Recent Posts

Thursday, July 11, 2013

Resepi Trifle Simple

ASSALAMUALAIKUM...

Gambar-gambar trifle yang ditempah oleh kawan-kawan..
disebabkan ada yang bertanyakan resepi trifle ni, saya kongsikan sekali lagi kat sini.
Resepi asalnya, kalau tak silap lah ye..saya ambik dari katalog Tupperware satu ketika dulu hihi
dan dengan sedikit olahan, saya gunakan resepi ini sampailah sekarang..



TRIFLE SIMPLE
by : atie
Bahan-bahan :

1 biji vanilla swiss roll atau boleh guna apa2 perisa
1 tin buah-buahan koktel - disejat dan simpan sedikit jusnya
1 kotak kristal jelly jenama nona
1 sudu teh esen vanilla

untuk lapisan kastard:
400ml air
300ml susu cair
3-4 sudu besar tepung kastard
4-5 sudu besar gula

Cara membuatnya :

  1. Swiss roll dipotong dengan ketebalan yang sesuai dan potong dua. Susunkan di dalam bekas pilihan. Tuangkan jus koktel ke atas kek sehingga kek basah. Ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan-bahan lapisan kastard di dalam periuk dan masak diatas api perlahan. Sentiasa kacau sehingga kastard mula pekat dan berkilat. Matikan api dan tambah 1 sudu esen vanilla.
  3. Tuangkan ke atas kek dan biarkan sebentar.
  4. Taburkan buah-buahan koktel ke atas lapisan kastard.
  5. Masak kristal jelly mengikut arahan yang disertakan di belakang kotak.
  6. Tuangkan jelly yang dimasak ke atas kastard dan buah-buahan koktel.
  7. Sejukkan sebelum dihidangkan.



kristal jelly jenama Nona ni ada beberapa perisa antaranya strawberry, raspberry,limau dan oren. mengikut pengalaman saya, yang perisa oren tu susah sikit nak set.

ok, selamat mencuba :)

6 comments:

Cida de' Nuanza said...

sedap jugak buat triffel utk berbuka... bahan2 lak nan adoooo..hihi

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Anak akak suka trifle ni, buat pun senang jer kan ;)

mama sara nur said...

selamat berpuasa Atie
emm mengoda triffel ni, sedappp
akak memang suka he hee nak lg ada buah2 coktail tu

atie @ ejay said...

@Cida de' Nuanza

hihi sejuk2 mmg sedap

atie @ ejay said...

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)

a'ah kak.hasil banyak,tp nk buatnya singkat je..senang :)

atie @ ejay said...

@mama sara nur

selamat berpuasa jgk kak.
hihi tabur byk2 buah koktel tu