Recent Posts

Wednesday, May 1, 2013

Roti Jala pink + biru

assalamualaikum...


mungkin di saat entri ini dipublishkan , kami semua dah bertolak pulang ke Pantai Timur..
ataupun masih duk kemas2 mana yang patut lagi hihi
ginilah kalau nak balik kampung, plan nak bertolak awal pagi...tapi sebaliknya yang jadi..
ok..setelah sekian lama tak menjala , hujung minggu lalu terhasillah roti jala yang cantik ni..
versi tikar zam zam alakazam oleh kak reen khan tu dengan menggunakan botol roti jala muncung tiga..

sebenarnya dah hampir setahun beli botol roti jala kat kedai bakeri.. harganya pun rm1.50 je masa tu..
tapi tak pernah guna.. last sekali bawak balik kampung bagi kakak..
pastu baru ni beli yang lain.. 

bila nak cuba buat versi cam gini , apalagi.. gunakan je gabungan warna yang saya suka..
pink dan biru... tapi terlebih BIRU pulak.. hihi
ada yang komplen , nape tak buat gabungan color hijau + putih , atau biru muda + hijau??
atau hijau kuning disebabkan saya duk kedah lani kan..hihi
takpe..takpe nanti kita buat semua gabungan color tu ye..

masa mula-mula nak mengirai tu , terketar2 jugak la tangan ni..
dah lama2 tu makin ok dan hasilnya pun lebih cantik..
kali nih sebab nak cepat , hidangkan roti jala dengan kari sardin je..
dan ambik resepi roti jala dari dapur kak hana


RESEPI ROTI JALA
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ susu segar@santan cair 
  • saya guna 1 cwn air dan 1 cwn susu segar
  • 1 biji telur - saya guna 2 biji telur gred B=
  • 1 sk garam
  • pewarna kuning
Cara-cara
  • Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.


4 comments:

rostina76 said...

Salam atie.....awal blk kg mengundi tu. hehe
Btw lawa combination colors roti jala ni. Klu cair sikit color biru tu lg cun kan;)

Lesung Batu said...

salam atie..peberet sy ni roti jala! caler yg menarik..mm..mesti sedap :)

Anonymous said...

wahh, cantiknya warna combination :)

Qasey Honey said...

cantiknya roti jala tu..jalurnya pon elok kemas aje..kuih fav tu