Thursday, March 14, 2013

KEK LUMUT KUKUS ( resipi II kak DJ )

Assalamualaikum

alhamdulillah... pagi yang indah hari ni kan?
dah sarapan semua?
selepas en.suami keluar dan hantar anak- anak ke nurseri dan budak kecik tu tidur,
sempatlah saya keluar ke laman tepi rumah..
siram rumput yang dah semakin "sihat" dan menghijau..




cakap pasal hijau ni.. jom jamu mata dengan kek yang "menghijau" jugak hihi
dah lama sangat pendam hajat nak cuba buat kek ni
akhirnya jadi jugak buat pagi semalam..
jadi bersemangat nak buatnya sebab mngenangkan ada beberapa bahan tu dah nak sampai tarikh luput..
contohnya macam horlicks.. saya cuma beli untuk buat kek je..
untuk minum, tak pernah... sebab tak suka rasanya bila dibuat minuman.. rasa pelik ngn tekak ni


ok, bila terpandangkan kehijauan kek ni..
teringat pulak dengan kek lapis pandan evergreen..
masa duk Kuching dulu, time nak raya mesti beli bawak balik kampung hihi

rasa kek nih memang agak sedap bagi saya..
mana taknya.. tengok je bahan-bahan yang digunakan... nestum, horlicks dan serbuk badam
tak sangka si kakak pun kata sedap dan makan 2,3 potong..
biasanya kalau tengok kek selain dari kek coklat, agak payah dia nak mencuba..



KEK LUMUT II
Resipi : DayangJack@Dapurku Sayang
Sumber : Atie

Bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi ( Golden Churn. Anchor, SCS )
  • 3/4 cawan gula kastor ( saya guna 1/2 cwn je )
  • 2 cawan nestum ( dikisar halus )
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kcil esen vanila
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
  • 1 cawan susu pekat manis


Cara-cara :
  • Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 
  • Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
  • Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 
  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum . Kacau sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 
  • Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering) 
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 





kelam kabut jugak masa nak kukus kek nih..
nih gara-gara pengukus yang saya ada tu tak cukup besar untuk memuatkan loyang seperti yang disyorkan
dan tehasillah kek lumut yang kecil molek dalam 6 ketul
banyak jugak hasil kek nih.. yang selebihnya potong dan simpan dalam peti sejuk
boleh tahan seminggu


6 comments:

tun_telani said...

tun teringin gak nk buat kek2 mcm ni, tp bila tgk 4jam nk kukus tu.. adehhh... terbantut jap.. hihi.. tumpang makan buleh?

nadia rashid said...

comel2 bentuk nya...tengokkan bahan ok je nak buat tapi lama pulak timing kukus..:D
kalau bakar boleh ke?

Cheq Sue said...

atie...saya pun macam tun jugak. teringin nak buat tapi bila tgk nak kena kukus lama terus terbantut...

rep : saya ni orang pasir puteh... agaknya sekapal dengan atie la kot :)

atie @ ejay said...

@tun_telani
sila tun..ada byk lagi hihi
atie kukus 3 jam je tu pun jenuh menunggu :)

atie @ ejay said...

>>nadia
hihi ntahlah.. kena tanya org srawak nih

atie @ ejay said...

>>c.sue
mmg malas klu bab ngukus nih.. tp utk kek ni hasilnya berbaloi2 hihi
yeke?atie pun ore pasir puteh..kg. padang pak amat