Recent Posts

Friday, April 13, 2012

Apam gula hangus bercheese

Assalamualaikum...

ok, nak kongsi resipi apam yang sedap ni... mmg sedap..
tp yang tak sedapnya sbb saya pandai2 je suka hati olah resipi apam ni
bukan saja2 suka hati nak memandai.. tp sbb hati saya keciiiwa sebenarnya..
sedih bila tengok cream cheese saya yang rosak teksturnya tu... rasanya masih lagi ok
nyesal pulak bila beli cream cheese besar gedabak tuh...
pehallah saya simpan seketul 2kg dalam freezer box
bila saya keluarkan dan tunggu sehingga mencapai suhu bilik,
saya dapati ada air yang bertakung dlm tupperware
dan terktur cream cheese seolah2 berderai... oooh hampanya saya


oleh sebab rasa frust yg amat... akhirnya saya campurkan terus adunan cream cheese yang buruk benar rupanya tu ke dalam adunan apam gula hangus tu.. dah tak de semangat nak cedok taruk kat atas adunan.. baik je ku campur semua sekali...

alhamdulillah...walaupun begitu, rasa apam yang sedap nih mengubat kekecewaan...
best jugak rasanya hihi



Apam Gula Hangus 
Resepi :  Kak Jun@myresepi

Bahan :
150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus
70 gm butter - cairkan (saya guna minyak jagung je)
75 gm susu cair - Mas guna susu segar
1 biji telur dipukul
150 gm tepung gandum - diayak
1 sudu teh baking soda - diayak
secubit garam
75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus sebab tengok kat Myresepi Kak Jun kata apam ni manis sikit.

Cara membuatnya :
Masukkan butter yang dicairkan, susu cair dan telur ke dalam gula hangus.
Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang, dan picitkan sedikit cream cheese dengan menggunakan paip. 
Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.


        
 Untuk Cream Cheese Topping :
Sumber : Izahdaut 

Bahan : 
  • 125gm cream cheese
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 biji telur
  • sikit oren juice

Cara membuatnya :
Campur semua. 
Mix dengan mixer hingga gebu. 
Letakkan adunan cream cheese atas apam gula hangus sebelum dikukus. 

2 comments:

izahdaut said...

wooo 2 kg.. sayang nyer.. hehe.. tak nah lak letak kat freezer atas tu.tapi tak pe sebab tak xpired lagi. kene cepat2 habis kan. cer buat piza mcm kak dayang tu. taruk cream cheese jadi mcm sos cream cheese. mmg nampak sedap bonar

apam ni mmg best, pasti lemak2 gitu rasanya kan

EmbunRosaliza said...

Assalam atie, tq singgah umah. Akk folo sini. best apam gula hangus, harum je bau dia