Thursday, January 24, 2013

kek besday untuk auni & ali

assalamualaikum...
salam Maulidurrasul dan selamat bercuti...
alhamdulillah..sambung 3 hari cuti lagi kan.. boleh berehat kat rumah dan meluangkan masa dengan keluarga.
untuk saya, semalam adalah hari terakhir di sekolah sebelum bercuti panjang..
tp masih membawa saki baki kerja balik ke rumah... dengan buku latihan dan lembaran kerja pelajar yang masih belum bertanda.. mudah-mudahan en.baby masih selesa dalam perut ibunya lagi dan memberi peluang untuk saya menyelesaikan sedikit urusan ..


 kek birthday yg saya buatkan untuk budak2 dua orang tu.. si kakak auni yang masuk 4 tahun, dan si adik ali yang masuk 2 tahun pada Disember tahun sudah...
punyalah bercinta nak buat kek untuk diorang... akhirnya berjaya juga....




hmmm... masih dengan puting masing2.. tak tahu camana nak pisahkan dengan diorang...

KEK CHOC MOIST KUKUS
By: Pn. Munira Baharum
 * rujukan untuk buat kek yang best ni dari blog kak ita Masam Manis kat SINI
Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder  
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak

Bahan C 
4 biji telur ~ diblender
Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan
Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu
Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B  
Kacau sebati, guna spatula aje.
Tuangkan adunan dalam loyang 
Tutup loyang dengan aluminium foil
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan.
CHOCOLATE GANACHE

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air


Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah


Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.
Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
Letakkan sekeping kek atas lapik kek

** susah jugak buat kek ni bg orang  yang tak reti cam saya ni.. kek tu pun hanya mampu dibahagi tiga bahagian.. tu pun sampai patah2...hihi apapun sangat berpuas hati:)