Recent Posts

Monday, March 14, 2011

apam dot dot...frustnya!!

assalamualaikum...

frust kan, bila masak sesuatu tak menjadi..  mmg frust sgt2 la.. nih kes terlalu teruja nak mencuba resipi apam dot dot dan yakin plk menjadi sbb cara buatnya mudah je pun. kemain smgt la ibu rasmikan penimbang eletronik baru.. hehe tp tengokla hasilnya.. nape jd bantat semacam. nape tak kembang naik.. nape tak gebu? sbb dah frust sgt, tak sempat2 kemas dapur terus baring dlm bilik ngn 1001 persoalan hehe ayah cakap ..." sabar...sabar..."
bila dah 1x kukus dan tengok hasilnya yg menyedihkan, nak habiskan adunan apam tuh dah mula malas nak mengedot bagai.. tak de semangat lg. sedih yg amat. maka jd lah apam bukan dot dot lg.



hmmm.. nanti bila tahap kekeciwaan nih dah surut, ibu nak cuba buat lg.. sbb apam nih sebenarnya kiut n comel sgt ( klu menjadi la kan.. ), rasanya pun sedap.. nak2 klu boh inti cekelat.. ayah tak suka sgt ngn filling blueberry tuh.

ibu ambik resipi nih dr blog kak hana..

Bahan-bahan


* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - hana kurangkan
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

4 comments:

Fitri Senin said...

cuba lagi..apam tu nmpk comel dan cantik..kalo apam tu naik menggebu sure berebut2 org nk tempah :) cuba lagi..usaha tangga kejayaan

munna said...

munna baru je plann nak mencuba buat apam ini... klu jadi nak buat utk birthday yasmin nanti... suka tgk comel sgt

Mieza said...

A'kum atie..mieza pun buat apam ni semalam ambik resepi hana juga tapi mieza alter sikit..mieza pukul telur sampai gebu dulu..nak tanya atie pakai saiz acuan berapa cm..mieza pakai acuan saiz 2 cm kukus kena 5 minit je..kalau terlebih kukus dia bantat juga..jemput visit blog mieza mothercooks.blogspot.com tgk apam dot dot..jangan serik atie :)

Mama Balqis BPB said...

cuba lagi...jgn kukus lama sgt...guna api sederhana...jgn lupa balut penutup periuk kukus dgn kain supaya air tak menitik dlm apam...me dah cuba resepi ini dan berjaya!