Saturday, March 10, 2012

kek coklat kukus puding karamel

assalamualaikum...

siaran tertunda.. alhamdulillah, cuti sekolah sudah pun bermula.. walaupun arini dan esok terpkasa ke ke sekolah sbb ada kelas intensif, tp sekurang2nya bolehlah kendurkan sedikit segala ketegangan yang bersangkutan dengan keje2 di skolah yang bertimbun tak pernah surut tu...

bila terpandangkan gabungan kek coklat dan karamel tu, terus jatuh cinta... sungguh tergoda bila kak ummi tayang kek coklat karamel, pastu hati dah tah tertahan nak mencuba bila terjenguk kek yang sama kat dapur kak melley. tp disebabkan masa tuh telur ada 5bijik je, saya gunakan resipi kek coklat kukus. tak dapat nak ikut resipi kek coklat mcm kat blog diorang.. tekak dah teringin sangat, jd pandai2 lah ubahsuai ikut bahan ape yang masih ada kat dapur tu..



:: Sumber Dari ~  Akak Ummi @ Home Sweet Home   &  Shiela @ Spices Journey  & kak Melley( TQ 


(A) Bahan ( Gula Karamel )
2 sudu besar gula pasir _ ( jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti )

Cara² 
Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180°C selama 5 - 8 minit / gula mencair perang keemasan ( suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula... jangan pelik pula ya ).

(B) Bahan Puding Karamel 
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair ( akak guna susu sejat Ideal )
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila

Cara²
  1. Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... ( sementara tu sediakan adunan kek coklat )







bahan utk kek coklat:


( saya gunakan resipi kek coklat kukus )
1 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
2/3 cwn serbuk koko ( saya letak 1 cwn )
1cwn minyak masak
>>semua bahan 2 campur n kacau atas api sederhana n sejukkan


bhn2 lain:
3biji telur ( saya pakai 2biji je... sbb tak cukup hihi )
1 1/2 cwn gandum + 1sudu teh serbuk soda
>>kacau hingga sebati dlm adunan koko yg dh sejuk kt atas tu
>> kemudian tuangkan ke atas karamel yang telah sejuk perlahan2 supaya puding tidak pecah
>>bakar dengan menggunakan kaedah bain marie dengan suhu 160C selama sejam @ sehingga masak
>>terbalikkan apabila kek betul2 telah sejuk.



selepas diterbalikkkan kek tu, simpan dulu dalam peti sejuk dulu.. bila dah sejuk tu, lagi best...
aduuh camana nak kurus klu asyik duk makan kek je kan....


ok, selamat mencuba!

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Atie,cuti sekolah ni lega la sikit.Cantik puding roti tu.Buat minum petang sambil minum kopi,pasti menjadi ni.

atie @ ejay said...

salam kak ros..
semiggu cuti..tp masa terasa ceat berlalu hihi aish mmg best..kejap je licin

Anonymous said...

salam kak ros...best jer nampak...nak cuba buat laa...minta halal yer kak ros...

ayue pinky said...

Salam... kak.. nak tanye.. klau xde oven bleh x kukus jerk kek n cremel tu..?

ayue pinky said...

Salam... kak.. nak tanye.. klau xde oven bleh x kukus jerk kek n cremel tu..?