Recent Posts

Wednesday, November 28, 2012

update kebun mini.. p1

assalamualaikum...

entri kali ni pasal tanaman kat blakang/tepi rumah je..
sekarang mood nak berkebun membuak2.. tp pinggang dah tak larat nak duduk lama2..
nak semai benih2 sayur pun , minggu depan nak balik kampung.. 
takut pulak bila balik sini semula , ntah jadi apa kat benih2 tu...

kunyit yang baru dialih semula ke dalam pasu.. asalnya memang dah sedia ada dalam pasu , tapi saya alihkan ke atas tanah dengan harapan rizomnya akan berkembang.. tp tak jadi .. daunnya layu dan tak subur.. nak tengok daunnya punyalah susah.. jadi alihkan kembali masuk pasu....

daun bawang... semai je , tp tak pernah ambik daunnya hihi

pokok pandan.. sebelum cuti sekolah aritu , ambik pokok pandan ni kat kantin sekolah.. pernah bawak dari kampung , tapi hidupnya tak lama. kemudian tanam yang jenis daun halus , kecil comel je . kawan yang bagi , tp ntah camana.. elok dah hidup atas tanah , tetiba pakcik mesin rumput tu agaknya tak kenal pokok pandan , dimesinnya sekali dengan rumput... haiisssh geram sangat2...

pokok cili api nih , special tau.. saya angkut dari kampung.. pokok dah besar , berbunga dan berbuah lebat.. pernah kering, hampir mati sebab lama saya tinggalkan balik kampung.. kebetulan masa tu cuaca agak panas juga.. tp alhmadulillah.. segar kembali.. cuma hasilnya dah tak banyak sbb kelihatan dah diserang dengan benda yang putih2 kat  rantingnya tu...

pudina... hmm sepanjang pemerhatian saya ,  pudina ni sangat digemari oleh ulat dan belalang.. elok je ia merimbun segar , kalau tak pantau 2,3 hari.. tengok2 tinggal batang je la.. geram betul...

yang ni dah dialihkan ke dalam bekas yang lebih besar.. aritu tinggal batang je tanpa daun2 , kembali nak berdaun semula..

kucai.. bawak dari kampung juga.. sekarang dah di bahagikan dalam dua pasu.. dulu saya cukup tak suka dengan baunya.. hmmm sekarang dah lain hihi

daun sup.. tak pernah petik pun.. tiap kali nak guna , beli.. pastu membazir...

limau purut.. makin subur dan segar... dan baru je cantas rantingnya sebab tak nak naik tinggi nanti..

antara kotak2 pasu yang ada...

daun kari.. tak berapa nak hijau. agaknya tanah tak elok ke apa..

daun selom.. yang nih baru je petik buat ulam.. besntnya bila bercucuk tanam ni , nak je bukak pintu pastu petik.. ok, ada lagi beberapa tanaman yang saya nak kongsi. tp jurugambar tak sempat nak ambik gambar pokok2 yang lain..hihi

7 comments:

JaSSNaNi said...

banyak tu koleksi pokok2... sama cam nani hari tu tanam benih cili.. elok dah naik.. dah besar2 subur belaka.. ada la paras betis.. lepas tu boleh plak pakcik mesin rumput tu pi cantas abis pokok cili tu.. sedey betul abis semua pokok cili tak tinggal 1 pun.. adooooiiii..

atie @ ejay said...

@JaSSNaNi
lagi daahsaaat tuu...ish agaknya lenkali kita kena letak label kat pokok2 yg kita tanam hihi

TukangKebun said...

Semua tumbuhan yang memang selalu digunakan di dapur, boleh save belanja banyak tu.

rahel said...

Wah..suke la klu ada kebun mini...
Atie..nak tanya la...kat mane awak dapat benih pudina? Kita pun nak,tp tak tau nak ambik kat mane?

atie @ ejay said...

@TukangKebun
betul tu..kadang2 kalau beli kat kedai,gunanya sikit je..pastu buang.kalau pokok sendiri,boleh petik ikut suka nak guna:)

atie @ ejay said...

@rahel
atie beli kat spermarket je..pastu batangnya rendam air,sehari dua dah dah berakar..senang nak tanam:)

Rohah said...

salam...akak pun memnag suka berkebun,tapi sedehnya bila pokok yang ditanam ada yang tak berapa menjadi..