Recent Posts

Friday, June 14, 2013

Kuih Serimuka Durian

Assalamualaikum...


sekarang ni kalau kat sini, rasa macam berada dalam musim tengkujuh je.. nak-nak sehari dua nih, boleh kata hujan sentiasa.. lebat pulak tu.. apa-apa pun bersyukur dengan setiap rahmat yang ALLAH berikan. ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian sesuatu kan?

bila cuaca camni , alhamdulillah..dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih senang rasanya.. sejuk-sejuk gini , tekak tak adalah kering sangat.. badan pun tak de lah rasa longlai je nak menunggu waktu maghrib hihi.
ok , berbalik pada menu kita nih. sebenarnya dah lama buat kuih serimuka ni... dah masuk dua kali buat pun. kali kedua hari tu buat sebelum balik kampung 2 minggu lepas.. ada sedikit lebihan isi durian buat tempahan crepe aritu.

dari petang semalam duk tulis entri nih, bila ada gangguan berhenti sekejap. lepas tu sambung balik pagi nih hihi awal2 pagi tadi suami dah bertolak ke Merbok dan akan ke Kota Bharu , iring budak silat.. insyaAllah esok, lewat malam baru sampai sini balik. Pertama kali kami ditinggalkan , mudah-mudahan saya berjaya menguruskan anak2 dengan baik tanpa suami. Moga ALLAH berikan saya kekuatan.. amiiin ya Rabb. 





ini adalah pertama kali dalam hidup saya menikmati kuih serimuka durian , dan kali pertama juga buat kuih serimuka ni.. alhamdulillah, walaupun rupanya tak berapa cantik tapi enak ditekak saya.. cukuplah kan? hmm tapi faham-faham jelah, bila buat kuih sebegini yang pasti sudah menjadi habuan jiran belakang rumah. yelah, mana larat , kalau saya yang kena habiskan semua. suami pulak, makan secuit je.. haiisssh... itulah, bila nak buat kuih tradisional sikit.. nak kena fikir banyak kali.

ok, bagi penggemar durian dan pulut.. mesti enjoy makan kuih serimuka ni. saya copy resepi serimuka durian dari blog kak hana. resepi asalnya dari kak Rima.. terima kasih semua ye :)


Bahan-bahan
Lapisan Bawah

  • 250g beras pulut - rendam 1 jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula - rima tambah
Cara-cara
  • sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebh kurang 30-35 min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang @ plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. ( hana guna tips kak hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap )


Bahan-bahan
Lapisan Atas

  • 150g isi durian
  • 125g gula
  • 3 biji telur ( anggaran 30g setiap satu )
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat ( hana buh 200ml santan pekat + 175ml air )
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  • blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati. Ketepikan.
  • satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati. Kemudian tapis ke dalam periuk.
  • campurkan isi durian tadi . dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi
  • cara saya yang agak malas ni, blend semua bahan tadi dan terus tuangkan ke atas adunan pulut tanpa masak terlebih dahulu bahan-bahan lapisan atas tu.
  • Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar  air tidak menitik atas kuih
  • tunggu benar2 sejuk baru dipotong

5 comments:

JaSSNaNi said...

nampak pun dah sedap.. ini kalau makan komfem komfem sedap.. lagi2 durian kan... menarik warnanya...

Sidratul Muntaha said...

klu yg ni
atas je kami amik sikit buat rasa..
bawah tu tak boleh sbb bisa.
nape amik sikit?!
sbb kami tak bape gemo durian..
tapi klu adik kami..
cepat je abis...

norhanim md zain said...

cantik ....teringin nak cuba durian dah ada...

Rohah said...

Dapyerr, tgk je dah tergoda...akk suke

mama sara nur said...

assalam Atie
serimuka akak ni suka makan tp yg durian seriau sikit he hee
musim durian ker sana?
kat kg akak durian x menjadi pulak ada pun sepokok je