Recent Posts

Sunday, October 21, 2012

garden yang masih tak jadi..

assalamualaikum...

asyik berangan je nak laman rumah yang penuh kehijauan.. ada semua pokok2 buah dan sayur mayur.. rasa nak je, boleh terus petik.. hmm tapi en.suami mungkin kurang setuju utk saya semakkan laman tepi rumah dengan pokok2 yang besar bagai.. kununnya nak buat landskap yang menarik tp ala2 budget  gitu.. tp takpe lah.. tengok je nanti camana.. lagipun saya dah mintak sempadan kat belah belakang sikit utk saya bercucuk tanam.. nanti nak kena gembur dan ganti balik tanah yang cam tak subur je.. pokok selasih saya makin mengering, walaupun selalu siram.. sama juga dengan kunyit.. makin hari makin mengecil..daun semakin hilang dari pandangan...


nampaknya rumput kat laman tu dah mula mati selepas diracun.. nak tanam rumput, tp kena tunggu lepas balik cuti raya haji ni.. kan tak pasal2 kena tinggal 3,4 hari.. kering kontang pulak nanti.. petang semalam bawak budak 2 orang tu keluar "berkebun".. en.suami dah sedia ruang untuk saya tanam bunga ( atas permintaan )

layan je gambar 2 orang tukang kebun ni..











tadaaa... ni pokok bunga pukul 10 yang saya bawak dari kampung lepas raya puasa hari tu.. dah tanam kat atas tanah, bila nak mesin rumput saya campak je pokok2 nih dalam pasu pokok limau kasturi.. semalam baru alihkan semuanya ke tempat baru.. ini pun ada dua jenis bunga dan color je.. nanti balik kampung ni, ambik pulak yg jenis dan color lain.. tak pun beli je kat nurseri kan...


4 comments:

kasihilmar said...

Salam. Saya pun selalu berangan nak tanam pokok2 herba, hingga kini belum jadi kenyataan. Like to wish you selamat bercucuk tanam, semoga pokok yang ditanam hidup segar bugar. ;)

JaSSNaNi said...

Lepas ni mengijau ler taman tu... :)
amboiii ni sape yg bergarden ni.. ibu ke anak.. eheeheheh :)

JaSSNaNi said...

Lepas ni mengijau ler taman tu... :)
amboiii ni sape yg bergarden ni.. ibu ke anak.. eheeheheh :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam...

hehe.. kiut je si tukang kebun tu....

pokok bunga pukul 10 tu bila dah berbunga nnt mesti cantik kan? akak suka sgt tgk... rumah mak akak pun ada byk tanam pokok tu... mak akak rajin tanam pokok bunga.. tp akak kat sini tak dpt nak bercucuk tanam sbb duduk rumah apartment... alahaiii.. kempunan ajelah...