Saturday, October 20, 2012

Swedish Meatballs..

assalamualaikum...

selamat berhujung minggu semua. alhamdulillah masih ada peluang untuk kita berkongsi sesuatu di alam maya ni.. tak sangka saya akan berjaya mengapdate belog ni.sekarang mood makan cam membuak2 gitu.. apa saja yg terlintas, terus rasa nak masak.. tengok lah..klu rajin, tak letih dan takde gangguan semua jalan.. kalau tak berhari2 terbawak dalam mimpi je...

nih baru je masukkan adunan bingka labu dalam oven , dan cadang2 nak goreng mi untuk bekfes.. sambil2 tu, luang masa kejap ngadap lappy.. ok, khamis ritu masa kat skolah tetiba rasa nak makan meatballs.. selalu duk tengok je org duk uar2kan yang ikea meatballs sedap sangat2 kan.. nasib la kan, ikea nuuun jauh di mata.. kalau de pun dekat sini , takde pulak teringin nak pegi semata2 utk makan meatballs tu pun.. sbb saya nih jenis yang camana ntah.. lebih2 lagi bila tengok bahan resipinya kat www.ikeahackers.net

selepas google resipi kat internet, berkenan dengan resipi meatballs yang ada di blog mytravelmyfood.. dengan sedikit ubahsuai, malam tu kami semua dinner dengan swedish meatballs yang sedap.. terima kasih kepada pemilik blog dan sumber2 yang lain..

pagi semalam pun sambung bekfes ngn meatballs nih.. walaupun semua dah siap grilled, tp isinya tetap berjus tak kering bila dipanaskan semula dalam microvave





SWEDISH MEATBALLS
by : atie
sumber : MytravelMyfood

Bahan-bahannya
400 gram daging kisar  Ramly 
3 ulas bawang putih dicincang halus
Sebiji bawang besar Holland – dicincang halus
1/3 cawan breadcrumb
1/3 cawan tepung gandum
1 biji telur 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit. ( saya kukus sekejap je, tak sampai 5 minit )
utk bebola nih , betul2 dapt 30 bijik meatballs.


Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar hijau dipotong dadu 
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*
2 sudu besar sliced mushrooms

Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar tanpa minyak  sehingga layu.
2. Cairkan butter dalam kuali bawang goreng td. lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sebentar.
4. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. 
5. Masukkan kembali kuah  tadi ke dalam kuali, tambah cendawan dan didihkan sehingga pekat dan masak.

Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. 
Kat rumah ni tak pernah ada stok jem..sbb kami semua tak suka.. jadi makan dengan sos tu je. Lbih menyelerakan bila dihidang bersama brokoli dan carrot yang dicelur sebentar:)




malam sebelum tu , dinner dengan pizza je.. buat beef pizza utk saya dan beef peperoni pizza utk en.suami.. biasanya utk adunan doh pizza saya buat sebijik je , jd leh dapat satu pizza yang basednya tebal lembut dan gebus. kali nih buat utk 2 bijik.. jadi lebih nipis.. best jugak kan...hihi

1 comment:

Don't Afraid to Try said...

salam mama forever,

terima kasih sudi cuba resepi ni n sudi link ke blog sy...

stok meatball hr tu pn masih ada lagi..sy bt frozen..terase nak makan pulak balik nnt...

lps dh boleh bt meatball sendiri, xrase sgt dh nak makan meatball ikea..rase lbh kurang jer gravy yg makan kt ikea ngn buat sendiri...

selamat berkenalan...terima kasih sudi tinggalkan jejak...