yang berpuasa kerana ingin merebut ganjaran pahala yang telah disediakan dan dijanjikan Allah..
Rejab , Syaa'ban seterusnya Ramadhan... dah abis ganti dah ke puasa Ramadhan tahun lepas? hihi


ADA APA DENGAN BULAN REJAB
sumber : JAIS


Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:
1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
 5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
 
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan

Wednesday, May 16, 2012

kad & ucapan selamat hari guru

assalamualaikum...




 Ucapan Selamat Hari Guru di petang hari... nak buat camana kan...
ucapan ditujukan khas buat diri sendiri.. rakan2 seperjuangan yang berada dalam bidang pendidikan..
tidak lupa buat semua bekas guru-guru saya yang saya sangat muliakan...
jasa dan pengorbanan mereka akan terus terpahat di sanubari
dan mendapat pengiktirafan yang tinggi juga disisi yang Maha Pencipta... amiiiin
meriah juga sambutan hari guru kali ini di sekolah..
tambahan pula kami meraikan seorang guru yang telah tamat perkhidmatan..
sekali sekala kami dibuai rasa sayu sepanjang berada di dalam majlis yang diadakan tadi..


 kad Hari Guru ini , saya buat untuk auni...
salah satu cara saya untuk menyenangkan hatinya yang enggan ke taska
sekarang bermacam2 alasan dia suarakan untuk tidak ke sana setiap pagi
dengan gurunya sudah saya bertanya khabar.. andai berlaku sebarang masalah di sana
hinggakan dia begitu "tawar hati" untuk ke taska.. hingga terbawa ke dalam tidur "kakak tak nakgi skolah"
antara alasannya bila ditanya "why kakak taknak pegi sekolah?"
"kakak takut...kakak penaaat...kakak tak larat "
dulu bila tanya " kawan buat kakak?cikgu pukul kakak?".. dia geleng kepala..
sekarang bila saya tanya soalan yang sama
jawabnya "kawan pok (tumbuk)kakak kat perut".. sambil ditepuk2 perutnya dengan tangan..
dulu kalau tanya... "kakak belajar apa kat sekolah arini ?"
laju dan ceria saja ceritanya... bermacam2.. sambil kira, baca ABC ..
sekarang, bila saya lontarkan soalan yang sama
dengan nada yang lemah dan perlahan jawabnya "...kakak tidur"
oooh anak......

 sori kakak.. sbb malam tadi tak sempat nak buat kek utk kakak bawak
ibu tak larat sebab siapkan tempahan trifle... mlm nanti kita buat kek sama2...