Showing posts with label mi. Show all posts
Showing posts with label mi. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

menikmati steamboat di rumah...

assalamualaikum...

hari pertama saya mula bercuti sebelum bersalin..
kali nih ambik cuti awal.. berbanding auni dan ali dulu , saya tidak begitu risau memandangkan edd kedua2nya bulan Disember.. dalam tempoh cuti sekolah...
kali ni agak risau.. takut tak sempat balik kampung dan dapat bersalin di tempat yang biasa an-Nisa' KB.
lagi pula kehamilan kali ini agak berbeza rasanya... saya cepat letih dan lesu..
ketika mengandungkan kakak..saya berjauhan dari keluarga dan suami..
bila tiba kehamilan ke-2 , saya bertuah sebab suami mahu hantar dan jemput saya ke sekolah..
langsung saya tak sentuh stereng kereta dan tidak memandu dalam tempoh yang agak lama juga..
kali ni , suami tetap mengofferkan dirinya untuk menjadi pemandu..
tp bila memikirkan kekalutan yang bakal kami hadapi terutama di waktu pagi,
saya nak kena sampai sekolah sebelum jam 7.25 pagi ,
bimbang anak2 buat perangai (pernah auni lari kejar kereta saya waktu pagi sebab nak ikut saya ke sekolah)
saya menolak... alhamdulillah... saya berjaya memandu pergi dan balik sekolah sehingga Rabu hari tu..
walaupun kadang2 saya rasa penat sangat...
dengan berat badan yang tidak saya jangkakan , membuatkan pergerakan saya agak terbatas berbanding dua kehamilan sebelum ini.. berjalan pun dah tak betul..

petang Rabu hari tu , penuh tempat duduk belakang ereta saya punggah buku latihan dan lembaran kerja pelajar untuk ditanda di rumah.. sebahagiannya sudah saya hantar petang semalam.. dan bakinya masih memenuhi meja di ruang tamu.. moga2 dapat saya selesaikan menjelang esok , sebelum kami pulang ke kampung lusa.. printer juga saya angkut bawak pulang , untuk saya printkan lembaran kerja untuk ditinggalkan...


berbalik kepada cerita steamboat pulak hihi
ni kali ke-2 kami menikmati keenakan steamboat di rumah..
kali pertama hari tu pun masih baru.. cuma tak sempat nak ambik gambar.
mintak suami belikan dapur yang seketul tu...

bila di rumah , kami berjaya menikmati keenakan steamboat ni dengan penuh rasa aman..
berperang dengan budak2 aktif di meja makan kat rumah adalah lebih baik dari kat restoran kan?hihi
since dua beradik tu sangat sukakan tom yam, saya buat kuah tom yam je..
sori..gambar kuah dalam periuk tak leh tayang.. rupa periuknya tidak sesuai hihi
nantilah..nak cari periuk steambot yg sesuai..hihi

yang best bila nikmati steamboat kat rumah ni ,
bahan2nya tentulah sedikit mewah dan berbaloi dengan selera dan juga harga kan??..
berbanding kat luar , kadang2 tu banyak bahannya yang saya tak suka makan..

Thursday, May 31, 2012

MEE KARI KERANG JADI MEE KARI UDANG

assalamualaikum...

terserempak dengan 2 keping gambar mee kari ni dalam folder makanae tadi.. lupa dah bila kami menikmati mee kari yang sangat sedap nih.. asalnya kalau ikut resipi Mee Kari Kerang.. tapi oleh kerana Tukang Dapur nih tak suka makan kerang ( en.suami suka sangat kerang ), jadi tukar je kepada udang.. nak tahu sebab apa saya takleh nak gigit isi kerang?? sebab ada yang bahagian hitam tu.. kalau saya teringin jugak , saya hanya telan kerang tuh tanpa gigit-gigit atau kunyah-kunyah hihi



Resepi Mee Kari Kerang
sumber : Kak Wana Potret Kasih
by : atie

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) – kali ni tak letak
Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam
Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )
Cara Penyediaan Kuah
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Friday, May 11, 2012

rojak ayam

assalamualaikum..

jom jamu mata dengan rojak ayam yang dah berkurun menanti dalam post list hihi. dah berbulan2 rasanya buat rojak ni.. tinggal kenangan belaka dah. rasanya saya sediakan rojak ayam untuk kawan yang datang bertandang ke rumah masa tu , siap tapaukan lagi. almaklumlah.. kat rumah ni, saya ngn suami je nak makan benda2 cam gini pun..

bagi saya keenakan rojak ayam ni terletak pada kuah kacangnya.. kalau kuahnya sedap, rojam ayam yang tak cukup kroni pun boleh jadi lazat. macam2 bahan yang kita boleh letak.. biasanya selain ayam dan mi yang jadi bahan utama, saya akan sediakan juga cucur udang, timun+salad, tauhu goreng , kentang rebus yang didadu dan telur rebus.. dan ada juga yang letakkan nugget dan bebola ikan goreng dan keropok ikan..

sori.. takde resipi.. lagipun penyediaannya mudah sangat.. tak perlu nak sukat2 dan timbang bagai hihi
kalau rasa malas nak masak kuah kacang, pakai je yang segera dan diolah mengikut citarasa sendiri. hari tu pun saya pakai kuah kacang segera.. tapi lupa jenama apa... sedaaap.


aduuuh teringat2 pulak ngan rojak ayam nih....

Tuesday, April 17, 2012

Mee Bandung Muar Sedap...

Assalamualaikum....
tetiba jumpa gambar mee bandung ni dlm draf post list..
bila ntah tuan rumah masak mee ni..
bulan lepas kot.. mlas plk nak check tarikh kejadiannya
yang pasti masih ingat lg.. aritu ari keje
balik lewat petang dah.. tiba2 rasa nak makan mee bandung..
pastu kat budak kecik dua orang tu saya masak mee kuah putih (mee kuah)

disebabkan stok daging takde masa tu, saya gantikan isi ayam , udang dan sotong je
mmg sedap mee bandung muar ni.. nak2 bila masak sendiri dan makan sendiri kan
kdg2 makan mee bandung kat kedai, tak dapat nak penuhi selera kita kan..
ada yang kuahnya cair , ada yg tersangat masam...
jd yang terbaiknya i


Resepi Mee Bandung Muar SedapSumber :  Dapur Madihaa / Sumber cnp: Dapur Nuridah
saya copy dr : potret Kasih
Bahan-bahan untuk kuah:Utk dimesin5 ~ 6 ulas bawang merah3 ulas bawang puteh10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembutsegenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah300 gram daging ~ potong nipis4 biji telur2 sudu sos tomato4 sudu sos ciliSedikit minyak masak ~ utk menumisGaram secukup rasa2 sudu besar gulaair secukupnya1 ikat sawi ~ dicelur2 helai daun kubis ~ tak letak4 batang jagung muda ~ tak letak2 bungkus mee kuning ~ dicelurlimau kasturi ~ optionaldaun sup ~ optionaltauhu goreng ~ optionalbawang goreng ~ optional
Bahan-bahan untuk cili jeruk
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam
Cara2.
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (Saya masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak…
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (saya campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging) 
Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.


Friday, April 8, 2011

mee calong versi pandai2 je

assalamualaikum...

menunaikan janji utk buat mee calong sendiri kat rumah...dah dekat seminggu dah ( lebih dah pun, kes lama terperam kat dlm draft hehe ) buat nih, cuma tak sempat nak publish hehe aritu masa singgah Beserah, 1st time kita cuba mkn mee calong mcm kat SINI.


tak susah pun buatnya.. macam kita tumis sayur sawi je ehehe. masa kecik2 dulu pun ma selalu buat tumis sawi, pastu masuk isi ikan dan sedikit meehoon. pastu jadikan lauk wat makan nasi. klu nak sedap, kena guna isi ikan yg fresh tau.. nih saya pakai isi ikan sardin@selayang.. punya susah nak dapat ikan selayang kt sini aritu.. ikan kembung banyak la..

 

klu nak cuba, boleh la tengok resipi mandai2 dr saya nih.. alah sebagai rujukan je.. jumlah dan banyak bahan boleh anggarkan ikut citarasa sendiri pun ( ayat org yg tak berapa pandai masak hehe, mmg klu org tanya resipi masakan saya terutama lauk pauk.. jumlah bawang byk mana, halia bape inci, cili bape sudu... harus tak tau saya nak jawab dgn tepatnya sbb saya suka main anggar2 dan campak2 je hehe )

bahan utk kuah :
1 kilo ikan selayang
-dibuang tulang, kemudian blend/kisar tanpa air. saya guna pengisar kering tu je.. kemudian perisakan dgn sedikit garam dan serbuk lada sulah
- tulang ikan saya tak buang terus, cuci bersih dan rebus dengan air utk dapatkan stok ikan, boleh guna buat kuahnya nanti.. jumlah air, ikut pandaila hehe agak2 cukup utk makan ngn sekilo mee. haiyya bila chef tak bertauliah keluarkan resipi kihkih
3-4 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - tumbuk kasar
1 bungkus perkakas sup ( saya guna perkakas sup tulang punya )
tauhu kering
tauhu basah
telur
>> tumis bawang, halia sehingga kekuningan.. masukkan perkakas sup, tambah air rebusan tulang ikan tadi. bila air mendidih, bulat2kan isi ikan td dan masukkan ke dalam kuah. masukkan jgk tauhu kering dan tauhu basah.. tambah garam dan serbuk perasa.bila isi ikan dah timbul, maknanya dah masak la tu hehe
>>bila nak hidang, pecahkan telur dlm kuah ( jgn bagi berderai ) sebiji telur utk setiap mangkuk hidangan

bahan lain :
1kg mee kuning
sawi, taugeh
bawang goreng, daun sup
keropok lekor goreng
sambal kicap

>> bolehlah hidangkan mee beserta bhn2 lain tuh. klu ada keropok lekor, lagi best tau:)
** hikhik.. macam merapu je kat atas tuh. mmg tak lulus nak share resipi. harap2 sape yg nak cuba tuh, buat2 paham je la ye 

Friday, October 8, 2010

~ laksa sarawak ~


malam td dinner ngn laksa sarawak je... dah dr aritu lg nak buat, tak terbuat2.. lg pun skrg ni misi nak abiskan rempah yg ada 2.. byk lg. thn dpn dah expired dah.. tambah plk nak bersalin, lama plk nak kena pantang kan?? hehe pastu kalau larat nanti nak buat lg utk jamu kawan2 kat skolah plk..


selain terubuk masin, bubur pedas.. laksa sarawak antara yg the best mkanan dr negeri bumi kenyalang.. saya sgt2 suka!!