Recent Posts

Showing posts with label cupcakes. Show all posts
Showing posts with label cupcakes. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Red Velvet Cupcakes... mengidam di tengah malam

assalamualaikum...


kali ke-2 buat Red Velvet.. kali pertama buat Red Velvet Cake kat SINI sempena anniversary kami yang ke-4. pastu malam tadi tiba-tiba teringin sangat-sangat nak makan .. cuma kali nih buat versi cupcakes.. comel je. pakai souffle cup , cun-cun dapat 30 bijik.. cup tu pun ada 30 bijik je hihi..


 

 

sepatutnya isi 1/2 adunan dalam dalam cup barulah naik elok rata je kan.. tp sbb cup cukup2 je ada, jadik saya isikan 3/4 adunan.. tu yang naik tinggi je.. suka sangat dengan tekstur kek nih, sangat lembut dan gebu berbanding dengan yang saya buat kali pertama tu.. akan datang, akan ulang buat pakai resepi yang nih jugak..


Red Velvet Cupcakes
by : atie
sumber : IRMA

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor -saya pakai 270 gram je
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

nak tahu dengan lebih lanjut cara membuatnya, boleh je intai terus kat blog irma. kat bawah tu saya dah ringkaskan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang hihi



Cara : 
1. Ayakkan bahan A. Ketepikan.
2. Pukul butter sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi lebih kurang 3 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul. ( masuk sebijik telur, pukul..pastu masuk lagi sebijik dan pukul lg.
5. Masukkan esen vanila dan pukul seminit.
6. Campur ke dalam adunan tadi bahan A dan B berselang seli. Mula dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.. kenapa ye? hihi saya pun tak tahu...ikut jelah:)
7. Putar  dengan kelajuan perlahan.. masa nih saya kacau pakai whisk je.
8. Dalam bekas kecil campurkan bahan D. Tunggu sehingga buih cuka dan soda tadi berhenti mengeluarkan bunyi berdesir.
9. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sebati.
10. Saya bakar selama 25 minit dengan suhu 165'C sebab pakai souffle cup je.

CREAM CHEESE FROSTING :
( saya ikut citarasa sendiri )
250 gram cream cheese
70 gram gula castor
3 sudu besar butter
3 sudu besar susu segar

- campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang.
- kemudian paipkan ke atas cupcake tadi.




gaya budak laki sedang menikmati keenakan RVCC...

Friday, July 22, 2011

tragedi cupcakes

assalamualaikum...

baru berkesempatan nak update pasal kejadian kek cawan comel nih.. gmbar dah lama upload, tp peram bagi masak sikit hehe tajuk pun bikin kontroversi je..

 
sebenarnya dah lama nak mendeco deco cupcake nih.. tp selalu je ada halangan ..  klu free pulak, penyakit M yg datang tanpa diundang.. kesian plak tengok auni duk tunjuk2 kat imej spongebob yg ibu dia tayang atas rak. kadang2 sampai nangis2 ngamuk mintak gambar tuh.. kejam betul. nah, hari kejadiannya ialah pada Jumaat yg lepas 15/07/2011.. bagi ngam2 cukup seminggu, baru kita masuk belog. utk cupcakes nih, saya guna resipi blended orange cake memandangkan bahan dan penyediaannya sangatlah mdah...

 

Blended Orange Cake
copy dari : blog Hasue

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
* 1 bji buah limau
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje--atie pon
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren ( atie tambah sunquick )


Cara-cara
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak
( atie bakar kejap je, dlm15minit sbb pkai cup kecik )


saya budak baru belajar.. 1st time rasmikan decorating tools yg saya beli aritu.. punyalah semangat sebelum hari kejadian, saya meneliti, menelaah, menonton dgn tekun cara2 menghias cupcake comel2... tp saya punya hasil setakat tu jelah..  beberapa kali cuba wat roses n swirl tu.. tp tak jadi.. susah nak membentuk, sbb cream tuh lembut lembik lah kot hehe saya guna creamcheese frosting, jadi huduh2 pun tetap sedap la kan
sungguh sedih, masa nak abiskan satu dulang cupcakes utk di make-up tiba2 itu dulang jatuh menyembah lantai.. maka bertaburanlah, tergolek2 cupcakes yg ada.. yg ku dah siap conteng2 lorek2 ngn bentuk butterfly pun turut terkorban... ini semua gara2 si kecik auni yg rajin nak membantu.. saya pun tak sedar bila masa dia ada kat situ.. sampai situ ajelah, terus mood saya utk mendeco mati.. titik! noktah! hehe frust betul.


geram kat budak auni nih.. nak tau cara dia makan cupcakes nih?? dia jilat2 semua cream kat atas tuh.. pastu buang imej spongebob yg boleh dimakan, pastu jilat2 lagi cream bagi licin... pastu dengan muka yg tidak ada perasaannya, dibuang kek comel tuh dalam bakul sampah... huwaaaa... sedih2 gini... hai anak....

Saturday, May 28, 2011

blended carrot cupcakes

 assalamualaikum...
entri tertangguh lagi...

sebenarnya saya dah buat cupcakes nih ari ahad minggu sudah.. lama dah pun, tp tak sempat nak update blog.. mcm biasala.. mlas nak megupload gambar.. kang tak boh gambar kang, tak sedap plk ..jap lagi mesti adala berderet entri2 pasal makanan yg dah jadi apa dah pun kan hehe


aritu saya buat cupcakes nih dua adunan, tp lupa plk nak bilang dapat bape bijik hehe pastu hari senin tuh bawak pi skolah and bagi2 sebijik sorang kat bilik guru.. ni kiranya 1st time saya buat kek yg boh carrot.. teringin nak wat carrot cake yg boh kacang2 n campur apple tuh, tp tak berani nak cuba.. takut tak jadik

sedap tau cupcakes nih.. klu letak cream cheese frosting mmg terangkat lah.. saya plk makan ngn chocolate ganache, tak topping kat atas.. waaah sedap bangat hehe klu dah sedap, lelemak berebut2 lah nak menempel hehe lenkali nak try buat orange blended cake plk.. mcm best je, sbb ramia tengok geng2 bloggers yg buat sekali pastu ulang2 buat.. klu dah ulang2 tuh, konfem sedap lah tu kan kan??

Blended Carrot CupCakes
Resepi asal :Blended Orange Cake by Kak Fida@myresipi.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan: 24 cups

* 1 btg lobak merah(dlm 180g)
* 1 cawan minyak
* 1 cawan gula halus
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 3/4 sb baking powder* ( *diayak bersama )
* secubit serbuk kayu manis*(optional)


Cara-cara

1. Bersihkan kulit lobak merah(kikis jika perlu),potong2 kecil.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 25 min atau hingga masak.