Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Ikan Bakar Gaya Portugis dan Daun Kesum Rimbun

Assalamualaikum...




Hari Sabtu.. hari saya bersama anak-anak sepenuhnya.. en.suami seperti biasa menjalani rutinnya ke kelas setiap hari Sabtu.biasanya hampir jam 7 petang dia akan sampai ke rumah..anak-anak pun tak dapatlah nak keluar ke mana-mana, hanya berlari, bermain, bertempik dan bergusti dalam rumah je.. dah puas bermain, tolong sepahkan mana yang dorang nak sepahkan..hihihi

ok, ikan bakar ni sebenarnya lauk semalam untuk makan tengahari kami.. hari Jumaat je lah saya akan masak lauk pauk macam ni, memandangkan hari-hari biasa saya dan suami tidak akan menjamah nasi untuk makan malam.. dia hanya akan lunch dekat office dan anak-anak saya hantar ke taska. anak-anak pun jenis cerewet juga bila bab makan.. jadi untuk makan malam saya hanya sediakan menu yang simple je selain dari nasi.




Pagi ni saya hanya sediakan kari ayam pedas untuk dicicah bersama roti untuk sarapan dan masak nasi untuk anak-anak.. alhamdulillah berjaya mereka habiskan nasi sepinggan.. dengan syarat mesti bersuap.. ok berbalik kepada menu ikan bakar ni, sebenarnya plan asal nak masak siakap kukus limau nipis. dah lama sangat teringin..tapi terlupa hari sebelum tu saya dah habiskan kesemua stok limau nipis untuk buat keylime pie..jadi terpaksa ubah menu...

Bila gugel resepi ikan bakar, rasa berkenan pulak dengan resepi ikan bakar gaya portugis yang ada kat dapu Che Mat.. resepi asalnya menggunakan ikan pari tapi saya gantikan dengan dua ekor siakap laut bersaiz sebesar tapak tangan yang dibeli kat pasar malam dengan harga rm10.. mahal ke murah tu, kami tak tahu sebab tak pernah beli kot ikan siakap kat pasar ni..




Nak juga saya tayangkan pokok kesum kesayangan ni..tanaman kesum kali ni alhamdulillah, menjadi berbanding sebelum ni.. selalunya pokok tak tahan lama sebab serangan semut dan batangnya cepat buruk.. saya lebih suka gunakan kesum kampung yang berdaun kecil di dalam masakan berbanding yang ada dijual kat pasar dan supermarket..kebanyakannya yang jenis daun panjang dan besar tu..bagi saya rasa pedasnya berbeza.. oh ik...kalau ikutkan bahan ikan bakar ni tak masukkan pun daun kesum.. tapi macam biasalah suka-suka hati nak masuk hihihi selain daun kesum, saya juga tambhkan kunyit hidup dan cili merah besar dalam bahan kisar...




 IKAN BAKAR GAYA PORTUGIS
Sumber : Mat Gebu DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari, setiap satu panjang kurang lebih 1 jengkal
( saya gantikan dengan ikan siakap )
4 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
3 camca besar minyak bawang putih (4 ulas bawang putih, cincang halus dan goreng dengan 1/3 cawan minyak masak hingga bawang putih harum dan perang. Tapis dan sejukkan)
3/4 camca besar pes asam jawa
Daun pisang secukupnya (layur atas api hingga lembut, agar mudah digunakan)
daun kesum - saya tambah
Limau kasturi secukupnya
Hirisan cili padi untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HANCUR :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai, hiris
1 kuntum bunga kantan, hiris
3 biji buah keras
3 keping hirisan lengkuas
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
2 batang cili merah besar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan2 kisar hancur tadi hingga harum, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Tambah garam dan gula dan masak hingga sambal pekat. Masukkan 2 helai daun limau purut (2 helai lagi dimayang halus), masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sambal sejuk sebelum digunakan.
  2. Ikan pari dibersihkan dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Untuk bakar ikan che mat guna 2 helai daun pisang yang telah dipotng 4 persegi. Pastikan saiz potongan lebih besar dari panjang ikan tadi...Kita mula membungkus..
  3. Ambil 2 helai daun pisang dan lapiskan. Ceduk 1/6 bahagian sambal dan ratakan atas daun pisang. Letak sekeping ikan pari, tuang sedikit minyak bawang putih dan ratakan. Cedok lagi sambal dan lumur atas ikan tadi. Tabur dengan hirisan bunga kantan dan hirisan daun limau purut. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki ikan dan bahan2 lain hingga siap.
  4. Panaskan oven atau che mat guna kuali pemanggang ajaib. Bakar ikan tadi selama 7- 10 minit untuk setiap bahagian, atau hingga masak. Tabur hirisan cili padi dan hidangkan bersama belahan limau kasturi....
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda bakar atas api bara, balut bungkusan daun pisang yang berisi ikan dengan aluminium foil untuk mengelakkan ia hangus. Boleh juga ditukar dengan ayam jika anda suka dan pastikan anda bahagi sambal tadi kepada 3 bahagian untuk memudahkan kerja anda....Selamat mencuba!!....



Gandingan yang sangat menjadi dan menyelerakan bila dihidangkan ikan bakar ni bersama tomyam dan telur dadar.. makan pun bertambah-tambah..alhamdulillah...


Sunday, January 27, 2013

menikmati steamboat di rumah...

assalamualaikum...

hari pertama saya mula bercuti sebelum bersalin..
kali nih ambik cuti awal.. berbanding auni dan ali dulu , saya tidak begitu risau memandangkan edd kedua2nya bulan Disember.. dalam tempoh cuti sekolah...
kali ni agak risau.. takut tak sempat balik kampung dan dapat bersalin di tempat yang biasa an-Nisa' KB.
lagi pula kehamilan kali ini agak berbeza rasanya... saya cepat letih dan lesu..
ketika mengandungkan kakak..saya berjauhan dari keluarga dan suami..
bila tiba kehamilan ke-2 , saya bertuah sebab suami mahu hantar dan jemput saya ke sekolah..
langsung saya tak sentuh stereng kereta dan tidak memandu dalam tempoh yang agak lama juga..
kali ni , suami tetap mengofferkan dirinya untuk menjadi pemandu..
tp bila memikirkan kekalutan yang bakal kami hadapi terutama di waktu pagi,
saya nak kena sampai sekolah sebelum jam 7.25 pagi ,
bimbang anak2 buat perangai (pernah auni lari kejar kereta saya waktu pagi sebab nak ikut saya ke sekolah)
saya menolak... alhamdulillah... saya berjaya memandu pergi dan balik sekolah sehingga Rabu hari tu..
walaupun kadang2 saya rasa penat sangat...
dengan berat badan yang tidak saya jangkakan , membuatkan pergerakan saya agak terbatas berbanding dua kehamilan sebelum ini.. berjalan pun dah tak betul..

petang Rabu hari tu , penuh tempat duduk belakang ereta saya punggah buku latihan dan lembaran kerja pelajar untuk ditanda di rumah.. sebahagiannya sudah saya hantar petang semalam.. dan bakinya masih memenuhi meja di ruang tamu.. moga2 dapat saya selesaikan menjelang esok , sebelum kami pulang ke kampung lusa.. printer juga saya angkut bawak pulang , untuk saya printkan lembaran kerja untuk ditinggalkan...


berbalik kepada cerita steamboat pulak hihi
ni kali ke-2 kami menikmati keenakan steamboat di rumah..
kali pertama hari tu pun masih baru.. cuma tak sempat nak ambik gambar.
mintak suami belikan dapur yang seketul tu...

bila di rumah , kami berjaya menikmati keenakan steamboat ni dengan penuh rasa aman..
berperang dengan budak2 aktif di meja makan kat rumah adalah lebih baik dari kat restoran kan?hihi
since dua beradik tu sangat sukakan tom yam, saya buat kuah tom yam je..
sori..gambar kuah dalam periuk tak leh tayang.. rupa periuknya tidak sesuai hihi
nantilah..nak cari periuk steambot yg sesuai..hihi

yang best bila nikmati steamboat kat rumah ni ,
bahan2nya tentulah sedikit mewah dan berbaloi dengan selera dan juga harga kan??..
berbanding kat luar , kadang2 tu banyak bahannya yang saya tak suka makan..

Tuesday, May 29, 2012

ikan : siakap kukus daun selasih @ kemangi

assalamualaikum...

lauk utama berbuka sebelum balik kampung hari tu... memandangkan lauk basah dah takde ( cuba habiskan sebelum balik bercuti ) , rutin biasa...balik sekolah pergi jemput suami kat pejabatnya terus pergi pasar malam. cari bahan untuk dimasak buat berbuka.. terpandangkan ikan siakap yang segar-segar , pastu saiznya pun takdelah besar sangat.. 

daun selasih atau kemangi tu saya petik je kat sudut kebun sayur mini tu.. dapatlah sikit tak sampai secekak pun.. kalau banyak lagi best.. aromanya sangat menyelerakan..



SIAKAP KUKUS DAUN SELASIH/KEMANGI
by : atie

Bahan-bahan :
seekor siakap bersaiz sederhana
2 sudu besar paste asam jawa adabi
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih -  dicicang halus
2 inci halia - dihiris nipis
2 batang serai - dihiris nipis
2 helai daun limau purut
1 biji tomato bersaiz besar - dipotong dadu
1/2 cawan air - sbb saya nak lebih kuah
cili hijau dan cili merah - dipotong panjang
satu batang daun ketumbar - dicincang kasar
seikat daun kemangi atau selasih - dicincang kasar
serbuk perisa

Cara-cara :
1. Bersihkan ikan dan kelar 2. Perapkan dengan sedikit garam , paste asam jawa dan soso tiram.
2. Alaskan ikan yang diperap dengan aluminium foil dan taburkan dengan semua bahan lain.
3. Balutkan ikan dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak

masa nak hidangkan ,  tabur je kiub nanas lebihan buat pizza..
hmm walaupun simple , tapi sangat sedap..
suami pun puji kata sedap.. hehe lain kali leh cuba lagi:)

Friday, May 11, 2012

ikan : pari bakar berempah harum

assalamualaikum..

salam buat semua dipagi Jumaat yang penuh barakah..
hari yang ditunggu2 buat saya kerana hujung minggu begini,
dapatlah luangkan banyak masa untuk keluarga.
yang penting boleh rehatkan minda dari kekangan kerja dan segala sikap manusia yang kurang menyenangkan hihi
pertama kali dalam hidup saya bakar ikan pari dengan cara yang special macam nih..
dan saya rasa ni mungkin kali kedua saya beli dan  ikan pari lepas kawin
masa kat pasar minggu tu, berkira2 ngn suami nak beli siakap
pastu tiba2 tengok abang yang jual ikan duk tengah potong ikan pari yg segar bugar lagi
terus ubah fikiran... kata kat suami, kita ambik 2 potong..
bila timbang sepotong, dah beratnya lebih 1/2 kilo... ambik satu je lah hihi


 SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram
by : @tie
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan) ~ k.nor guna ikan pari
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.




mmg sedap rempah ikan ni.. nanti akan try resipi ni untuk ikan yg lain
macam siakap ke, jenahak he.. sbb saya rasa isi ikan pari ni cam tk berjus je hihi
tp bila hidang dengan sambal kicap lebihan makan ngn nasi ayam ipoh aritu, mmg terangkat

Friday, March 2, 2012

Ketupat Sotong

assalamualaikum
selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ni.. termasuklah saya sendiri... Jumaat adalah hari yang dinanti2kan... bolehlah rehatkan sedikit minda dan lapangkan dada dari tempat kerja kan...

menu hidangan petang ujung minggu lepas... dah lama sangat tak buat ketupat sotong. rasanya ni 1st time saya masakkan ketupat sotong untuk suami.. sbb saya mek Klate dan suami oghang ganung, maka saya gabungkan 2 cara memasak menjadi satu...hihi  klu versi Terengganu, kuahnya putih dan ada dimasukkan halba, halia.....dan versi klate dengan kuah manisnya dan bewarna agak gelap kerana menggunakan "nise".. sejujurnya saya kurang menggemari versi negeri kelahiran en.suami.. maklumlah mungkin lidah dan tekak sudah dididik dengan asuhan yang berbeza kan...

 sebelum masak, saja buat2 tanya dekat en.suami...
" nak buat cara Tganu ke Klate nih?"
tentulah dah boleh agak jawapannya... tp demi berlaku ADIL.. utk memenuhi selera saya  dan kehendak encik suami, saya gabungkan kedua versi tersebut... cuma saya skipkan halia je... rsanya?hehe sedaaaaap.
klu nak tengok versi Trengganu punya boleh jenguk ke dapur Kak Nor... rupanya beras pulut tu dikukus terlebih dahulu... saya pulak, rendamkan beras pulut dengan santan 3-4jam baru diisi kedalam sotong.. tp tak boleh penuh, beras tak boleh kembang...