Recent Posts

Thursday, February 10, 2011

lapis roti berdaging ~sedaaap!

projek mlm td.. buat nih sbb nak abiskan mozzarella cheese yg dah lama duk bertapa dlm peti sejuk 2. mula2 nak wat tuna pizza, tp malas plk nak menguli doh pizza 2.. jd try buat lapis roti berdaging nih. seeedap sgt2. pastu senang plk nak buatnya.. my PIL pun puji sedap.. pastu adik ipar duk punggah je makan.. hehe sronok sgt bila tengok org makan masakan  kita kan. ada lebih pg td tapaukan utk diorang balik Trengganu

fresh dr oven.yg kat ujung 2 dah tercuit oleh saya.. pastu bila lapisan bawahnya tak garing, saya bakar lg sekali.. 2pasal dah ternoda camtu
nih plk kes tak sabar nak makan.. masa panas2 lg saya potong, jd berderai plk. lg satu sbb lapisan roti kt tengah 2 tak rata.. gara2 tersalah budget melapis.. sampai kena adun balik lapisan utk roti sbb tak cukup utk bhgn paling atas
hehe yg nih saya buat sarapan pg td.. kenyang sungguh.. walaupun sejuk sbb tak panaskan balik, tp roti dia tetap lembut je..


resipi ukt lapisan daging
500gm daging cincang
4 ketul ubi kentang ( potong dadu )
cendawan butang ( cincang )-optional
1 biji bawang besar ( potong dadu )
5ulas bwg putih ( cincang halus )
setngah peket kecil serbuk kari
2 sudu besar serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak utk menumis
..........
>>tumiskan semua bawang, dah layu 2 masukkan aje kentang dan daging, serbuk lada hitam dan garam. pastu kacau sampai masak atau sehingga kering air daging dan kentang dah empuk

resipi utk lapisan roti
15 keping roti gardenia
500ml susu segar
4biji telur
garam
keju parut ( saya pakai mozarella )
...........
>> pukul telur, campurkan susu dan garam. pastu carik2 kan roti dan masuk  ke dalam susu td. pastu lenyek sampai hancur. bahgikan 3bhgn adunan
>> bila semua siap boleh la melapisnya. mula ngn aduinan roti td. pastu lapiskan dgn inti daging+kentang. ulang proses shg adunan roti habis. last skali tabur keju.. lagi banyak lg best hehe. pastu bolehla bakar ngn api yg sederhana.. saya bakar dlm 40minit.

resipi asal klik sini


1 comment:

Nia said...

wah,..nampak mcm lasagna..terbyg2 kesedapannya! saya mmg suka cheese,..rasa nak try buat laa.