Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Apam Lady Bird dan oder apam polkadot

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..lewat petang semalam kami selamat sampai ke kampung. jadi pagi ni bersiaran dari kampung saya di Pasir Puteh. cuaca kat sini agak mendung juga, dinihari tadi lebat jugak hujan turun. Mintak-mintak hujan turun juga di Jitra dan pokok2 kat sana takde lah kekeringan.. sayang jugak kalau mati.. nak2 pokok bunga ros tu...

ok, apam ni buat untuk kakak auni bawak ke taska hari tu.. saya packing siap2 4 biji apam setiap pack untuk dia agihkan untuk kawan-kawan kat situ. 1st time cuba mendeko apam dengan tema nih.. adoooi penat jugak lah jari2 nih. hasilnya pun tak cantik dan kemas. dalamnya saya isikan dengan filling seri kaya je.


ni pulak apam polkadot  oder dari kawan.. 100 biji filling blueberry..
dah lama tak mengapam, hasilnya sangat tak puas hati..


  tangan letih mengedot, buat zig zag jugak...





Friday, April 13, 2012

Apam gula hangus bercheese

Assalamualaikum...

ok, nak kongsi resipi apam yang sedap ni... mmg sedap..
tp yang tak sedapnya sbb saya pandai2 je suka hati olah resipi apam ni
bukan saja2 suka hati nak memandai.. tp sbb hati saya keciiiwa sebenarnya..
sedih bila tengok cream cheese saya yang rosak teksturnya tu... rasanya masih lagi ok
nyesal pulak bila beli cream cheese besar gedabak tuh...
pehallah saya simpan seketul 2kg dalam freezer box
bila saya keluarkan dan tunggu sehingga mencapai suhu bilik,
saya dapati ada air yang bertakung dlm tupperware
dan terktur cream cheese seolah2 berderai... oooh hampanya saya


oleh sebab rasa frust yg amat... akhirnya saya campurkan terus adunan cream cheese yang buruk benar rupanya tu ke dalam adunan apam gula hangus tu.. dah tak de semangat nak cedok taruk kat atas adunan.. baik je ku campur semua sekali...

alhamdulillah...walaupun begitu, rasa apam yang sedap nih mengubat kekecewaan...
best jugak rasanya hihi



Apam Gula Hangus 
Resepi :  Kak Jun@myresepi

Bahan :
150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus
70 gm butter - cairkan (saya guna minyak jagung je)
75 gm susu cair - Mas guna susu segar
1 biji telur dipukul
150 gm tepung gandum - diayak
1 sudu teh baking soda - diayak
secubit garam
75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus sebab tengok kat Myresepi Kak Jun kata apam ni manis sikit.

Cara membuatnya :
Masukkan butter yang dicairkan, susu cair dan telur ke dalam gula hangus.
Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang, dan picitkan sedikit cream cheese dengan menggunakan paip. 
Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.


        
 Untuk Cream Cheese Topping :
Sumber : Izahdaut 

Bahan : 
  • 125gm cream cheese
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 biji telur
  • sikit oren juice

Cara membuatnya :
Campur semua. 
Mix dengan mixer hingga gebu. 
Letakkan adunan cream cheese atas apam gula hangus sebelum dikukus. 

Apam pisang gebu

Assalamualaikum...
alhamdulillah masih berkesempatan lagi utk menghirup udara segar di kampung..
sekarang bersiaran dr kampung en.suami kg. rhu dua, marang.
malam td selepas maghrib bertolak dr kampung saya.. mujurlah negeri kami berjiran kan hihi


apam pisang nih saya buat petang semalam..
bila melihatkan banyak sangat pisang yg ada kata rumah, hati jadi tak keruan
macam2 benda rasanya saya nak buat..
ingatkan nak aje simpan pisang lemak manis dan kapas yang ada tu utk saya bawa ke jitra
yang masih belum masak hanyalah pisang berangan..
tp memandangkan ianya dah mula meranum, terpaksa lupakan hasrat tu..
google2 resipi apam.. saya gabungkan resipi yang ada.. tak boleh bukak byk2 link apam pisang
nanti pening... jd saya rujuk resipi kat dapur kak mas n ros je
nak buat kek pisang, malas pulak nak tarik oven dlm kotak
pastu terpaksa lah suruh en.suami belikan baking powder dan soda bikarbonat
mana ada semua tuh kat dapur rumah di kampung ni.. yg ada ma ngn ayah je..hihi
ma pulak tak guna benda alah tu bagai..
dengar jugak ma merungut dah cemuh asyik makan jemput pisang je hihi



APAM PISANG GEBU
by : atie
rujukan : ros jintan manis dan Mas Duniaku

Bahan-bahan :
2 cwn tepug gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda*
15 biji pisang lemak manis ( siaz pisang nih stengah jengkal je )
1 cwn minyak
1/2 cwn gula pasir
2 biji telur
secubit garam

Cara-cara :
1. Ayakkan bahan2 bertanda (*)
2. Lenyekkan pisang.
3. Satukan minyak masak, gula , telur dan garam. Kacau dengan spatula sehingga sebati.
4. Masukkan isi pisang, Gaul sebati..
5. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
6. Bolehlah dikukus sehingga masak.


 best bila makan panas2.. kalau suka boleh makan ngn kelapa parut.
rasa apam ni sangat kaya ngn isi pisangnya.. mcm makan kek pisang je..
lain kali saya akan gantikan gula pasir tu dgn gula perang
tentu lagi sedap dan warnanya pun takde lah pucat kan..

Saturday, October 8, 2011

apam yogurt... yam flavour

assalamualaikum...
suka tangguh2 update pasal makanan.. nak mau cakap alasan ape dah. hihi klu bleh nak je hari2 update blog ni.. nih buat ari rabu lepas rasanya...
layan jelah apam yogurt best nih.. dah lama sgt nak menerainya.. rupanya dah berbulan2 beli double action baking powder tu.. pastu mula lah duk tilik2.. nak buat ape ngn d/a baking powder tuh. kenapa aku beli benda alah nih ye?? rupanya nak guna utk wat apam ni lah...

 tp sedey sikit..apam nih tak mau mekar sgt.. senyum tu dah senyum.. tp mcm tak ikhlas je.. senyum perli gitu kat tukang buatnya.. nak tengok yg mekar elok, cun melecun leh jenguk kat umah kak nor ke, kak izah ke.. kak ita ngn kak rima pun sama.
APAM YOGURT
by :  Rima
sumber : kak ita
2 cawan gula castor *kurangkan
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli ( atie campur ngn susu segar sikit sbb yogurt xcukup secawan hihi )
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko
1 sdt pes coklat
* atie gantikan ngn yam paste dan sedikit pewarna purple

Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.


Thursday, July 14, 2011

apam dot dot bertukar nama

assalamualaikum...

selalu rindu nak update blog nih.. tp masa tu sangatlah cemburu hehe arini tak keje, cuti peristiwa sempena ngn hari karnival anugerah semalam... rasa lega sikit walaupun keje tetap tak mau berkurang.. arap2 lepas nih takde lagi acara2 besar yang memenatkan.. dan bolehla tumpukan utk budak2 nih plk.. boleh wat extra class.. ada budak2 request utk buat kelas malam.. hehe insyaALLAH akan dipertimbangkan.. moga2 tubuh nih sentiasa segar.. minda pun sama.. asyik terdera je selalu..

 

hari rabu, ma ngn ayah datang sini selepas tiga malam kat penang.. diorang tido semalam kat tiap2 rumah anak2nya kat sana, pastu tido semalam je jgk kat sini. diorang baru balik dr Sabah n turun kat penang terus.. malam tadi, naik bas balik Pasir Puteh.. masa antar dorang naik bas, auni lah yg paling sedih.. sebak tengok dia nangis2, guling2 nak ikut tok ayah balik.. mmg kuat dia meronta2 minta dilepaskan ayahnya, n bila terlepas dr pegangan ayah dia sempat lg dia berlari kejar bas yg dah bergerak.. uuuh sediiiih sgt masa tuh.

berbalik pada cerita apam nih... hehe nih resipi apam dot dot macam yg saya penah buat jgk.. tp tukar nama jadi apam comel sbb tak larat nak mengedot com dot my tu.. rasanya tetap sama jgk.. buat utk ma makan2 n bawak balik.. buh inti kegemaran saya, inti kacang merah.. pastu malam tadi buat lagi utk kami makan2..
rasa nak letak lagi resipinya kat sini...


Bahan-bahan

* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - saya boh 180gm je
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)bleh ganti ngn mcm2 inti
* Pewarna

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

dan yang kat bawah tuh buat minggu lalu.... order dari kawan.. minggu sebelum tu pun buat jgk, order dr kawan kat skolah.. terima kasih farihah n kak faizah...

 

satu bekas nih ngam2 leh muat 100biji... 50 biji inti coklat, lg 50biji inti kacang merah..

Friday, May 20, 2011

apam gula hangus jimat....

assalamualaikum...

salam di pagi Jumaat nan indah.. langit yg cerah kat luar tu.. warnanya sgt memukau.. bestnya klu dapat bawak budak2 nih keluar jln2 ambik angin segar kat tasik tuh,... tp sayang plk nak kejut diorang yg nyenyak tido.. kakak pun masih tak sihat sepenuhnya lagi...

okess.. sbenarnya wat apam nih utk sarapan masa cuti hari wesak aritu.. hehe tak sempat nak hupdate belog klu yg nka kena letak gambar2 nih.. malas pun ye jgk ehehe. 1st time wat apam nih bila ye?? haa.. boleh jenguk je kat SINI ye.. oo ye, kenapa plk tiba2 jadi apam gula hangus JIMAT ni?? hehe sebenarnya lepas blend semua bahan2 kecuali tepung gandum, maka baru saya terhegeh2 nak cari gandum..  haa ambik nak, padan sungguh ngn muka.. gandum tinggal ngam2 je secawan.. buat jgkla.. takkan nak tinggal gitu je kan.. jd rupanya pun tak sama ngn saya buat dulu la kan..



nak buat apam nih mudah je pun.. campur semua bahan dan blend je..
hasil dengan menggunakan tepung yg tak cukup td takdelah menghampakan pun.. mungkin rupanya tak cantik sgt. tp rasanya sedaaaap je.. pulak tuh dapat makan ngn kelapa parut FREE haha.. free2 pun lenguh2 jgk urat sendi nih.. haha kelapa hasil dr pertandingan parut kelapa masa sambutan Hari Guru kat sekolah.. hehe terima kasihlah kpd my partner tukang kopek kelapa dan sambung saya kukur kelapa tuh sampai banyak... kalah pun tak pelah.. hehe baki kelapa parut tuh masih banyak. takut rosak, saya letak je kt freezer.. tunggu mood rajin datang, nak goreng je.. nanti leh lah buat bahan kerabu ke ape kaan.. klu rajin tersangat2, boleh buat nasi kerabu hehe

oklah.. ini aje..



Thursday, May 12, 2011

apam coklat again...

assalamuailaikum...
( auto-publish entry )






buat lagi apam coklat yg best nih.. kali nih buat 3x adunan sekaligus hehe tp takla banyak sgt pun dapat. aritu 1st time buat kt SINI.. pastu terus jatuh cinta sbb apam nih rasanya mcm kek coklat lembap gitu.. mmg moist sgt2.. sedaaap je bila masuk mulut hehe kali nih buat utk en.suami bawak makan2 kat office..







alkisahnya masa 1st time buat dulu, saya tak nak apam tuh merekah mekar semacam je kan.. so haruslah berhati2 jaga api.. pastu selalu duk buka tutup, buka tutup tudung pengukus... kot2 apam tuh merekah...  kali nih bila kita nak yg munga2, tak mau plk dia mekar... sedih betol...



 tapi kali nih.. sekali tengok dia merekah mekar, terus teruja.. mcm comel la pulak kan.. bunga2 gitu. tp yg frustnya, bila kali ke2 kukus, dia dah tak mau berbunga dah.. eeei geram betul. puas duk fikir, sbb pe apam tuh tak nak kembang mekar..






terima kasih buat KAK MAS sbb bagi tips utk dapatkan apam yg mekar...
- kukus dengan api yg kuat

nanti nak buat lagi..arap2 semuanya akan kembang mekar berbunga2 hehe





 suka nak letak gambar apam posing nih banyak2 sbb nak tunjuk hasil tembakan yang tak berapa mengancam nih.. tp buat tukang menembak mcm saya yg tak pro nih, dah cukup2 puas tengok hasilnya huhu..

Saturday, April 30, 2011

warna warni apam dot dot

assalamualaikum...

siapkan tempahan dr kawan 50biji apam dot dot
tp buat lebih sikit utk makan2 kami anak beranak
b4 bertolak ke KL pagi semalam, gi antar apam nih kat rumah dia
katanya utk wat bekas hantaran tunang adik dia hmm klu tak salah dengar:)

 kali nih fillingnya kita isi ngn inti kacang merah..
saya rasa ok sgt dr segi rasanya, tp en.suami cakap tak berapa
hmmm..nak inti cekelat jugaaaak.. cekelat, cekelat hehe

sbb rajin, makanya mcm2 color lah kita letak hehe



Sunday, April 17, 2011

yeay yeay dah jumpa!

assalamualaikum...

( tulis mlm td..tp tak terpublish hehe )

ptg tadi keluar ke alor setar, ikut en.suami.. ada urusan.. pastu dlm p'jalanan balik, mintak dia singgah kat kedai yg jual peralatan dapur. kedai baru bukak gayanya... sebelum nih, jeling2 je bila lalu jalan tu hehe kalut2 je sbb lepas en.suami parking betul2 depan kedai, incik ali "melabur" la plk... pandai pilih tempat ye... jd ibu aje yg turun... mmg besar kedai tuh, 3x round jgk la.. baru jumpa benda yg ibu carik selama nih...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.

haha ni dia...

gambar dr pakcik google

acuan kuih lompang yg color merah tu..
baaanyak sgt kat kedai nih. nak timbang kilo pun boleh. hehe ibu ambik saiz yg paling kecik, 30biji.. sekupang satu.. mcm beli gula2 pulak.

wah..nati bolehla ibu mengedot dan mengapam lagi dgn hati riang gumbira:)

 


Friday, April 15, 2011

apam dot dot...eeiii sukaaa!!

assalamualaikum...

wah..gumbira tak terkata. akhirnya apam dot dot kita dah menjadik.. aritu sgt frust ngn rupa kejadiannya macam kat SINI.tak tahu pasal pe... pasal salah taruk bahan ke apa... ( pasal tak tau masak bknnya nak ngaku hehe ) atau pun kali nih menjadik sbb kita guna mixer baru??? hihihi.

berbeza sgt ngn rupa kejadiannya masa 1st time buat aritukan?? yg nih comel je dan naik elok.. mmg puas ati lah. buat satu adunan mula2 tuh, pastu tambah satu adunan lg.. teruja tengok apam yg menjadi dan teruja merasmikan mixer baru hehe kebetulan esoknya ada  bagi pot luck.. pastu bagi kat pengasuh auni sebekas..

apam nih kita kukus guna acuan tart je buat alas paper cup tu.. jadi tak elok sgt la bentuk apam tu sbb ikut acuan tart. acuan lompang comel2 yg kita cari, tak jumpa.. nanti nak ajak en.suami ziarah kedai2 plastik n bakeri yg lain, kot2 ada jumpa...

 cik kak auni yang baru bangun tido masa tu...
bulat mata2 gigit apam..


Sunday, March 20, 2011

apam coklat

assalamualaikum..

sebenarnya buat apam nih sambil2 masak tengahari jumaat lepas.. sbb simple dan senang, sambil masak lauk pun bleh buat. kejap sgt pun.. resipi dah lama ada dlm buku tuh, tp nih 1st time buat. selalu duk buat kek coklat kukus je.. sumber resipi tu pun atie tak tahu dah.. tp klu jenguk2 kt rumah bloggers masak memasak nih boleh kata semua ada...
ada dua versi atie buat apam nih.. versi mekar kembang ngn versi tak mekar hehe rasa apam nih boleh tahan la.. tp tak semoist kek coklat kukus tu.. nampak tak watermark SO-SO tu hehe. sape nak free bleh klik SINI tau.


bahan dan cara :
1 cwn gandum
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn air
1 biji telur
1/2 sudu kecil soda
serbuk koko
>> satukan semua bahan, pukul @ kacau sebati pastu kukus dalam 10minit,sehingga masak.
>> nak cepat, terus isi adunan dlm acuan lompang. lupa nak isi dlm paper cup hehe

senang je kan?? cubalah buat:)



Monday, March 14, 2011

apam dot dot...frustnya!!

assalamualaikum...

frust kan, bila masak sesuatu tak menjadi..  mmg frust sgt2 la.. nih kes terlalu teruja nak mencuba resipi apam dot dot dan yakin plk menjadi sbb cara buatnya mudah je pun. kemain smgt la ibu rasmikan penimbang eletronik baru.. hehe tp tengokla hasilnya.. nape jd bantat semacam. nape tak kembang naik.. nape tak gebu? sbb dah frust sgt, tak sempat2 kemas dapur terus baring dlm bilik ngn 1001 persoalan hehe ayah cakap ..." sabar...sabar..."
bila dah 1x kukus dan tengok hasilnya yg menyedihkan, nak habiskan adunan apam tuh dah mula malas nak mengedot bagai.. tak de semangat lg. sedih yg amat. maka jd lah apam bukan dot dot lg.



hmmm.. nanti bila tahap kekeciwaan nih dah surut, ibu nak cuba buat lg.. sbb apam nih sebenarnya kiut n comel sgt ( klu menjadi la kan.. ), rasanya pun sedap.. nak2 klu boh inti cekelat.. ayah tak suka sgt ngn filling blueberry tuh.

ibu ambik resipi nih dr blog kak hana..

Bahan-bahan


* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - hana kurangkan
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.