Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri & baby baru

Assalamualaikum...

alhamdulillah.. akhirnya setelah sekian lama saya berjaya juga mengorek cik mood yang telah lama tenggelam  untuk berblog.. pejam celik , esok hari terakhir buat kita semua menunaikan ibadah puasa.. mudah-mudahan kita akan bertemu lagi dengan bulan mulia ini tahun hadapan...

kepada pengunjung blog dan kawan2 di alam maya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir & batin..





alhamdulillah.. kita masih diberi peluang untuk menyambut Hari Kemenangan ahad ini... insyaAllah. Maghrib petang semalam , kami selamat sampai ke Marang dan petang ni akan bertolak balik ke Pasir Puteh untuk beraya di sana.. hehe tahun ni giliran beraya kat rumah saya dulu.. 2,3 hari lepas tu akan kembali ke kampung suami ni..

Sedih kan bila Ramadhan akan meninggalkan kita.. ntah ada lagi peluang bersamanya nanti.. tahun ni merupakan Ramadhan yang sangat mencabar bagi saya kerana berpuasa dalam keadaan yang sebegini.. ingatkan dapat puasa penuh tahun ni bila peknen.. terasa ibadah kurang sempurna bila tiada kudrat untuk berterawih dan khatam Quran... tp sekarang alhamdulillah.. rasa mual2 dan tidak selesa sudah semakin beransur pergi..


Mudah-mudahan saya akan lebih kuat selepas ini... amiin

1 comment:

Nik said...

Selamat Hari Raya Aidlifitri