Recent Posts

Tuesday, May 28, 2013

Roti Jala Kari Sardin Lagi

assalamualaikum...


entri tertangguh lagi..dah lama beratur dalam list draft tu.. dalam seminggu lepas kot buat roti jala ni.. kalau roti jala ni buat sarapan, sedap kan? tuan rumah pagi nih sarapan dengan donat je. alhamdulillah hari ni nak bagi tepukan kat diri sendiri sebab dengan jayanya buat pertama kali berjaya bawak anak pi cucuk tanpa suami yang jadi driver dan peneman. disebabkan suami yang terlalu sibuk nak kena setelkan kerja sebelum bali kampung esok dan tarikh temujanji dah berlalu seminggu, beranikan diri jugak bawak athif ke klinik yang agak terhad juga tempat parkingnya.. jadi seawal jam 7.40 , dah keluar bawak athif. budak 2 orang tu masih lena tidur dan tinggalkan dekat ma dan ayah. alhamdulillah sebelum jam 9.00 dah setel semua. Tidurkan dia kejap pastu hantar ke nurseri sebelum pi beli bahan basah untuk masak hari ni.. 

ok berbalik pada menu roti jala ni, saya masih gunakan resepi yang sama kat SINI




KARI SARDIN SIMPLE

Bahan-bahan :
1 tin besar sardin - diasingkan isi dan kuahnya
200 ml santan pekat / 1 kotak kecil santan KARA
3/4 cwn air
3 biji bawang merah-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2 biji ubi kentang - didadu kasar
3 sudu besar rempah kari ikan Babas
1 sudu besar cili kisar / cili boh
3 sudu besar sos tomato
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
  2. Masukkan rempah kari yang digaul bersama cili kisar dengan sedikit air. Kacau dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula ubi kentang. Tuangkan kuah ikan sardin. Gaul sebentar  dan masukkan santan bersama baki air..
  4. Apabila mendidih, masukkan ikan sardin dan sos tomato. Perisakan dan masak sehingga kentang empuk.


 asyik masak kari sardin je kan, lenkali buat kari ayam pulak.. bukan apa , bila rasa tiba-tiba nak buat roti jala.. kari sardin lah paling cepat nak sediakan..


5 comments:

Amie said...

Tahniah! Ibu yang pandai berdikari... kita tak pernah lagi pi sorang2 he he ehh esok nak balik KL tapi terpaksa tinggakan baby sebab tak berani handle sendiri naik flight... terukkan saya ni!

Sidratul Muntaha said...

cantiknya roti jala
kami tka pernh cuba buat
sbb asal buat kuih melayu mesti failed
huhus
edih

rostina76 said...

salam atie…tak pernah try roti jala+sardin, sedap ke ? semalam tgk masterchef pun si enot buat.heheh ingat penangan masterchef rupanya atie dah buat awal……btw nak menyampuk k.amie…….kesian baby kena tinggal. bwk ajela kak, insyaallah blh tu ;)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..Amboi warna warni gitewwww...menawan mata yang memandang

mama sara nur said...

assalam Atie
cantik kalernya sweet
feberet anak dara akak tu, cuma mamanya malas nak buat he hee
cicah kuah kari fuhhh sedappp