Recent Posts

Tuesday, July 23, 2013

Puding Roti Sos Kastard

Assalamualaikum...


Salah satu menu untuk pemanis mulut berbuka hujung minggu lepas.
Selalu juga buat puding roti versi berkuah ni sebenarnya.. resepi macam blog kak hana juga, cuma dah banyak kali buat versi jadi macam-macam dan ikut suka hati je kan.. sosnya pun sama, saya tak suka yang terlalu pekat jadi suka-suka hati sendiri lah kan tambah air.. jenis saya, suka makan puding roti ni dengan kuah yang banjir melimpah.

ok laah.. tak larat dah nak tulis panjang-panjang.. tak de idea.


PUDING ROTI SOS KASTARD

Bahan-bahan :

*  12 keping roti ( saya guna jenis Bran & Wheat Germ )
*  500 ml susu segar
*  4 sudu besar gula halus
*  2 sudu besar butter
*  3 biji telur
*  1 sudu teh esen vanilla
*  1 sudu besar tepung jagung
*  kismis hitam dan choc chips secukupnya
*  sebiji apple hijau - dikupas dan potong dadu

Untuk Sos Kastard

* 1 tin susu cair + 1 tin air
* 2 sudu besar tepungkastad.
* 2 sudu besar gula

Cara-cara membuatnya :

1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis, choc chips dan apple diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuatsos kastard - campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga memekat.
7. Hidangkan puding roti dengan sos kastard yang disejukkan
 


ok, selamat mencuba.

3 comments:

Tina Othman said...

Bestnya saya pun suka guna resepi kak hanya, tapi roti saya suka guna butterscoth nyummm

fazianbatrisyia said...

puding roti ni tau basic mcm2 boleh diolah ikut citarasa. Sedap & menyelerakan.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya... ;)