Recent Posts

Saturday, December 7, 2013

The Classic Victoria Sandwich Cake & Happy Birthday Kids

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. atas segala nikmat Nya..
terasa begitu pantas masa berlalu.. anak-anak pun dah besar.. pengalaman melahirkan masih lagi segar diingatan dan tak mungkin dilupakan..


dalam minggu yang sama, dua kali lah try resepi kek yang sedap ni.. gambar atas ni kali pertama buat, buat pun setengah adunan je saiz loyang 5inci.. bukan apa, en.suami kata nak buat kek buat saiz kecik je.. hihi takut bini dia makan banyak hehehe

kali kedua, buat lagi untuk kek birthday auni dan ali.. ikut tarikh tu lambat lagi, tapi sebab minggu depan bercadang nak balik kampung, buatla awal sikit untuk diorang makan-makan jamu kawan-kawan kat taska. tak jangka pulak nak buat kek nih, plan nak buat kek coklat aje pun.tapi memandangkan rasa kek ni yang sedap dan cara nak buatnya pun tersangatlah simple dan mudah.. guna resepi kek ni ajelah..

kalau ikutkan resepi asal kek nih, sukatan gula tu sama je dengan tepung, butter dan telur. rasanya pun tersangatlah manis.. so kali kedua buat ni saya kurangkan penggunaan gula, ditambah perisa blueberry dan dipadankan dengan cream cheese frosting.. hmmm wallaaah.. sangat sedap ye.

Ok, saya sertakan resepi kek ni kat bawah..  seumur hidup pertama kali wat kek saiz 10" x 10" ni.. sebelum nih guna loyang ni wat brownies dan bingka aje hihi.. buat pulak 3 lapis takut tak cukup budak-budak nak makan hihi.. mujur ada 3 biji loyang saiz tu kat rumah ni.. asalnya nak oder je kek rainbow tapi bila harganya rm90 untuk saiz 9 loyang bulat tu rasa macam tak berbaloi pulak hihihi baik buat sendiri kan... dan untuk resepi asal, boleh klik link blog kak Rima ye.



The Classic Victoria Sandwich Cake
Source : Kak Rima
Olahan : Atie

Bahan-bahan : ( untuk selapis kek saiz 10" x 10" )
200 gram mentega
160 gram gula caster
200 gram telur 
200 gram tepung naik sendiri
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu cair/susu segar


Cara membuat :
  1. Panaskan oven dengan suhu 160C
  2. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga pucat, ringan dan kelihatan gebu.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga betul-betul sebati.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Masukkan tepung dan kacau ( kaup balik ) dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
  7. Campurkan susu dan gaul sebentar untuk mendapat batter yang licin.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaan dengan spatula.
  9. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga permukaan kek keperangan.
  10. Setelah kek masak, biarkan sejuk baru diterbalikkan di atas wire rack sebelum dihiaskan.




Cream Cheese Frosting :
270 gram cream cheese
200 gram butter
1/2 cawan gula ising
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese bersama butter sehingga ringan dan licin.
  2. Ayakkan gula aising ke dalam adunan krim. 
  3. Masukkan jus lemon dan pukul sehingga sebati.


Rasa yang sangat sepadan.. blueberry dan cream cheese frosting ni.. alhamdulillah.. takde lah manis sangat bila dikurangkan gula dalam adunan kek tu. memang sangat berpuas hati dengan hasil dan rasanya..

Ok, layan je gambar anak-anak ni :)




Bulatnya mata si athif :)
Athif punya tunggu tahun depan ye..




5 comments:

kak rin said...

Salam kak,saya nk tya yg tepung tu kena msukkan tepung biasa jgk ke?even dh msuk tepung naik sndiri?

kak rin said...

Salam kak,sya nk tnya if kita guna tepung naik sndiri ,tepung biasa tu pun kena ltk ke?

atie @ ejay said...

guna tepung naik sendiri je..kalau guna gandum biasa,boleh tambah baking powder :)

CINTA si JAKEL said...

Mentega tu mentega yg biasa tu ke? Bukan butter?

Anonymous said...

Mentega tu mentega biasa ke? Bleh tukar butter tak?