Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Meatballs kali ke2..teringin

assalamualaikum...


alhamdulillah lewat petang semalam kami selamat sampai ke negeri Jelapang Padi..
yang kini dah mendapat MB yang baru..
rupanya semalam sekolah cuti.. jadi selamat la cuti rehat sehari..
tp yang tak bestnya Sabtu ni nak kena ganti pulak hihi



menu makan malam sehari sebelum balik kampung untuk mengundi hari tu...
tiba-tiba teringin sangat-sangat nak makan benda ni..
ikut resepi macam 1st time buat kat SINI
banyak jugak lebih bebola daging.. maklumlah kami berdua je makan
yang lebih tu saya frozenkan je..



ergggh.. tiba-tiba tak tahu nak tulis apa lagi...
tak payah cakap banyak lah ye..
demam pilihanraya belum hilang lagii
GE-13 , moga Allah memelihara kita semua.. amiiin.




Wednesday, March 27, 2013

roti lapis berdaging lagi dan lagi :)

assalamualaikum...

selamat pagi semua.. alhamdulillah...pagi ni rasa lebih teratur menguruskan aktiviti pagi..
berjaya mandikan ali juga sebelum hantar ke nurseri..
mungkin malam tadi dia tidur awal setelah ditinggalkan oleh ayah dan kakaknya..
athif pun dah tertidur semula bila dia bangun setelah saya selesai solat subuh..
cuma tidurnya agak terganggu bila dapat jangkitan selsema kali kedua dari ibunya..

pagi ni juga berjaya siram rumput dan pokok-pokok di sekitar laman sempit ni..
tadi tinjau-tinjau pokok limau kasturi sebab semalam dah ada anak2 ulat bulu yang dah singgah..
ok lah..dah sarapan ke pagi ni?
tuan rumah minum je.. menu kat bawah ni sebenarnya dah lama buat hihi
selalu sangat buat sebab sedap..
layan je lah ye :)




LAPIS ROTI BERDAGING
by Kak E
sumber : Rabiatun@Sweettouch
sumber : Atie

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu (Tun suka guna ubi keledek) saya pakai kentang
500gm daging cincang -saya pakai jenama RAMLY -400 gm
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari -saya lebihkan
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)- Tun guna slice cheese jer - kali ni guna slice cheese juga
Sedikit margerin untuk melenser
2 pokok daun sup dan daun bawang -(Tun tambah)- saya pakai daun sup je:)


Cara-cara

-Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang Tun tambah) - daun sup saya tabur je masa melapis daging dan roti...
-Satukan Susu+telor+secubit garam 
-Pukul susu+telor+garam hingga sebati 
-Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi 
-Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (Tun tak ramaskan pun, just guna wisk atau kenkadang guna garfu jer ). 
( saya carikkan roti tuh..pastu hancurkan guna wisk )
-lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas 
-Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti 
-Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti 
-Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka) 
-Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat 
-Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka 
-Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos



Tuesday, November 13, 2012

ayam panggang ala kenny rogers

assalamualaikum


jamu mata dengan gambar menu dinner malam semalam.. menu yang simple tp sangat mengenyangkan.. alhamdulillah.. puas hati bila berkesempatan masak , masih diberi kekuatan untuk menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak walaupun selepas itu suami terpaksa jadi tukang urut yang tak  bergaji.. saya perlu kekuatan yang jitu sementara menungggu kelahiran ke-3 disebabkan kali ni keadaannya agak berbeza berbanding sebelum ini.. kadang2 bila duduk lipat kain, dah selesai, saya dah tak leh nak bangun sendiri.. sakit yang amat.. tulang punggung saya seolah dicucuk-cucuk dengan benda yang tajam.. berdiri lama-lama kat dapur pun , agak memenatkan.. tp syukur, saya punya suami yang sangat banyak membantu..


pagi ahad tu suami ajak saya sarapan di luar.. si kakak ikut sama , menangis bila sampai ke nurseri.. terkebil-kebil si ali bila dia ambil oleh cikgu dan ditinggalkan seorang diri tanpa kakak.. pagi tu juga saya bersemangat ke pasar untuk mencari jantung pisang, teringin nak buat sayur lemak.. tp hampa langsung tak ade.. yang saya beli pagi tu hanyalah 2 ekor ikan tongkol , 6 ketul paha ayam dan pucuk peria pantai.. tengah hari tak masak sbb ada kenduri.. dan lepas kenduri tu jugak ajak suami pegi tesco.. suami tanya nak beli apa? saya jawab tak tahu..????  tp yang bestnya saya jumpa jantung pisang kat tesco! hihi.. beli jugak tau miu..sayur kegemaran saya bila digandingkan dengan ayam panggang..

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
by : atie
sumber : Potret Kasih

1 ekor ayam ( bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil ) - saya guna 3 ketul ayam dr bhgn paha

Bahan-bahan untuk make up ayam:
3 biji bawang besar - saya gantikan dengan 6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam banyak ) - saya masukkan semua 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk paprika - saya tambah
sedikit air untuk mengisar bahan make-up
sedikit mentega
-  saya hanya blendkan halia dan bawang. bahan yang lain boleh terus tuang atas ayam dan gaul.

Cara penyediaan : 
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi di luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan
3. Perap selama 1 1/2 jam - semalaman . mmg kalau nak lagi sedap, perap lama2 ayam tu
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak
5. Semasa membakar , selepas 1/2 jam pertma , sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng , coleslaw dan kentang putar.
              


- Untuk digandingkan dengan ayam panggang tu saya rebus 3 biji kentang , jangan terlalu empuk.. kemudian dipotong dadu dan diperisakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.. dan di grilled sebentar dengan sedikit butter.. saya pakai double grill pan.

- selepas ayam masak , dalam grill pan yang sama saya layukan tau miu dan baby carrots sebentar

-  untuk sos  : kemudian grill pan tadi jangan dibasuh, ambil baki make-up ayam dalam bekas perapan ayam dan panaskan dalam grill pan. tambah sedikit susu segar , sedikit tepung gandum dan serbuk lada hitam.. kacau sehingga mendidih dan pekat..

- seeloknya ayam tadi tidak dibuang kulit.. supaya dapat mengelakkan isi ayam tadi tidak kering.

- masa perapan yang lama akan menjimatkan atau mempercepatkan lagi masa memasak.. isi ayam td cepat masak dan bertambah sedap.. hihi ini pendapat dari saya lah kaaaan.



double grill pan jenama vantage yang banyak berjasa kat dapur sekarang ni:)
sape2 yang takde lagi tuh, boleh lah dapatkan sekarang.. tengah offer rm139.. harga asal rm199.


Saturday, October 20, 2012

Swedish Meatballs..

assalamualaikum...

selamat berhujung minggu semua. alhamdulillah masih ada peluang untuk kita berkongsi sesuatu di alam maya ni.. tak sangka saya akan berjaya mengapdate belog ni.sekarang mood makan cam membuak2 gitu.. apa saja yg terlintas, terus rasa nak masak.. tengok lah..klu rajin, tak letih dan takde gangguan semua jalan.. kalau tak berhari2 terbawak dalam mimpi je...

nih baru je masukkan adunan bingka labu dalam oven , dan cadang2 nak goreng mi untuk bekfes.. sambil2 tu, luang masa kejap ngadap lappy.. ok, khamis ritu masa kat skolah tetiba rasa nak makan meatballs.. selalu duk tengok je org duk uar2kan yang ikea meatballs sedap sangat2 kan.. nasib la kan, ikea nuuun jauh di mata.. kalau de pun dekat sini , takde pulak teringin nak pegi semata2 utk makan meatballs tu pun.. sbb saya nih jenis yang camana ntah.. lebih2 lagi bila tengok bahan resipinya kat www.ikeahackers.net

selepas google resipi kat internet, berkenan dengan resipi meatballs yang ada di blog mytravelmyfood.. dengan sedikit ubahsuai, malam tu kami semua dinner dengan swedish meatballs yang sedap.. terima kasih kepada pemilik blog dan sumber2 yang lain..

pagi semalam pun sambung bekfes ngn meatballs nih.. walaupun semua dah siap grilled, tp isinya tetap berjus tak kering bila dipanaskan semula dalam microvave





SWEDISH MEATBALLS
by : atie
sumber : MytravelMyfood

Bahan-bahannya
400 gram daging kisar  Ramly 
3 ulas bawang putih dicincang halus
Sebiji bawang besar Holland – dicincang halus
1/3 cawan breadcrumb
1/3 cawan tepung gandum
1 biji telur 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit. ( saya kukus sekejap je, tak sampai 5 minit )
utk bebola nih , betul2 dapt 30 bijik meatballs.


Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar hijau dipotong dadu 
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*
2 sudu besar sliced mushrooms

Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar tanpa minyak  sehingga layu.
2. Cairkan butter dalam kuali bawang goreng td. lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sebentar.
4. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. 
5. Masukkan kembali kuah  tadi ke dalam kuali, tambah cendawan dan didihkan sehingga pekat dan masak.

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. 
Kat rumah ni tak pernah ada stok jem..sbb kami semua tak suka.. jadi makan dengan sos tu je. Lbih menyelerakan bila dihidang bersama brokoli dan carrot yang dicelur sebentar:)




malam sebelum tu , dinner dengan pizza je.. buat beef pizza utk saya dan beef peperoni pizza utk en.suami.. biasanya utk adunan doh pizza saya buat sebijik je , jd leh dapat satu pizza yang basednya tebal lembut dan gebus. kali nih buat utk 2 bijik.. jadi lebih nipis.. best jugak kan...hihi

Sunday, October 23, 2011

Upside Down Pizza ... mudah dan sedap

assalamualaikum...

genap seminggu saya 1st time cuba masak pizza nih.. pastu buat lagi utk bawak ke sekolah ari Selasa lepas.. sangat sedap. yang paling penting, mudaaaaah je nak buatnya... saya tak perlu bersusah payah menguli doh... bab2 uli doh pizza ke...donat ke.. cam fobia sikit.. sbb banyak yg tak jadi dari yg jadik hahaha..
 klu ikut resipi asal, puan tun kita pakai sosej dan dada ayam utk filling pizza ni.. tp sbb malas nak tunggu isi ayam yg bekus tu dan telah kehilangan selera terhadap makanan yg pernah saya suka dan gemari suatu masa dulu iaitu sosej.. saya gantikan je ngan 4 keping daging burger ayam Ramly...

Upside-Down Pizza
sumber : Tun Telani

Dough

2 bj telur
1 cawan susu
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2
3 sosej/hotdog- kerat2 ( atie ganti ngn 4 keping daging burger ayam )
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
2 sudu besar tomato puree ( atie tak masukkan )
1 sudu besar oregano

sebiji buah tomato dipotong dadu - atie tambah
2 sudu besar sos tomato- atie tambah
2 sudu besar sos cili - atie tambah
2 sudu besar cili boh - atie tambah
garam - atie tak masukkan

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling - atie bubuh slice cheese 2 kpg n cheddar parut je
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

utk bawak pi sekolah, sbb pasaraya sini aritu kehabisan stok daging burger... licin!satu pun tadak.. terpaksa saya gantikan dengan frankfurter ayam Ramly.. so, saya pandang ajelah.. hihi tak boleh nak makan... tak lalu. tp kawan2 kata sedap... alhamdulillah:)

Sunday, August 14, 2011

chicken chop with cheesy blackpepper sauce

assalamualaikum

buat nih kunun2 sempena ngn besday tuan rumah la.. hari kejadiannya 12 Ogos la kan.. berbuka ngn ni je. pastu buat kek sebijik ngn kuih abok abok sago. ayam seketul sorang je.. tp alhamdulillah, tetap berjaya mengenyangkan perut kami semua..

macam buat kat SINI  dan SINI jugak.. mesti ada sayur tau miu yg best....

bahan perapan ayam:
-sos tiram
- sos lada hitam
- madu
- garlic powder
- daun tyme
- sedikit garam

sos :

- 3 ulas bwg putih, cincang halus
- sos lada hitam
- serbuk lada hitam
- cendawan dihiris
- air
- 1sudu tepung jagung
- sekeping keju
( klu rajin nanti update cara )


letih pulak nak taip panjang2:)

Saturday, July 23, 2011

lapis roti berdaging lagi...

assalamualaikum...
 ( hari kejadian sebenar ialah 26 Jun lalu )

hidangan lama dah yang dibuat, tp baru nak tayang hehe buat utk makan malam masa tuh... pernah buat dah, tp saya ada derhaka sikit kat resipinya.. dan rupanya pun tak secantik yg ini.. klu nak tengok yg 1st time buat, boleh klik SINI pastu teringin pulak nak buat lagi lepas tertengok kak tun yg buat, dia hidang ngn sos jalapeno.. nmpak yummy sgt..

 Lapis Roti Berdaging

by Kak E
copy dari : kak tun

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu (Tun suka guna ubi keledek) saya pakai kentang
500gm daging cincang -saya pakai jenama RAMLY
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari -saya lebihkan
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)- Tun guna slice cheese jer - saya pakai mozzarella
Sedikit margerin untuk melenser
2 pokok daun sup dan daun bawang -(Tun tambah)- saya pakai daun sup je:)


Cara-cara


-Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang Tun tambah) - daun sup saya tabur je masa melapis daging dan roti...
-Satukan Susu+telor+secubit garam
-Pukul susu+telor+garam hingga sebati
-Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
-Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (Tun tak ramaskan pun, just guna wisk atau kenkadang guna garfu jer ).
( saya carikkan roti tuh..pastu hancurkan guna wisk )
-lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
-Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
-Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
-Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)

-Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
-Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
-Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos


 bagi saya roti nih sedap makan masa panas2.. mcm en.suami, bila dah sejuk.. dia dah takmau jamah langsung.. haha tak sempat nak di make-up ngn jalapeno cheese tuh.. tp seminggu lepas tuh saya buat lagi satu bekas kaca nih utk makan2 kat bilik guru... kali nih siap make up lawa ngn sos cili n jalapeno cheese yg sedap tuh:)

Tuesday, April 12, 2011

chicken lasagna

assalamualaikum...

dulu dah penah ada sikit2 hasrat nak buat... tapi cam payah je, kita tolak tepi jer makanan italia nih hehe. pastu ari minggu lepas, masa pi shopping barang2 dapur.. main suka hati je sambar kulit lasagna.. tiba2 rasa teringin je nak makan... pastu amik la rencah spaghetti bolognaise & sup krim cendawan maggi.. mcm berguna je kan...

ari ahad tuh, bila ada masa terluang.. google2 la carik resipi lasagna nih.. pastu jumpa kat rumah kak hana.. jln2 lagi jumpa plk kat blogresipi.. hahah terus bersemangat nak buat bila tengok gambar2 lasagna yg sungguh menyelerakan kat situ hihi.. lawa gambar.. pakai kamera ape eh??hehe

 kak hana buat beef lasagna... minta izin tempek resipi kat sini ye:)

Bahan-bahan

  • 8-10 keping kulit lasagna( atie pakai 250gm/sekotak jenama san remo )
  • 300g daging cincang - atie pakai daging ayam + 2keping daging burger
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original - atie pakai perencah spaghetti bolognaise maggi
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang - dua2 atie campur sekali
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)- tak bubuh
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis- atie lebihkan
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer


UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
** atie pakai 1 peket serbuk sup krim cendawan maggi + 200ml susu segar + air + 2 slices kraf cheese
** campur semua bahan, kacau sampai masak/pekat

Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan. ( klu ikut kt kotak san remo tuh tak yah rebus pun, tp atie rebus sekejap..nasib rebus, klu tak, sure keras punya..)
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.
sedaap lasagna nih.. cubalah. auni pun makan byk jgk. tp sebab kami ber3 je kat rumah, pastu sedulang siap lasagna nih cam banyak je. saya makan sikit je.. keju banyaks, muaks pulaks. jd, pagi senin tuh, setelah tinggalkan 3 potong utk en.suami, bakinya saya bwk pigi sekolah...
kihkihkih...siap print out resipi n tempek kt peti sejuk.. hehe senang nak rujuk :)

Friday, February 25, 2011

potato wedges with jalapeno cheese


buat wedges nih petang semalam.. try jalapeno cheese yg saya order melalui fb. serbuk cheese ni sebenarnya dah 3,4 ari sampai tp petang semalam baru sempat nak buat. hehe 1st time buat potato wedges sendiri.. selalu duk makan cheezy wedges kt kfc je kan.. elok buat sendiri.. lg puas hati n mengenyangkan:)




nih cara saya buat potato wedges.. mcm2 cara sebenarnya ada..

bahan:
4 biji kentang saiz besar
1biji telur ( dikocok )
tepung goreng serbaguna
>> rebus kentang sampai masak..jgn masak terlalu empuk.. bila suam2 tu, potong kentang mcm yg dlm gambar tu.. celup kentang dalam telur kemudian salutkan dengan tepung.. pastu goreng dlm minyak yg banyak.
>> klu nak pedas, boleh campur serbuk kari dlm tepung td..





Monday, February 21, 2011

breast chicken with tau miu

nih masak utk dinner mlm td.. sblm turun jalan2 ptg tuh, saya dah siap perapkan dada ayam. pastu siap kukuskan kentang hampir masak. sepatutnya ada kek besday yg terhidang skali ngn menu nih hehe..nak cancel masak pun, en.suami dah tanya.. klu ikut saya nak je buat utk mlm nih.. xpela kan.. akhirnya saya nak buat pizza je. tp mcm xjd je.. sbb air xdok! air dlm tangki pun kurang separuh yg tinggal.. jd malasla saya nak masuk dapur.. jd tunggang langgang nanti.. td mkn tengahari pun en.suami tapau dr kedai je

pandai2 sendiri je bubuh nama utk makanan nih.. yela.. guna dada ayam, pastu idang plk dgn sayur tau miu yg sedap tu.. penyedap rasa, sos lada hitam kaw kaw punya.. cuma kali nih sos tu tanpa cendawan. ala..lbh kurang ngn chicken chop yg saya penah saya buat sini.


cik auni makan kentang yg saya kukus pastu goreng sikit dlm kuali bekas panggang ayam tu. pastu tabur serbuk lada hitam.. hehe sedaaaap dia cakap. pastu dia punggah pinggan tupperware kuning dia senyap2 panjat katil.. geram betul budak terlajak aktif nih hehe


Monday, November 8, 2010

chicken chop : my style

wow yummy!!credit utk diri sendiri sbb b'jaya buat chicken chop versi sendiri yg sgt sedap ini hehe puji diri sendiri nampak :D eceli nak wat cheesy chicken yg sgt saya suka mcm kt restoran tuh.. tp takut plk nak mencuba..

versi saya : perap ayam ngn sdikit garam, serbuk b/pepper, sos tiram, kicap pekat, garlic powder, daun thyme pastu perah sedikit jus limau nipis dan perap selama mungkin hehe utk wat dinner td, saya dah perap ayam tuh masa duk masak makan tengahari.. tp pastikan garam jgn byk ye takut perap lama2,masin plk hehe

sos garlic b/pepper with mushroom :  tumis bwg putih cincang, mushroom cincang, kiub pati ayam, sos b/peper, serbuk lada itam, air dan sdikit tepung jagung.. didihkan sampai pekat 

sudah 2 leh panggang ayam atas kuali leper.. jgn masak t'lalu lama, klu kering xsedap plk kan.
 pastu hidang ngn kentang, salad dan sayur tau miu yg dilayur dlm minyak yg buat panggang ayam tu..


 gambar dua kt atas 2 ayah punya, siap tambah cheese lg

ini ibu punya yea.. nyumm nyumm