Wednesday, May 22, 2013

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese versi mini hadiah hari guru

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Mu ya Allah. moga dikurniakan rahmat sihat yang berpanjangan juga. bila dah ada anak tiga ,perjalanan hidup seharian pun banyak yang berubah. Sekarang pagi-pagi cuba hantar sendiri tiga orang budak tu ke taska sebelum saya ke sekolah, kalau sebelum ni ayah dorang yang hantar. Sebab en.suami yang kena hantar anak : 1.saya perlu tiba awal ke sekolah dan jauh 2. suami masuk kerja jam 8.00 3. kedudukan taska yang hampir dengan tempat kerja suami. tapi lepas ada athif ni, saya lebih suka kalau saya yang dapat hantar diorang sebabnya takut bila saya pergi kerja dulu, si athif nangis lapar susu. sbb masih lg fully bf dia, cam payah pulak. kalau dah pakai fm, senang suami nak bancuhkan. malam sebelum tidur, saya cuba siapkan beg diorang. pagi2 cuma uruskan susu athif je.. Hati rasa lebih tenang kalau saya dapat laksanakan tugas hantar anak ni. Macam semalam, sebab terlewat, saya tinggalkan si kakak dan ali.. hantar athif dulu ke taska. memang buat perangai lah dia.. taknak ke taska dengan ayahnya.. mmg haru betul.. eh,eh..bebel apa pulak niiih.


ok lah berbalik pada cerita asal ye.. buat kek nih untuk si kakak dan ali bagi dekat cikgu2 diorang sempena hari guru. terlewat bagi sebab ibunya sendiri lupa khamis tu adalah Hari Guru. Siap cakap ngn en.suami, taknak hantar budak2 ni ke taska ( masa tu mak mertua masih kat rumah kami ).. Tengahari masa kat sekolah, dapat sms dari cikgu diorang tanya kenapa auni dan ali tak datang. sebab diorang nak buat makan2 sempena Hari Guru..hihi

jadi petang ahad tu saya buatkan kek coklat kukus lapis cheese ni untuk diorang bawak hari Isnin. buat saiz mini supaya senang nak bagi kat cikgu sorang satu. satu adunan kek coklat nih cun-cun dapat 10 bekas macam dalam gambar tu. 5 bekas untuk cikgu , 5 bekas lagi untuk kami sekeluarga makan-makan.


KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan kek :
1 cawan gula *
1 cawan susu pekat*
1 cawan susu sejat/susu cair*
1 cawan minyak jagung / minyak masak*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 cawan gandum + 1 sudu kecil soda
3 biji telur

Cara membuat :

  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau di atas api yang sederhana sehingga gula hancur.
  2. Sementara menunggu  adunan tadi sedikit suam , panaskan pengukus. 
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan coklat. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak , gaul hingga sebati. 
  5. Isikan separuh adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
  6. Kemudian tuangkan adunan cheese ke atas kek yang telah masak dan kukus lagi.
  7. Apabila adunan cheese telah masak, tuangkan baki adunan kek coklat dan kukus sehingga kek masak.
  8. Sejukkan dan hias mengikut kreativiti dan citarasa sendiri.




LAPISAN CHEESE :

Bahan-bahan :

270 gram cream cheese ( suhu bilik )
3 sudu besar gula castor
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar air

Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga berkrim.
  2. Masukkan tepung , air dan telur. Pukul sebentar sehingga sebati
  3. Sedia untuk digunakan.

Untuk hiasan kat atas kek tuh saya paipkan je filling coklat yang saya guna untuk crepe hari tuh sebab malas nak cairkan coklat bagai hihi



2 comments:

Sweet red cherry said...

hai..

salam kenal dr SRC..

first time berkunjung ke sini dan follow..nice blog..macam2 ada di sini.
singgah sini.www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

Unknown said...

cantik la bekas kek tu.kt mana sy nk cr ye