Recent Posts

Friday, March 29, 2013

Kek Lapis Alwani ( kukus )

Assalamualaikum....


Pagi tadi sempat jugak buat kek lapis kukus yang sedap ni.. dah lama nak buat sebenarnya dengan misi nak menghabiskan horlicks tu. Bila en.suami tak pergi main badminton pagi ni , peluang untuk saya duduk di dapur dengan lebih aman lah maknanya hihi. Kalau tak mimpi je lah nak kena berperang dengan budak 3 orang ni.. tambah-tambah si kakak dan abang tu yang tak tahu duduk diam.


Ini kali kedua buat kek lapis alwani.. kali pertama dulu boleh tengok kat SINI.. sangat suka dengan warnanya.. Pink mesti lawan dengan color biru.. haha tapi kali ni birunya dah keterlaluan sebab tertumpah. tu yang gelap sangat birunya.. tak ikut resepi asal sebab guna warna yang ada kat dapur je.. yang ni guna violet purple untuk lapisan bawah , peach lapisan tengah dan biru yang terlebih untuk lapisan atas. oleh kerana stok kismis dah habis , saya taburkan crushed oreo diantara lapisan kek.. dah lari dari resepi asalnya..


KEK LAPIS ALWANI ( kukus )
Resepi : Dayang Jack
Sumber : Atie

Bahan-bahan : loyang 6 inci
1 cwn tepung gandum
1/3 cwn horlicks
5 biji telur gred A (suhu bilik )
200gm marjerin ( saya guna buttercups )
1/2 cwn gula halus
1/3 cwn susu pekat manis ( saya masukkan 1 sudu besar je )
kismis hitam secukupnya dihiris ( gantikan dengan crushed oreo )
1sudu teh esen vanilla
pewarna

cara2:
1. Sediakan pengukus. Panaskan air. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega  dan taburkan tepung
2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
3. Pukul marjerin/mentega dengan gula sehingga kembang dan putih. (high speed)
4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar. ( low speed )
5. Masukkan susu pekat dan putar lagi. ( low speed )
6. Masukkan tepung+horlicks dan putar hingga sebati. ( low speed )
7. Masukkan esen vanila dan ratakan.
8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren. (saya letak biru,peach,purple)
9. Tuangkan adunan merah ke dalam loyang terlebih dahulu , dan taburkan kismis di atasnya.
    Kemudian , tutuplah loyang dengan aluminium foil atau plastik. Kukus selama 7 minit atau hingga dah tak   
    cair.
10. Ulangi langkah 10 untuk lapisan hijau atau oren. Kukus selama 15 minit atau hingga dah tak cair.
11. Akhir sekali tuangkan lapisan seterusnya dan taburkan kismis. Kukus sehingga betul-betul masak.



alhamdulillah... sangat gembira bila anak-anak pun suka makan kek ni.. macam diorang makan Kek Lumut haritu jugak.. yelah bukan senang nak tarik minat diorang tu makan.. nak masak pun tak semangat kalau kita je yang asyik kena abiskan..


#dalam entri ni ada 2 keping gambar yang tuan tanah ambik sendiri.. yang selebihnya macam biasa , tukang gambar profesional aka en.suami yang ambik hihi

2 comments:

izahdaut said...

Cantik keknya... kombinasi kaler cantik.:)

Gieyana said...

nmpak sedapar Atie..:-)