Sunday, May 27, 2012

Selamat Pengantin Baru Mokmi..

assalamualaikum...
selamat cuti sekolah semua.. skrip jawapan budak2 ada sekotak dalam kereta menanti nak ditanda hihi tak perlu pegi sekolah je, tp kerja2 yang berkaitan tetap bertimbun nak kena buat.. agak kelam kabut balik kampung kali nih.. petang khamis dah penat balik masak2 untuk berbuka, cadangnya malam tuh nak kemas2 tapi tak dapat nak buat apa bila budak2 dua orang tu asyik nak buat macam2.. layan je lah.. bangun pagi2 sempat kemas sikit pastu terkejar ke sekolah lagi sebab ada tuisyen sampai jam 12 tengahari.. balik tu baru kemas2 dan agak lewat juga kami bertolak.. singgah Alor Star Mall sebab nak tukar baju auni yg "cacat", nasib dapat tukar.. pastu singgah pulak Sg. Petani utk makan.. pastu baru betul2 boleh teruskan perjalanan... kemudian berhenti sekejap dekat R&R Tapah untuk solat maghrib & Isyak.. teruskan perjalanan, ambik adik ipar dan isteri kat Hentian Putra dan bertolak ke Temerloh.. Tuhan je tahu camana lenguh2 badan dan urat sendi melayan si ali yang melasak dalam kereta.. dah dekat pukul 3 pagi baru sampai..


pergi Temerloh untuk meraikan majlis pernikahan adik ipar no.2 sebenarnya.. gambar kat atas tu kalau perasan si ali takde kan.. dia syok sungguh tidur dalam rumah tempat berlangsung majlis ni. tak sampai hati nak angkut dia sekali.. tidur tak sedar apa dah..

hehe pengantin lama teringin nak naik pelamin. masa kami dulu takde camni, sbb en.suami tak mahu.. sewa baju 3,4 pasang, tp satu je yang kami pakai hihi nak buat camana kalau suami taknak kan.. tak pelah:)  masa ni dah dekat nak balik .. tp ali masih lena, sampai balik ke rumah tumpangan pun.. kakak pulak ntah kat mana masa ni..

akhirnya dapat jugak bergambar kami sekeluarga..
dan kami selamat sampai ke Marang lewat malam tadi...

Selamat Pengantin Baru buat Hakimi & Azma..
semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan sabar menempuh cabaran alam rumahtangga
auni panggil pakciknya Mokmi.. isterinya??auni nak panggil apa agaknya hihi

No comments: