Recent Posts

Monday, June 3, 2013

Apple Cream Cheese Tart

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,dalam jam 10 lebih tadi selamat sampai kat kampung suami dari kampung saya hihhi mujurlah negeri kitorang ni berjiran. Pastu tak jauh sangat,dalam 2jam lebih perjalanan je. Tadi pun dah lewat bertolak,hampir jam 6 petang dah.siap trtinggal barang,tapi tak berani nak patah balik takut kena marah. Macam biasalah ma dan ayah cukup tak senang kalau kami bertolak lewat dengan anak kecik ni. Tapi dah sampai Kuala Terengganu tadi sempat pulak singgah kat belakang Pasar Payang tu ambik gambar hihi

Ok,ni salah satu menu yang ada dalam AROMA JUN. Dah lama lah kiranya saya buat tart ni. Tetiba je buat tart ni gara-gara tengok Laura Calder (betul ke ejaan ni)host French Food at Home buat tart apple berkeju ni. Pastu macam biasa,mulalah teringin hihi. Tak sempat nak salin resepinya,jadi godek-godek pakcik google.




APPLE CREAM CHEESE TART

Bahan-bahan :
kulit tart
3 sudu besar mentega
2 sudu besar gula halus
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

untuk filling
110 gram cream cheese
1 biji telur gred B
2 sudu besar gula halus
3 biji epal hijau - dibuang kulit dan dihiris
3 sudu besar gula perang
2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
hirisan atau badam cincang secukupnya




Cara membuatnya :

  1. Di dalam satu bekas , gaulkan kesemua bahan-bahan untuk membuat kulit tart sehingga mendapat doh yang lembut.
  2. Sediakan acuan tart  berukuran 6 inci, griskan dengan sedikit mentega. Tekan doh sehingga rata dan ketepikan.
  3. Pukul krim keju bersama telur dan gula halus sehingga lembut dan licin.
  4. Tuangkan adunan krim keju ke dasar kulit tart yang telah disediakan.
  5. Gaulkan hirisan epal bersama gula perang dan serbuk kulit kayu manis. Kemudian susun kemas di atas filling keju.
  6. Taburkan hirisan badam dan bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180.

Update belog pakai anset nih pening pulak jadinya. Tak pasal2 gambar hilang. Tak pelah yang ada ni pun dah cukup kan? Kalau ada typing error tu nak wat camana sebab menaip sambil tidurkan budak kecik. Mata tak ngantuk lagi, nanti leh sambung marking paper pulak.

1 comment:

zila norazila said...

Nmpk sedapp..leh akk cuba jgk nnt