Showing posts with label gardening. Show all posts
Showing posts with label gardening. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Aster yang menawan

Assalamualaikum...



yeay!alhamdulillah... si aster dah berkembang
cantik kan warnanya tu..
tapi bunganya tak besar sangat macam kat kampung tu
rasanya sebab kurang air..dah dekat seminggu pokok ni tak mandi hihi dahla kemarau
bercadang nak sediakan tempat kat atas tanah..tanam banyak-banyak..



tadi juga sempat alihkan anak pokok cili padi ke dalam pasu
tak tahu apa nama cili padi ni.. buahnya halus dan boleh tahan juga pedasnya..
pokok yang saya bawak dari kampung tu dah mati..
tapi kelihatan ada anak-anak pokok cili ni tumbuh dalam pasu pokok pandan


kemudian alihkan juga keratan pokok mulberi ke dalam pasu..
letak 2 batang sekali..boleh ke macam nih? hihi
sebatang dah alih ke tanah.lagi 2 batang cadang nak bawak balik kampung untuk ma..
alhamdulillah.. kelima-lima keratan kiriman en.is ni semua menjadi.. berpucuk dan mengeluarkan buah.


Monday, March 25, 2013

bunga "purple" dan limau kasturi

assalamualaikum..


alhamdulillah akhirnya berjaya jugak snap gambar pokok2 ni
cepat-cepat lari keluar gendong kamera tinggalkan budak kecik tu kejap

 tak tahu apa nama pokok bunga ni..
tapi bunganya cantik bila berkembang macam kat SINI

 mula dah nampak bunganya yang color purple tu :)

ni dalam pasu kedua.. dah nak berbunga jugak


ok.. yang paling menggembirakan saya, bila tengok pokok limau kasturi ni
kali ni banyak juga mngeluarkan bunga..
mudah-mudahan kali ni putik buahnya tidak gugur seperti sebelum ni
dan ulat-ulat dan belalang takkan gondolkan daun-daunnya...

Tuesday, December 11, 2012

bunga apa ni?

assalamualaikum...

hari terakhir berada di Marang , sebelum bertolak balik semula ke Pasir Puteh untuk menghabiskan cuti di kampung.. berlama2 di kampung ni , mula teringat kat rumah sendiri yang ditinggalkan... bukan ingat ape , teringat dan rindu kat pokok2.. teringat jugak dekat rumput yang ditanam.. mintak2 cuaca kat sana ok , ada jugak hujan harapnya...


antara pokok bunga yang ditinggalkan ialah 2 pasu pokok ni...
tak tahu pulak apa nama bunga ni.. biasalah sumbernya dari rumah ma..
baru je dialihkan ke dalam pasu...


kat bawah ni bunga2nya yang dah berkembang indah..
tp bukan kat rumah saya.. yang ada kat kampung...
cantikkan? tp namanya saya tak tahu...hihi
ada sape2 tahu tak?




Wednesday, November 28, 2012

update kebun mini.. p1

assalamualaikum...

entri kali ni pasal tanaman kat blakang/tepi rumah je..
sekarang mood nak berkebun membuak2.. tp pinggang dah tak larat nak duduk lama2..
nak semai benih2 sayur pun , minggu depan nak balik kampung.. 
takut pulak bila balik sini semula , ntah jadi apa kat benih2 tu...

kunyit yang baru dialih semula ke dalam pasu.. asalnya memang dah sedia ada dalam pasu , tapi saya alihkan ke atas tanah dengan harapan rizomnya akan berkembang.. tp tak jadi .. daunnya layu dan tak subur.. nak tengok daunnya punyalah susah.. jadi alihkan kembali masuk pasu....

daun bawang... semai je , tp tak pernah ambik daunnya hihi

pokok pandan.. sebelum cuti sekolah aritu , ambik pokok pandan ni kat kantin sekolah.. pernah bawak dari kampung , tapi hidupnya tak lama. kemudian tanam yang jenis daun halus , kecil comel je . kawan yang bagi , tp ntah camana.. elok dah hidup atas tanah , tetiba pakcik mesin rumput tu agaknya tak kenal pokok pandan , dimesinnya sekali dengan rumput... haiisssh geram sangat2...

pokok cili api nih , special tau.. saya angkut dari kampung.. pokok dah besar , berbunga dan berbuah lebat.. pernah kering, hampir mati sebab lama saya tinggalkan balik kampung.. kebetulan masa tu cuaca agak panas juga.. tp alhmadulillah.. segar kembali.. cuma hasilnya dah tak banyak sbb kelihatan dah diserang dengan benda yang putih2 kat  rantingnya tu...

pudina... hmm sepanjang pemerhatian saya ,  pudina ni sangat digemari oleh ulat dan belalang.. elok je ia merimbun segar , kalau tak pantau 2,3 hari.. tengok2 tinggal batang je la.. geram betul...

yang ni dah dialihkan ke dalam bekas yang lebih besar.. aritu tinggal batang je tanpa daun2 , kembali nak berdaun semula..

kucai.. bawak dari kampung juga.. sekarang dah di bahagikan dalam dua pasu.. dulu saya cukup tak suka dengan baunya.. hmmm sekarang dah lain hihi

daun sup.. tak pernah petik pun.. tiap kali nak guna , beli.. pastu membazir...

limau purut.. makin subur dan segar... dan baru je cantas rantingnya sebab tak nak naik tinggi nanti..

antara kotak2 pasu yang ada...

daun kari.. tak berapa nak hijau. agaknya tanah tak elok ke apa..

daun selom.. yang nih baru je petik buat ulam.. besntnya bila bercucuk tanam ni , nak je bukak pintu pastu petik.. ok, ada lagi beberapa tanaman yang saya nak kongsi. tp jurugambar tak sempat nak ambik gambar pokok2 yang lain..hihi

Sunday, October 21, 2012

garden yang masih tak jadi..

assalamualaikum...

asyik berangan je nak laman rumah yang penuh kehijauan.. ada semua pokok2 buah dan sayur mayur.. rasa nak je, boleh terus petik.. hmm tapi en.suami mungkin kurang setuju utk saya semakkan laman tepi rumah dengan pokok2 yang besar bagai.. kununnya nak buat landskap yang menarik tp ala2 budget  gitu.. tp takpe lah.. tengok je nanti camana.. lagipun saya dah mintak sempadan kat belah belakang sikit utk saya bercucuk tanam.. nanti nak kena gembur dan ganti balik tanah yang cam tak subur je.. pokok selasih saya makin mengering, walaupun selalu siram.. sama juga dengan kunyit.. makin hari makin mengecil..daun semakin hilang dari pandangan...


nampaknya rumput kat laman tu dah mula mati selepas diracun.. nak tanam rumput, tp kena tunggu lepas balik cuti raya haji ni.. kan tak pasal2 kena tinggal 3,4 hari.. kering kontang pulak nanti.. petang semalam bawak budak 2 orang tu keluar "berkebun".. en.suami dah sedia ruang untuk saya tanam bunga ( atas permintaan )

layan je gambar 2 orang tukang kebun ni..











tadaaa... ni pokok bunga pukul 10 yang saya bawak dari kampung lepas raya puasa hari tu.. dah tanam kat atas tanah, bila nak mesin rumput saya campak je pokok2 nih dalam pasu pokok limau kasturi.. semalam baru alihkan semuanya ke tempat baru.. ini pun ada dua jenis bunga dan color je.. nanti balik kampung ni, ambik pulak yg jenis dan color lain.. tak pun beli je kat nurseri kan...


Thursday, May 10, 2012

kebun sayur : lama tak update

assalamualaikum...
hai semua.. dah lama rasanya tak update pasal sayur mayur di kebun mini saya nih hihi

1.bayam merah

1st tabur aritu.. abis anak2 pokok ranap dihempas ujan..
pastu saki baki yang tinggal, kena baham kat belalang pulak
yang dalam bekas nih, kali ke2 saya tabur.. alhamdulillah.. subur je
dah pun selamat dibuat sayur hehe


2. kangkung


3. pegaga

alhamdulillah.. naik subur je bila letak tengah ujan ni

4. sawi

masih menunggu hasil.. tak semangat je nak idup:)

5. selasih

best sangat bila dapat makan laksa ngn daun selasih yang ditanam sendiri
sekarang saya tambah lagi batang2 pokok selasih, cucuk atas tanah ni..

6. pudina

yang ni saya alih sebahagian pokok dari pasu asal ke pasu yang lain
saja nak tambah.. bagi banyak2..
seronok bila tengok pudina ni hidup subur..

7. betik
buah sulung..hihi nanti kita tengok hasilnya nanti:)

8. cili padi
pokok cili pemberian ma.. bawak dari kampung ni
lebat je buahnya.. daunnya pun lebat nak kena sokong ngn kayu
tu pun sedahan dah patah, ntah kalut2 duk bubuh kayu tak sedar tiba2 je patah
nyesal sangat2 rasa masa tuh




Saturday, March 24, 2012

update pasal kebun sayur lagi

assalamualaikum...
 tengah teruja nak buat kebun sayur mini kat sudut blakang sisi rumah tu.. tp masa yang tak mengizinkan, jd ala kadar jelah dulu perkembangannya... masih ada benih yang dah beli tp tersimpan elok je lagi...

petang khamis aritu, lepas balik keje dan smyang asar.. ajak suami pi beli tanah dan pasu.. beli 10 peket tanam hitam dan 2 bijik pasu bunga.. nak tambah tanah kat patch sayur dan buat tanam pokok limau purut dan pokok kari...  bila saya berkebun, letak je ali atas beskal nih... bila dia cemuh lama menunggu, dia akan nangis2 teriak2....

comelll sgt.. eh nape ali ni bang?? en.suami kata dia saja letak telinga kat tempat keluar sound tu.. hihi


tengok, dah besar pokok keladi yang ayah tanam ujung thn lepas... risau plk akan jadi semak nanti. saya belum pernah lagi masak sayur batang keladi  sendiri.. biasanya makan yang ma buat sayur lemak kuning dengan udang dan asam pedas batang keladi yang kakak buat... nanti tak nak kasi keladi tu membiak sakan, haruslah saya potong utk dibuat sayur hihi

pokok kari ni saya beli kat nurseri masa kami pergi survey harga rumput utk tanam kat tepi rumah.. rm8 je sepokok. nampak ada bhgn yang tak berdaun kan.. tokey nurseri tu kata dimakan kambing.. seronok tengok pokok nih subur je, yang saya tanam aritu ambik rumah jiran sebelah kat kampung dah mati kekeringan..

pokok betik dah besar... ntah bila nak berbuah, ambik masa lagi lah gamaknya ye...

saya sgt teruja tengok kailan yang dah besar nih... nak tuai sayang plk.. tunggu lah dulu... sebelum nih dah pernah ambik anak2 kailan yang tumbang terkena hujan lebat buat masak megi hehe

dalam masa terdekat, cadang nak tuai jgk kailan ni... boleh la sekali masak.. geram tengok anak2 belalang duk bertenggek menjamu selera menggigit daun2 kailan ni.. mmg banyak sgt anak2 belalang...

2,3 kali beralih tempat.. akhirnya pokok kaduk nih nampak semakin subur...

bunga kucai....
nampak ok setelah diletakkan di bawah sinar matahari...
pokok pandan nih kawan yang bagi... tp nampak cam nak mati je.. tak tahu plk pasal pe...

pegaga ni pun cam tak bersemangat je nak membiak subur...

pokok limau purut ni pun saya beli dengan harga rm8 kat pasar tani ( org sini panggil pasar tu "nat" ) dah hampir 4thn kat sini, 1st time saya ngn suami ke sana jumaat lepas.. mmg besar pasar tu.. tp ya ampun, tak berbaloi pergi bila terpaksa tarik auni dan dukung si ali tengah2 panas... sian kat budak 2org tu.. sudahnya, tak dapat nak beli barang2 yang kita nak... ngn parking jauhnya lagi...
cer teka... pokok ape nih???
anak2 sayur bayam merah... tak sabar nak tunggu besar... tp klu kat pasar, rsanya sepanjang usia perkahwinan kami tak pernah saya dan suami beli bayam merah utk dimasak.. biasanya beli bayam hijau je.. ingat dulu2 ma selalu masak sayur air yang bubuh lada hitam tu.. tak silap ada setengah orang panggil masak bening...

auni yang menyibukkan diri...