Recent Posts

Monday, November 25, 2013

Homemade roti burger


Assalamualaikum....


Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk menghuni dunia-Nya yang sementara ini.. masih bernafas, masih dikelilingi orang-orang yang kita sayangi juga... masih diberi rezeki Nya.. mudah-mudahan tidak hilang rasa syukur kita kepada yang Maha Pencipta...

Dah masuk minggu ke-2 cuti sekolah.. mudah-mudahan ada beberapa urusan kerja dapat saya selesaikan.. kena campak jauh-jauh penyakit M hihi.. anak-anak pun dihantar ke taska seperti biasa. hati ni teringin nak balik kampung halaman, tapi disebabkan suami kerja dan sibuk dengan urusan, terpaksa lupakan dulu hasrat tu..


InsyaAllah.. hari ni saya berpeluang untuk berkongsi resepi roti burger yang telah saya cuba beberapa hari lepas.. sebenarnya ni kali kedua mencuba.. kali pertama, menggunakan resepi yang berbeza.. namun kejadiannya tidak seperti yang diharapkan.. alhamdulillah, kali ni cuba resepi dari blog kak Hana dan ianya menjadi.. sangat-sangat berpuas hati... dan nampak rupa roti burgernya hihi

Sangatlah gembira.. dan roti ni masih lembut walaupun selepas 3,4 hari disimpan di dalam bekas kedap udara.. nanti kalau rasa nak makan burger tu tak perlu lah nak beli roti burger gardenia lagi, yang kadang-kadang susah nak dapatkan.. selalunya tak ada je time kita nak makan, nak beli... kalau rasa cadang nak makan burger, bolehlah dibuat awal roti ni.. agaknya kalau simpan dalam fridge ok kot... nak guna panaskan je..


ROTI BURGER
sumber : kak Hana

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)



Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.


Untuk satu adunan doh ni, saya buat 12 biji roti.. comel je saiznya.. tapi kalau rasa nak makan dengan daging burger segera tu boleh urangkan sikit jumlah roti.. terpulang lah..



6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rajinnya atiey baking roti ye... elok jer naik akak tengok... mscam nak jer macam nak jer ehe :)

Cheq Sue said...

Double special cheese burger tu...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum salam kunjung. berbaloikan klu dpt buat burger sendiri...puas ati hasil dri airtgn sindiri.saya follow yer...jika ader kesudian silalah ke blog saya...tkasih..
http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

tun_telani said...

Salam kak atie.. smlm tun pun meroti, asingkan 2 ketul buat roti berger sbb ada buat berger jugak.. pastu kuar gi usrah, balik2 tengok dh habis dh roti tu.. haha.. kene wat lg sekali nk amik gmbr ^^

mama sara nur said...

Assalam atie
Rajinnya, sedap burger roti homemade
Menyelerakan

ummiaisyah said...

bestnya beger tu...bertingkek-tingkek dgn daging,tulur..cis..salad yg melambai!!!! terlajak larisssss