Recent Posts

Wednesday, April 10, 2013

Ayam Percik Kuah Putih - Malaysian Food Fest ( Kelantan Month )

Assalamualaikum..




Salah satu menu atau lauk yang sangat popular dan menjadi pilihan terutamanya ketika bulan puasa.
Percik kuah putih samada ikan atau ayam , sangat terkenal di Kelantan.
Bagi saya sendiri , lauk ikan atau ayam percik bukanlah menjadi "favourite" .. tapi kalau sesekali menikmatinya, boleh bertambah-tambah juga nasi ke dalam pinggan.
Sebelum masak ayam percik , sempat call my mom di kampung
tanyakan bahan-bahan yang dia gunakan untuk buat kuah percik
" nak buat kuah percik pun tanya lagi?? "
bukan tak tahu , cuma nakkan kepastian je hihi
maklumlah dah berkurun tak masak percik ni..
jadi ayam percik nih kiranya my mom's style lah ye :)



Bila masak ayam percik ni , mengingatkan kembali kenangan saya ketika zaman muda remaja dan dapat berpuasa bersama-sama keluarga di kampung. My mom selalu juga masak percik terutamanya ikan percik untuk lauk berbuka. Kadang-kadang dia akan masukkan sedikit cili kering yang diblend untuk memberi sedikit warna kepada kuah percik dan selalunya abang akan menghalang my mom masukkan cili tu hihi dan pastinya kuah percik akan dibuat lebih sebab kami suka kuah percik yang banyak untuk dimakan bersama nasi.

Dulu bakar ikan atau ayam guna dapur arang je.. kemudian dikepit atau diselit je lauk tadi dengan bilah buluh yang dibelah dua. kemudian kedua hujung buluh tadi diikat dengan dawai. Kena jaga-jaga takut buluh hangus dijilat api. Part yang paling saya suka bila my mom masak percik ialah ketika ikan atau ayam tu dicurah dengan kuah percik yang telah siap dan dibakar lagi berkali-kali. Masa tu berasap-asap lah dapur arang ditambah dengan aroma yang sungguh menyelerakan... 

Aduuuh.. semuanya dah jadi kenangan.


AYAM PERCIK
by : Atie

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam dipotong dua
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
1/2 biji limau nipis
( bahan yang bertanda * ditumbuk halus )
- Perap ayam dengan bahan yang ditumbuk bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Perah jus limau nipis dan gaul rata. Ketepikan.

Untuk Kuah :
200ml santan pekat - saya gunakan KARA dalam kotak
150ml air
3 ulas bawang putih 
4 ulas bawang merah
halia sebesar ibu jari
2 batang serai - dititik
sekeping asam gelugor ( asam keping )
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
serbuk perasa
1 sudu besar tepung beras atau tepung jagung dibancuh dengan sedikit air ( optional )

Cara-cara :
  1. Bawang putih , bawang merah dan halia ditumbuk halus. Boleh juga dikisar.
  2. Campurkan bahan tumbuk bersama santan , air , serai dan asam keping ke dalam kuali.
  3. Kacau bahan tadi di atas api yang sederhana. Masukkan gula dan kacau sehingga kuah mendidih dan menjadi pekat.
  4. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau sebentar , angkat dan ketepikan.
  5. Untuk memekatkan kuah, ketika kuah mendidih boleh masukkan tepung yang dibancuh dengan sedikit air - optional.
  6. Bakar ayam tadi sehingga hampir masak.
  7. Celupkan ayam ke dalam kuah yang telah masak tadi , dan letakkan semula ayam di atas pan. Gunakan api yang kecil. Sentiasa balik-balikkan ayam tadi. Proses ini boleh diulang 2 atau 3 kali supaya kuah meresap masuk ke dalam ayam.
  8. Hidangkan ketika masih panas bersama lebihan kuah percik.



ok, yang ni saya punya ye.. hihi
sebelum makan tengahari , bagitahu en.suami yang saya nak makan nasi sikit je 
bila dah jamah ayam percik ni , terus buat-buat lupa semangat nak makan sikit
tadi makan hanyalah semata-mata lauk ayam percik dan ulam pegaga je
nasi bertambah-tambah jua , sudukan kuah banyak-banyak .. hmm makan sampai menjilat jari..
lupa bila kali terakhir saya menikmati ayam percik kuah putih ni...



8 comments:

tun_telani said...

Salam kak atie.. sedapnyer ayam percik! dh lama x makan.. biasa tun nunggu mama tun je yg masakkan nih.

atie @ ejay said...

@tun_telani
samalah tun,kak atie pon dah lama benar tak makan.makan yang ma buat jugak hihi

nadia rashid said...

percik feveret sy..suka jugak kuah yang banyak dan pekat...tapi x reti masak ni..terliur pulak tambah2 dgn presentation yg menarik ni

atie @ ejay said...

@nadia rashid
cubalah..senang je nak buatnya :)

Yana Shaiful said...

Salam perkenalan Kak Atie..yana dtg dr dapur Kak Amie..dh tergoda dgn semua dessert akak ^^
~ ayam percik putih feveret sokmo.. tibe plak rs nk blk p.mas srh mama buat..yana bt rs x sesedap mama bt hihii

Airina Yudanyl said...

Masa masak ayam td bersama kuah kena masukan minyak masak x?

atie @ ejay said...

@Yana Shaiful
salam kenal jugak yana..
oo terima kasih ye hihi.
org pasir mas ye.. kita pasir jugak , pasir putih hihi

atie @ ejay said...

@Airina Yudanyl
tak payah masuk minyak masak :)