Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Bingka Lobak Merah Berjagung

Assalamualaikum...

Malasnya nak update blog.. banyak benda yang mempengaruhi mood berblog sekarang ni hihi tapi tak pelah, kalau saya tak update orang tak kisah pun blog yang tak seberapa ni kan.. tak delah macam saya duk nantikan tuan punya blog pujaan update diorang punya post hihihi

Banyak perkara yang berlaku sebenarnya... ada yang memberi kesan mendalam, ada yang berlalu pergi seolah terbang jauh ditiup angin.. Khamis lepas, genap seminggu dah saya kehilangan seorang pelajar, dijemput Ilahi yang Maha Pencipta.. masih muda, calon PMR tahun ni.. tapi Allah sebaik-baik Perancang.. dan minggu ni juga mendapat berita kawan sekuliah meninggal akibat breast cancer ... walaupun tidak rapat, tapi ianya memberi kesan juga buat diri saya..




ok, tentang bingka ni pulak... dah lamaaaa dah buatnya. dah lama beratur dalam list draft.. baru hari ni dapat dikongsi dengan rakan-rakan.. saja nak bagi kelainan, tu yang jadi bingka lobak merah plus jagung ni.. rasanya boleh tahan, lemak-lemak gitu.. resepinya lebih kurang je dengan bingka labu yang selalu duk buat tu.. alkisahnya sebab nak habiskan stok lobak merah yang ada.... cubalah, hasilnya tak mengecewakan :)




BINGKA LOBAK MERAH BERJAGUNG

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram lobak merah , kukus sampai masak
200 gram / satu tin kecil  isi jagung cawan manis 
200 ml santan pekat
200 ml air
5 biji telur 
200 gram tepung gandum
130 gram gula perang
1 camca teh esen vanilla 
2 sudu besar marjerin
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 x 8 inci  dengan mentega, alas dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Kisarkan lobak merah yang dikukus bersama isi jagung. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan.
  3. Kemudian satukan semua bahan-bahan yang lain kecuali bijan dan dikisar / diblend sehingga hancur dan sekata.Selepas itu tapiskan adunan ke dalam bekas lobak dan jagung tadi. Kacau rata. 
  4. Tuang dalam tin  dan taburkan bijan. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan keperangan. Sejukkan sebelum dipotong.

Monday, July 22, 2013

Akok Durian

Assalamualaikum..


menu untuk berbuka Sabtu hari tu.. dah lama nak cuba buat akok durian.. akhirnya berjaya jugak, lagi pun memang dah tak kuasa nak abiskan stok isi durian dalam fridge tu.. nak buat crepe, puasa2 ni malas pulak.. sebelum puasa hari tu teringin juga nak cuba buat kek durian ala2 SR tu.. tapi tak sempat pula, tengok lah camana nanti...



resepi lebih kurang sama dengan resepi akok kat SINI dan SINI
cuma saya olahkan sedikit mengikut kesesuaian rasa manis akok tu.. Rasanya pun ok lah, takde lah manis sangat. kali ni gandakan adunan, buat lebih sikit untuk diberikan kepada jiran. kebetulan pula ada satu jiran tu, diorang balik kelantan. malam sebelum isyak, diorang balas bekas dengan akok juga.. tapi akok jagung hihi ada juga terselit jala emas dan buah tanjung kalau tak silap nama kuih tu hihi.. alhamdulillaaah :)


AKOK DURIAN
BY :Atie

Bahan-bahan :

5 biji telur
200 ml pati santan / 1 kotak santan KARA
160 ml air
100 gram gula perang 
40 gram tepung gandum
1 sudu teh perisa pandan/ pandan paste
3 ulas isi durian
secubit garam halus

Cara-cara :
  1. Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan kecuali air dan isi durian.
  2. Blend hancur isi durian bersama air.
  3. Tuangkan isi durian ke dalam bekas yang mengandungi bahan2 lain tadi.
  4. Kacau semua bahan sehingga sebati dan tapiskan jika perlu.
  5. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan yang telah disapu minyak sebentar.
  6. Keluarkan acuan dan isi adunan sehingga penuh dan bakar selama 10 minit dengan menggunakan api atas dan bawah. Kuih ini akan mengembang ketika dibakar dan akan mengecut setelah dikeluarkan dari oven.

ok, selamat mencuba ye :)




Monday, July 15, 2013

Risoles Ayam

Assalamualaikum...


Pertama kali rasa kuih ni lupa pulak bila hihi tapi bila duk Kedah ni lah, sebab ada sorang kakak kat sekolah tu akan jual kuih ni yang dia fozenkan bila masuk bulan puasa. tak pernah tanya pun nama kuih ni.. dan tak sampai sebulan ni lah, baru ku tahu rupanya kuih yang selama ini dimakan ialah risoles. tiap kali bulan puasa, mesti saya akan beli buat stok untuk bersahur.. ops, cakap pasal sahur, tadi buat pertama kalinya kami berdua bershur dengan nasi hihi 
ok dan rasanya risoles ni berasal dari tanah seberang.. oooh patut lah kakak tu pandai buat, sebab suaminya berasal dari seberang , Indonesia hihi

Dah lama teringin nak buat kuih ni, tapi segan nak bertanya resepi dengan kakak tu.. last2nya , bila dah tahu nama kuih ni apa, godek2 lah sendiri resepinya kat tenet. macam2 versi ada, dari cara nak buat kulitnya.. ala-ala melenggang kulit crepe gitu, sehinggalah bermacam2 jenis inti yang kita boleh buat. kalau yang kakak tu punya, rasanya antara bahan yang dia gunakan kobis dan telur.

Risoles ayam dr blog kak rohah ni saya kopikan kat bawah untuk rujukan ye..
Hari tu memang awal2 tu ikut sukatan yang dinyatakan untuk buat kulitnya..
Tapi ya ampun, rupanya lagi senang nak melenggang kulit crepe doyan tu..
yang ni mungkin susah sebab yang pertama ialah , orang yang buat nih tak pandai.. saya lah tu hihi
yang kedua, bagi saya adunannya terlalu pekat.. jadi ianya tak meluncur elok bila kita lenggang atas pan. 
bila dah jadi camtu, saya tambah hampir 3/4 cawan lagi air berbanding sukatan asal resepi tu..
untuk inti pulak,buat ikut bahan yang ada dalam esbok je.. 
cincang sengkuang, carrot dan dada ayam je sebagai bahan utama.. 
hari tu goreng 6 ketul je, yang lain saya frozenkan..



RISOLES AYAM
Resepi:Majalah SEDAP (RISOLES MINI AYAM)
Sumber :kak Rohah

Bahan Kulit:
150gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
350ml susu cair
1 sudu makan marjerin cair
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
1 sudu makan marjerin untuk menumis
1 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 labu bawang besar | cincang halus
2 sudu makan tepung gandum
300ml susu cair
100gm isi dada ayam | direbus dan dipotong dadu
25gm kacang pis (saya rebus)
25gm lobak merah | potong dadu kecil dan rebus masak
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk pala
1 tangkai daun sup | cincang halus
2 sudu makan mayonis
25gm keju cheddar parut

Bahan Pencelup:
2 biji putih telur | pukul ringan (saya guna sebiji telur putih kuning sekali)

Bahan Pelapis:
100gm serbuk roti kasar putih 





Cara membuatnya:
1.Kulit:Kacau rata tepung gandum, garam, susu cair dan marjerin cair.Masukkan telur.Kacau rata.
2.Buatkan dadar kecil di kuali rata berdiameter 12cm.Lakukan sehingga semua adunan habis.(saya tak ikut saiz ni)
3.Inti:Panaskan marjerin.Masukkan bawang putih dan bawang besar.Tumis sehingga terbit aroma.Masukkan tepung gandum.Kacau sehingga bergumpal.
4.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.Masukkan keju parut.Kacau rata.Masukkan ayam, kacang peas, lobak merah, garam, serbuk lada sulah, gula pasir dan serbuk pala.Kacau rata.
5.Masukkan daun sup dan mayonis.Kacau rata.
6.Ambil sekeping kulit.Masukkan inti.Lipat.
7.Celup ke dalam putih telur.Gulingkan di atas serbuk roti kasar putih.
8.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga kuning kecoklatan.


ok, selamat mencuba..

Friday, June 14, 2013

Kuih Serimuka Durian

Assalamualaikum...


sekarang ni kalau kat sini, rasa macam berada dalam musim tengkujuh je.. nak-nak sehari dua nih, boleh kata hujan sentiasa.. lebat pulak tu.. apa-apa pun bersyukur dengan setiap rahmat yang ALLAH berikan. ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian sesuatu kan?

bila cuaca camni , alhamdulillah..dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih senang rasanya.. sejuk-sejuk gini , tekak tak adalah kering sangat.. badan pun tak de lah rasa longlai je nak menunggu waktu maghrib hihi.
ok , berbalik pada menu kita nih. sebenarnya dah lama buat kuih serimuka ni... dah masuk dua kali buat pun. kali kedua hari tu buat sebelum balik kampung 2 minggu lepas.. ada sedikit lebihan isi durian buat tempahan crepe aritu.

dari petang semalam duk tulis entri nih, bila ada gangguan berhenti sekejap. lepas tu sambung balik pagi nih hihi awal2 pagi tadi suami dah bertolak ke Merbok dan akan ke Kota Bharu , iring budak silat.. insyaAllah esok, lewat malam baru sampai sini balik. Pertama kali kami ditinggalkan , mudah-mudahan saya berjaya menguruskan anak2 dengan baik tanpa suami. Moga ALLAH berikan saya kekuatan.. amiiin ya Rabb. 





ini adalah pertama kali dalam hidup saya menikmati kuih serimuka durian , dan kali pertama juga buat kuih serimuka ni.. alhamdulillah, walaupun rupanya tak berapa cantik tapi enak ditekak saya.. cukuplah kan? hmm tapi faham-faham jelah, bila buat kuih sebegini yang pasti sudah menjadi habuan jiran belakang rumah. yelah, mana larat , kalau saya yang kena habiskan semua. suami pulak, makan secuit je.. haiisssh... itulah, bila nak buat kuih tradisional sikit.. nak kena fikir banyak kali.

ok, bagi penggemar durian dan pulut.. mesti enjoy makan kuih serimuka ni. saya copy resepi serimuka durian dari blog kak hana. resepi asalnya dari kak Rima.. terima kasih semua ye :)


Bahan-bahan
Lapisan Bawah

  • 250g beras pulut - rendam 1 jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula - rima tambah
Cara-cara
  • sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebh kurang 30-35 min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang @ plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. ( hana guna tips kak hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap )


Bahan-bahan
Lapisan Atas

  • 150g isi durian
  • 125g gula
  • 3 biji telur ( anggaran 30g setiap satu )
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat ( hana buh 200ml santan pekat + 175ml air )
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  • blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati. Ketepikan.
  • satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati. Kemudian tapis ke dalam periuk.
  • campurkan isi durian tadi . dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi
  • cara saya yang agak malas ni, blend semua bahan tadi dan terus tuangkan ke atas adunan pulut tanpa masak terlebih dahulu bahan-bahan lapisan atas tu.
  • Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar  air tidak menitik atas kuih
  • tunggu benar2 sejuk baru dipotong

Tuesday, May 28, 2013

Roti Jala Kari Sardin Lagi

assalamualaikum...


entri tertangguh lagi..dah lama beratur dalam list draft tu.. dalam seminggu lepas kot buat roti jala ni.. kalau roti jala ni buat sarapan, sedap kan? tuan rumah pagi nih sarapan dengan donat je. alhamdulillah hari ni nak bagi tepukan kat diri sendiri sebab dengan jayanya buat pertama kali berjaya bawak anak pi cucuk tanpa suami yang jadi driver dan peneman. disebabkan suami yang terlalu sibuk nak kena setelkan kerja sebelum bali kampung esok dan tarikh temujanji dah berlalu seminggu, beranikan diri jugak bawak athif ke klinik yang agak terhad juga tempat parkingnya.. jadi seawal jam 7.40 , dah keluar bawak athif. budak 2 orang tu masih lena tidur dan tinggalkan dekat ma dan ayah. alhamdulillah sebelum jam 9.00 dah setel semua. Tidurkan dia kejap pastu hantar ke nurseri sebelum pi beli bahan basah untuk masak hari ni.. 

ok berbalik pada menu roti jala ni, saya masih gunakan resepi yang sama kat SINI




KARI SARDIN SIMPLE

Bahan-bahan :
1 tin besar sardin - diasingkan isi dan kuahnya
200 ml santan pekat / 1 kotak kecil santan KARA
3/4 cwn air
3 biji bawang merah-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2 biji ubi kentang - didadu kasar
3 sudu besar rempah kari ikan Babas
1 sudu besar cili kisar / cili boh
3 sudu besar sos tomato
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
  2. Masukkan rempah kari yang digaul bersama cili kisar dengan sedikit air. Kacau dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula ubi kentang. Tuangkan kuah ikan sardin. Gaul sebentar  dan masukkan santan bersama baki air..
  4. Apabila mendidih, masukkan ikan sardin dan sos tomato. Perisakan dan masak sehingga kentang empuk.


 asyik masak kari sardin je kan, lenkali buat kari ayam pulak.. bukan apa , bila rasa tiba-tiba nak buat roti jala.. kari sardin lah paling cepat nak sediakan..


Wednesday, May 1, 2013

Roti Jala pink + biru

assalamualaikum...


mungkin di saat entri ini dipublishkan , kami semua dah bertolak pulang ke Pantai Timur..
ataupun masih duk kemas2 mana yang patut lagi hihi
ginilah kalau nak balik kampung, plan nak bertolak awal pagi...tapi sebaliknya yang jadi..
ok..setelah sekian lama tak menjala , hujung minggu lalu terhasillah roti jala yang cantik ni..
versi tikar zam zam alakazam oleh kak reen khan tu dengan menggunakan botol roti jala muncung tiga..

sebenarnya dah hampir setahun beli botol roti jala kat kedai bakeri.. harganya pun rm1.50 je masa tu..
tapi tak pernah guna.. last sekali bawak balik kampung bagi kakak..
pastu baru ni beli yang lain.. 

bila nak cuba buat versi cam gini , apalagi.. gunakan je gabungan warna yang saya suka..
pink dan biru... tapi terlebih BIRU pulak.. hihi
ada yang komplen , nape tak buat gabungan color hijau + putih , atau biru muda + hijau??
atau hijau kuning disebabkan saya duk kedah lani kan..hihi
takpe..takpe nanti kita buat semua gabungan color tu ye..

masa mula-mula nak mengirai tu , terketar2 jugak la tangan ni..
dah lama2 tu makin ok dan hasilnya pun lebih cantik..
kali nih sebab nak cepat , hidangkan roti jala dengan kari sardin je..
dan ambik resepi roti jala dari dapur kak hana


RESEPI ROTI JALA
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ susu segar@santan cair 
  • saya guna 1 cwn air dan 1 cwn susu segar
  • 1 biji telur - saya guna 2 biji telur gred B=
  • 1 sk garam
  • pewarna kuning
Cara-cara
  • Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.


Thursday, April 18, 2013

Akok Jagung - Malaysian Food Fest ( Kelantan Month )

Assalamualaikum...




Salah satu kuih akok kegemaran saya.. 
akok jagung.. tapi ini kali pertama buat sendiri akok jagung
saya jadikan resepi KUIH AKOK ni sebagai panduan untuk buat resepi akok jagung..
alhamdulillah..hasilnya sangat berbaloi dan kena dengan selera si pembuatnya hihi


Kali pertama saya makan akok jagung yang sedap ialah 2 atau 3 tahun yang lepas..
masa tu on the way balik kampung untuk cuti Hari Raya Puasa..
sebab bertolak lewat dari Jitra, kami terpaksa berbuka puasa dalam kereta
kebetulan ketika azan maghrib dan hampir masuk , kami melintasi satu gerai akok
terdesak sebab tak ada makanan masa tu , suami berpatah balik sebab kami dah terlajak jauh ke depan.
gerainya taklah besar , hanya satu pondok kecil yang agak usang
seingat saya ia terletak berhampiran simpang ke Tanah Merah..
boleh dikatakan akok yang dah dimasak dan masih panas berasap tak akan berlama-lama di atas dulang,
terus je dibungkus kerana pelanggan sudah menunggu..
jadinya, akok yang dibuat tu "sangat fresh"..
adunan akok kakak tu tak dibuat banyak sekaligus , setiap kali akok yang dibakar habis ,
barulah dia akan membuat adunan baru , mengocok telur yang dicampur tepung , air gula dan santan.
alhamdulillah..bulan puasa tahun lepas , kami berkesempatan lagi untuk merasa akok jagung yang sedap tu..



AKOK JAGUNG
resepi : atie

Bahan-bahan :
400 ml santan pekat
200 ml air
10 biji telur gred B
200 gram gula perang
100 gram tepung gandum
130 gram jagung krim
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara menyediakan :
  1. Panaskan oven menggunakan suhu 180'c. Oleskan acuan muffin dengan sedikit minyak masak dan letakkan di dalam oven.
  2. Satukan semua bahan dan blend / kisar sehingga semua bahan sebati.
  3. Keluarkan acuan yang dipanaskan tadi dan tuang adunan sehingga penuh.
  4. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga masak.


alhamdulillah.. sedap akok jagung  ni.. lembut je
paling penting , saya berpuas hati dengan tahap kemanisannya.. tak terlalu manis..
kadang-kadang saya suka menikmati akok yang masih panas
tapi bila akok jagung ni disimpan dalam fridge , waaah rasanya boleh tahan juga bila dinikmati sejuk-sejuk..
sekarang masih tinggal 4 ketul , nak habiskan malu pulak dengan en.suami..
balik kerja semalam bila dia buka tupperware dalam fridge tu , satu soalan terpacul 
" eh , dah tinggal banyak ni akok? "
" ye.. makan tadi 4 keping " jawab saya..
".. hihihi kata nak kurus.."
nak jawab apa , saya diam je lah hahahaha dah kita buat, kita makan la kan?





Friday, April 5, 2013

Kuih Akok - Malaysian Food Fest ( Kelantan Month )

Assalamualaikum ...




Alhamdulillah... dapat makan akok sedap macam yang selalu jumpa kat kampung halaman je..
cuma tak ada lah bau aroma asap arang atau sabut atau tempurung kelapa tu kan..
kalau bulan puasa dan ada kat kampung , ini adalah antara menu wajib ada ketika berbuka..
ayah selalu beli banyak-banyak.. kalau tak dihabiskan masa berbuka , simpan dalam fridge dan buat makan sahur pulak.. aduuuh teringat lah pulak kenangan berpuasa di kampung halaman..


Ini bukanlah kali pertama saya buat akok.. dulu sebelum zaman kerja dan dapat berpuasa di kampung , pernah juga saya buat akok. Bakar atas dapur arang dalam acuan akok yang dipinjam hihi.. sekali buat , kemain banyak lagi dan masa tu buat tak ikut resepi.. tengok banyak mana santan , pastu agak-agak je nak manis tahap mana.. bubuh telur banyak-banyak dan masuk gandum sehingga dapat kelikatan atau kepekatan adunan yang sesuai.. jadi bila orang tanya resepi , konfem lah garu kepala tak dapat nak menjawabnya..

Terima kasih Kak Nor sebab invite atie untuk join Malaysian Food Fest..
saya submit entri nih boleh lah ye hihi



KUIH AKOK

resepi asal : Zaliana
sumber  : Atie

Bahan-bahan :

5 biji telur
200 ml pati santan
140 ml air
130 gram gula manisan ( gula melaka ) - dalam 3 keping saiz kecil
35 gram tepung gandum
3 helai daun pandan disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara :
  1. Masak air bersama gula melaka sehingga mendidih dan gula larut. Tutupkan api. Biarkan sedikit suam.
  2. Pecahkan telur di dalam pengisar. Kemudian masukkan santan , tepung gandum , daun pandan , garam.
  3. Masukkan air gula yang telah suam tadi dan di kisar sehingga adunan sebati. Kemudian tapis adunan.
  4. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan yang telah disapu minyak sebentar.
  5. Keluarkan acuan dan isi adunan sehingga penuh dan bakar selama 10 minit dengan menggunakan api atas dan bawah. Kuih ini akan mengembang ketika dibakar dan akan mengecut setelah dikeluarkan dari oven.




Untuk buat akok ni , saya gunakan acuan muffin je.. dapat lah 18 biji..
18 biji?? kalau beli kat kedai , dah banyak tu untuk kami nak abiskan
tapi dah dapat saiz comel-comel gini , 18 biji tu sekali hadaplah..  makan panas-panas pulak.. aduuuh.
kakak auni masa mula-mula tengok akok ni belum masak,
dia kata " mmm tak sedaplah kuih niih...pedas! "
bila dah masak dan saya cubitkan minta dia cuba , laju pulak dia makan
" hmmm sedap lah ibu.. sangat sedaplah akok ni.. " haah tu lah , makan memilih sangat.


Sesiapa yang dah tak tahan tengok kedut akok  , boleh lah cuba resepi ni..
Cara nak buat pun senang dan yang paling penting penyediaannya cepat dan hasilnya , SEDAP! hihi
Terima kasih buat penyumbang asal resepi kuih akok kedut yang best ni..


rupa akok ketika masih dibakar dan hampir masak..
sangat-sangatlah kembang macam nak terkeluar dari acuan muffin tu..



Thursday, April 4, 2013

Bingka Nestum

Assalamualaikum...




Selamat pagi semua.. dah sarapan ke? :)
baru jam 8 tapi peluh dah mencurah2 ni.. musim kemarau sekarang ni.. tp alhamdulillah.. sehari dua ni bila lewat petang , hujan turun boleh tahan lebatnya.. menghijaukan kembali padang di hadapan rumah yang kekeringan.. dah 2 malam budak kecik athif tidur berselimut je , tak berbaju.. kakak auni dan abang ali lagi lah kadang2 pakai diaper je.. hihi maklumlah rumah kita tak de aircond hihi

ok, berbalik pada menu pagi ni.. buatnya petang semalam lagi..
boleh tahan juga rasa bingka ni.. asalnya nak cuba resepi bingka crackers.. 
tapi terbuat bingka nestum pulak..
bukan selalu buat bingka.. bingka yang pernah saya buat pun hanya lah bingka labu sebelum ni..
dan kalau bingka labu tu en.suami pun laju je makan..
bingka nestum ni pun sedap juga, dengan rasa lemak-lemak dan kerapuhan nestum di bahagian atas tu.
tapi yang pasti kuih tradisional macam bingka ni lambat sikit lah nak abis, saya aje yang semangat duk pulun makan hihi 

 RESEPI BINGKA NESTUM
sumber : kak.yatiememories dan kak hana

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 2 cawan santan*
  • 1 cawan susu segar*
  • 5 biji telur gred B - cuci dulu*
  • 3/4 cawan gula pasir*
  • 3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 1 sudu kecil garam halus*
  • 2 sudu besar butter - dicairkan*
  • 1 1/2 cawan nestum original 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  1. Panaskn oven 180'. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Masukkan nestum  dan gaul sebati (menggunakn hand whisk atau senduk kayu)
  3. Sediakan loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang, tabur bijirin nestum diatasnya.
  5. Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, Tunggu sedikit sejuk baru potong dan hidangkan.
  6. Bagi mendapatkan permukaan yg garing, 5-10minit terakhir gunakan api grill sehingga perang permukaannya. 

hmm semalam parlimen dah dibubarkan..
tunggu diorang umum tarikh mengundi pulak
plan nak balik kampung sebelum cuti bersalin habis dan akan masuk keje balik hujung April ni
asyik tertangguh gara-gara nak tunggu tarikh mengundi.

Wednesday, December 12, 2012

akhirnya...Durian Crepe

assalamualaikum....

 alhamdulillah...akhirnya setelah lama mengidam nak menikmati durian crepe ni , petang tadi berjaya jugak mengigit2 enak benda alah yang tengak femes sekarang ni.. masa kat jitra aritu dah beberapa kali minta suami belikan buah durian untuk cuba buat durian crepe ni , tp selalu tertangguh2 je.. telan liur je tengok dalam belog.. tengok kat fesbuk.. dengan ajakan kakak , akhirnya terjadilah projek durian crepe nih petang tadi... 1st time buat , kira menjadilah kaaaan hihi

 resepinya kakak cuma salin di kertas je.. setelah saya selidiki hihi akhirnya sumber resipi kulit crepe nih dari Eyna Haneyna . Boleh berkunjung ke fesbuknya... resepi saya copy paste dan edit teks kat bawah :

CREPE DURIAN
dicuba oleh : atie
sumber resepi : Eyna Haneyna
untuk crepe :
- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sdk myk masak
- 1 sdb gula halus
- 40ml susu cair
- 150ml air
- pwrna kuning
- perisa durian

Cara membuatnya :
- masukkan semua bahan dalam mangkuk.. sebatikan dengan whisk dan tapis.
( kalau pekat , tambahkan sedikit air ) - saya ikut cara ni je
- boleh juga diblender , cuma sedikit berbuih. kena hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila banyak buih
- ambil sesenduk kecil , tuang adunan dalam kuali yang dipegang
- layangkan kuali agar sekata ( goyang2 je..jgn layang ke bumbung pulak hihi )
- masak atas api kecil sehingga kering , tak perlu terbalikkan
- angkat dan susun sehingga sejuk..alhamdulillah..tak melekat walau ditindih

FILLING : 
-150ml  fresh cream diputar hingga kental ( boleh mix sekali dengan 2sdb isi durian )
- isi durian secukupnya

- bentangkan kepingan crepe tadi , letakkan fresh cream.
- letakkan isi durian dan letak lagi fresh cream di atas isi durian td..
- lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
- siaaapp!!!

nak tengok cara lipat durian crepe nih, boleh jengah ke blog kak Ita di SINI



1st time buat , rasanya sangat berpuas hati dengan kulit crepenya.. ok sangat dah kalau nak buat lain kali.. akan cuba resepi yang sama.. tadi kami buat 3 kali adunan resepi tu.. dapat dalam 20 lebih camtu.. satu adunan mungkin dalam 8 keping crepe ikut pan yang kami guna.. tak besar sangat dan tak delah kecik pun hihi

Monday, May 7, 2012

Popia goreng sedap kak ida

Assalamalaikum..

hai..saya nih asyik tayang menu yang dah basi je kan.. nak buat camana..tak sempat nak update blog. kadang2 bila ada masa terluang, cik mood pulak terbang hilang melayang diangin lalu kan.. popiah ni pun menu masa cuti 1Mei lalu.

dah lama benar tak buat popia goreng.. hajat nak buat popia basah pun masih belum tercapai.. tapi bila tengok kak Ida tayang popia goreng, tiba2 je rasa nak makan hihi biasanya klu buat, saya cuma masukkan taugeh, kangkung dan udang untuk intinya.. teringat pulak masa kat kampung dulu ada sorang pakcik yang jual popia goreng yang sangat sedap bagi saya. intinya cuma taugeh dan kangkung tp kulitnya dibuat sendiri. digabungkan pulak dengan sos pencicah buatan sendiri jugak yang sangat sedap hihi...


Popia Goreng Kak Ida
by : atie
rujukan : Kak 1da 1001resipi

bahan-bahan inti:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar holland
1/2 biji sengkuang bersaiz besar
sebatang carrot
1/4 kobis
daun bawang
segenggam udang yang dicincang
garam dan perasa secukupnya
minyak untuk menumis dan menggoreng
kulit popia secukupnya
putih telur sebagai pelekat

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan isi udang dan semua sayuran. Goreng sehingga kering dan masak.
3. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Sejukkan dan sedia untuk digunakan.
5. Isikan kulit popia dengan inti dan kemaskan gulungan dengan putih telur.
6. Goreng sehingga sedikit keperangan, angkat dan sejukkan.
7. Kemudian celupkan popia yang sudah masak tadi ke dalam batter  ( resipi di bawah ) 
    dan goreng sekali lagi sehingga keperangan.
8. Angkat dan toskan. Hidang panas2 bersama sos pencicah pilihan anda hihi


Bahan untuk batter :
2 biji telur
1 kotak kecil susu
1/2 sudu besar tepung beras
tepung goreng pisang adabi secukupnya

Caranya :
Bancuh semua bahan td sehingga menghasilkan batter yang tidak pekat dan tidak terlalu cair.

Saturday, May 5, 2012

bingka labu.. pertama kali buat bingka

assalamualaikum...

menu untuk sarapan di pagi Jumaat sehari lalu.. memandangkan stok isi labu yang dikukus dah berminggu2 dlm peti sejuk tu masih berbaki hampir 1 kilo lagi, jenuh jugak duk fikir nak masak apa.. ingat kan nak buat Pumpkin Bread untuk kali keduanya.. tp memandangkan si tukang masak agak malas, sbb rasa cam susah dan makan masa ( sbb pagi jumaat tuh plan nakgi sekolah ), cuba je lah resipi bingka yg mudah ni..

awalnya saya kurang bersemangat nak buat bingka.. sbb biasanya suami kurang berminat dengan kuih-muih tradisional camni.. tp bila terpandangkan kak Ct Delima pun buat bingka labu berjagung, hati terus nekad nak buat jugak.. alhamdulillah... sedap je rasanya. dan suami pun asyik duk ulang alik punggah je bingka nih, ingat kan tak dapat sambutan hihi lain kali bolehla try buat bingka lain pulak hihi


BINGKA LABU
resipi dari : DTS
sumber : atie

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan ( satu kotak santan 200ml + air )
5 biji telur gred B ( atie pakai 6 biji telur )
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla (mat guna "butter vanilla" flavour)
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...

nampak tak tebal saya punya bingka.. sbb guna tin besar hihi
apa pun saya suka dengan ketebalan yang camni.. lebih terasa dia punya kerak tu hihi

Saturday, August 13, 2011

abok abok sago

assalamualaikum..


jangan mintak ye.. dah abis pun.. buat petang semalam utk berbuka.. hehe tuan rumah puasa ke??.. takpe takpe.. buat2 mcm puasa jgk lah kan.. tak rancang pun nak buat kuih nih. tp biasanya camtu la.. kdg2 klu yg duk rancang nak buat tuh, kemain lama amik masa nak realisasikan.. hehe betul tak?? bukan senang nak buat kuih tradisional nih.. kena 5,6 kali pikir jugak.. sbb incik suami tak berapa gemar.. klu dah camtu, malas jugak la nak buatnya.. tp klu dah teringinnn.. camno tuh? nih kes terliur nengok kat dapur kak ita yg kreatif tuh:) atie copy ye, buat rujukan.. tp yang saya punya semalam, sagunya saya kurangkan.. pastu, pakai kelapa kering je.. huk huk.. mcm bukan duk mesia je.. pastu daun pisang pun tak de jugak.. kukus dlm acuan puding je.. ok la kan... walau takde aroma daun pisang yg best tuh, tp tetap lah boleh nelan tekak nih hihi



ABOK-ABOK

by: Bro Rozan
Sumber: Mas
copy dr : kak ita

bahan2:
250gm sago

220gm kelapa parut putih

180gm gula melaka - di potong kecil

1/2 sudu teh garam

beberapa helai daun pisang - ukuran 16x28cm





 
 
 
 
CARA MEMBUAT :
 
Sagu biji dicuci dan ditoskan.


Kelapa parut dan garam digaul rata.

Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata.

Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dengan lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis.

Kukus hingga masak. Mas kukus selama 1/2 jam.