Recent Posts

Thursday, April 18, 2013

Akok Jagung - Malaysian Food Fest ( Kelantan Month )

Assalamualaikum...




Salah satu kuih akok kegemaran saya.. 
akok jagung.. tapi ini kali pertama buat sendiri akok jagung
saya jadikan resepi KUIH AKOK ni sebagai panduan untuk buat resepi akok jagung..
alhamdulillah..hasilnya sangat berbaloi dan kena dengan selera si pembuatnya hihi


Kali pertama saya makan akok jagung yang sedap ialah 2 atau 3 tahun yang lepas..
masa tu on the way balik kampung untuk cuti Hari Raya Puasa..
sebab bertolak lewat dari Jitra, kami terpaksa berbuka puasa dalam kereta
kebetulan ketika azan maghrib dan hampir masuk , kami melintasi satu gerai akok
terdesak sebab tak ada makanan masa tu , suami berpatah balik sebab kami dah terlajak jauh ke depan.
gerainya taklah besar , hanya satu pondok kecil yang agak usang
seingat saya ia terletak berhampiran simpang ke Tanah Merah..
boleh dikatakan akok yang dah dimasak dan masih panas berasap tak akan berlama-lama di atas dulang,
terus je dibungkus kerana pelanggan sudah menunggu..
jadinya, akok yang dibuat tu "sangat fresh"..
adunan akok kakak tu tak dibuat banyak sekaligus , setiap kali akok yang dibakar habis ,
barulah dia akan membuat adunan baru , mengocok telur yang dicampur tepung , air gula dan santan.
alhamdulillah..bulan puasa tahun lepas , kami berkesempatan lagi untuk merasa akok jagung yang sedap tu..



AKOK JAGUNG
resepi : atie

Bahan-bahan :
400 ml santan pekat
200 ml air
10 biji telur gred B
200 gram gula perang
100 gram tepung gandum
130 gram jagung krim
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara menyediakan :
  1. Panaskan oven menggunakan suhu 180'c. Oleskan acuan muffin dengan sedikit minyak masak dan letakkan di dalam oven.
  2. Satukan semua bahan dan blend / kisar sehingga semua bahan sebati.
  3. Keluarkan acuan yang dipanaskan tadi dan tuang adunan sehingga penuh.
  4. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga masak.


alhamdulillah.. sedap akok jagung  ni.. lembut je
paling penting , saya berpuas hati dengan tahap kemanisannya.. tak terlalu manis..
kadang-kadang saya suka menikmati akok yang masih panas
tapi bila akok jagung ni disimpan dalam fridge , waaah rasanya boleh tahan juga bila dinikmati sejuk-sejuk..
sekarang masih tinggal 4 ketul , nak habiskan malu pulak dengan en.suami..
balik kerja semalam bila dia buka tupperware dalam fridge tu , satu soalan terpacul 
" eh , dah tinggal banyak ni akok? "
" ye.. makan tadi 4 keping " jawab saya..
".. hihihi kata nak kurus.."
nak jawab apa , saya diam je lah hahahaha dah kita buat, kita makan la kan?





15 comments:

nadia rashid said...

terbaik!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnyerr.. akak belum pernah rasa lagi akok jagung... terliur pulak tgk...

dapurCikWan said...

all time faveret ni... =)) nak diet ke kak? hehehe...samela kita..tapi nampak gaya makan je keja kita ye..hihi

Lesung Batu said...

ah..sedapnya! lama tak merasa akok kelate yg original tu..yg atie buat ni mesti lagi sedap kan! :)

atie @ ejay said...

@nadia rashid
ada tanam jagung tak?
nanti buat ye hihi

atie @ ejay said...

@nadia rashid
ada tanam jagung tak?
nanti buat ye hihi

atie @ ejay said...

@MaDiHaA a.k.a Ratna
try la kak, rasanya sedap juga :)

atie @ ejay said...

@dapurCikWan
wan,akok ni mmg best.. nak2 yg banyak telur tu hihi
diet??hihi

atie @ ejay said...

@Lesung Batu
hihi boleh la..yang bestnya dpt makan byk2 :)

ICook4Fun said...

I pun dah buat akok follow recipe you hari tu. I suka yang ni with the addition of jagung in it. Thanks for participating in the MFF event.

Gee® said...

Aaaargggg...!! terlior....

Qasey Honey said...

wah nmpk sedap sgt..mcm harus try aje..

hana said...

assalamualaikum atie... aritu g kelantan dpt makan akok pure kelantan alahaiiii sedapnyer! cukup segala lemak n manis! nih ader pesen jagung pulak,.. kompom sedap jugak!

Kak Nik Ja said...

Assalam atie...In sha Allah nak terai resepi atie..nampak sedap..yg penting xmanis berdengung!

rostina76 said...

salam atie....kros xpernah try akok jagung ni. nampak mcm sedap. amik resepi deh.tq