assalamualaikum....
akhirnya berpeluang juga utk menulis lagi di blog kesayangan ni. teringin je nak kongsi semua resipi yg saya cuba dengan cepat dan pantas. tapi masa utk saya menatap lama2 skrin laptop ni, sangat tidak mengizinkan... tatap2 jugak, tp terpaksa siapkan bermacam2 benda.. stakat hari ni saja, dah 3 minit mesyuarat kena saya karang hihi
ok, pagi yang penuh bersemangat... jumpa kawan2 kat dapur. pegang2, usap2, gosok2 dan cuci2 dorang semua hihi sebelum budak dua orang tadi bangun, sempat saya sediakan sarapan yang agak ringkas dengan menggunakan bahan2 sedia ada kat dapur dan esbok tu... ingat nak cuba buat macaroni bakar utk kali ke-2, tp bila fikir telur hanya ada 4 biji terus je batalkan hasrat.
menu ini disediakan dengan masa yang sangat singkat dengan menggunakan bahan2 yang sangat mudah. masak pun main campak2 je... hmmm klu tambah ngn cendawan butang, lagi sedap.. tp tu lah... masuk apa yang ada je hihi ok, sangat gembira dapat menyediakan sarapan buat keluarga saya ini.
simple fried elbow macaroni
by : @tie_nicemamaforever
bahan2 :
250 gram pasta elbows
200 gram minced beef/daging cincang
2 biji tomato
1 biji kentang
1/2 bawang besar holland
5 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos lada hitam
serbuk lada hitam
brokoli
cheddar cheese
sedikit minyak
garam dan perisa
cara menyediakan :
1. rebus pasta sehingga lembut dan masak, kemudian toskan.
2. tomato dan kentang dipotong dadu. cincang bawang besar dan bawang putih.
3. panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dicincang. kacau sekejap dan masukkan kentang yang telah didadu kecil. goreng sehingga nampak kekuningan.
4. masukkan daging cincang. kacau sehingga daging masak dan masukkan buah tomato.
5. masukkan sos cili dan sos lada hitam dan garam.kacau sebati dan masukkan brokoli.
6. kemudian masukkan pasta tadi, kacau dan perisakan dengan serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
7. bila masak, padamkan api dan parutkan sedikit cheddar cheese.
Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts
Friday, January 6, 2012
Sunday, November 20, 2011
penne bakar dan rumah baru...
assalamualaikum...
rasa cam dah lama tak update blog nih.. sementara budak berdua tu masih tido, bolehlah luangkan masa kejap. walaupun sekolah dah mula bercuti, tp rasa hati masih belum tenang mengenangkan ada lagi kerja2 yang perlu diselesaikan.. pagi semalam cadangnya nak je sekolah, utk kemaskini fail2.. tp hero no.1 dan cik heroin demam pulak.. hero no1 tu, demam pun tetap pegi pejabat.. katanya ada benda nak kena setelkan...
semalam genap seminggu kami pindah masuk rumah baru @ rumah sendiri.. tp dengan kudrat yang tak seberapa, masih banyak barang2 yang masih berada bukan pada tempatnya.. bersepah2 lagi....
ok, penne bakar nih buat ari jumaat lepas.. asalnya nak buat makaroni bakar. tp masa pi pasaraya aritu, makaroni punya stok takde. jd saya sambar penne je...
sedap jugak benda alah ni hihi tapi tp terlebih penne pulak berbanding ngn telur dan daging. insyaAllah akan dibuat lagi nanti dan kena kurangkan @ lebihkan mana bahan2 yg patut.. bila dah rasa ok, bolehlah kongsi resipi ngn kawan2 ye...
pemandangan dr bilik utama... kat depan tuh rumah semiD yg dah hampir siap... best jugak rumah mengadap padang ni.. rasa tenang je.. insyaAllah, klu jadik akan dibina surau dan tadika kat depan tu...
kebetulan masa nak pindah aritu, ma, ayah dan adik datang. diorang yg banyak bantu kami packing barang2.. nak arapkan kami je, ntah camna lah agaknya... ma sgt banyak membantu terutamanya bab2 packing barang.. pastu kemas2 dan susun barang2 kat rumah baru.. agaknya klu dia duduk sini lebih sehari dua, mesti dah clear barang2 dikemasnya hihi
ok..update segera... nanti ada masa terluang, banyak cerita yg nak dikongsi ^-^

Sunday, June 12, 2011
fettuccine tomyam berkrim.. wow sedap:)
assalamualaikum..
erggh.. geramnya.. sepatutnya dah publish awal2 tadi lagi...
erggh.. geramnya.. sepatutnya dah publish awal2 tadi lagi...
hai semua! dah makan malam ke? makan pe? ke ramai yg tengah diet nih.. hihi... bila la ku nak berdiet ni.. badan makin naik.. rasa cam malu lak bila ramai yg menegur hehe kami baru je sudah menjamu selera ngn fettuccine tomyam berkrim.. wah.. campak2 mana yg ada, terus dapat nama cam yang disebut tu... haha sekali sekala kena pandai2 pelbagaikan cara masak.. baru best kan?
asalnya saya nak buat prawn spaghetti olio la konon.... mmg plan nakgi pasar malam jap, nak beli udang... bahan2 lain dah ready stock dah pun. sebelum nakgi p. malam, ajak suami singgah jap kat kedai tuh nak konfem n booking utk kabinet dapur. pastu terlama lah pulak kat sana.. siap en.suami terpaksa angkut ali dulu dr nurseri bawak ke kedai nih... sembang punya sembang.. dah tak sempat nakgi pasar..
so bila balik lewat sgt dah dekat kul7, fikir nak masak pe.. en.suami offer nak beli je makanan.. saya pulak sedaya upaya la kan nak elak, tak mau beli kat kedai.. pastu, bila idea datang.. terjadilah kejadian sebegini je.. hehe simple tapi sedap bangat! klu nak try, bolehlah rujuk kat bawah ye...
bahan2:
secekak fettuccine ( dlm 250gm ) - rebus sampai lembut n masak
isi ayam
1 kiub pati tomyam
sebiji telur
2 setengah cwn air
1/2 cwn susu segar + 1 sudu tepung jagung
parutan cheddar cheese
sayuran ( saya pakai cendawan, bunga kobis, sawi n carrot )
5 ulas bawang putih - dicincang
minyak utk menumis..
caranya :
- tumiskan bawang putih shg naik bau.. masukkan isi ayam dan kiub tomyam
- masukkan air dan didihkan, lepas tu leh masukkan fettuccine tadi.
- pecahkan telur.. dan masukkan campuran susu segar dan kacau sehingga pekat
-masukkan sayur dan tabur parutan keju, kacau dan ratakan
- kemudian matikan api dan bolehla hidang
- pasta nih sedikit berkuah.. pekat dan berkrim
- sesuai tak saya namakan dia sebegitu??? hehe sila angguk!
klu boleh lebihkan kiub tuh, lagi terasa tomyam tuh.. tp terpaksa letak satu je sbb takut pedas.. nanti kesian plk ngn auni. tadi pun sronok bila tengok dia berselera je makan.. hehe auni nih klu mee, maggi, bihun, laksa n jenis2 pasta yg panjang gini dia panggil UBI... haha tak tau lah dr mana dia dapat nama ubi nih...
Subscribe to:
Posts (Atom)