Recent Posts

Sunday, May 29, 2011

bread apple pudding

assalamualaikum...





 
lusa insyaAllah baru leh balik kampung.. alkisahnya kes en.suami ada satu majlis dan dia perlu tunaikan tanggungjawab dia dlm majlis tersebut.. puas cari pengganti, tp tak de sape yg berkelapangan agaknya.. nih buat puding roti ni sbb nak abiskan stok roti, klu berkulat camtu je, m'bazir plk... aritu banyak sgt beli roti gardenia sbb buat puding roti marble utk siapkan oder dr sorang kawan kat skolah.. banyak jgk la, sampai buat 6 adunan utk penuhkan bekas yg dia bagi. dia ada buat makan2 sikit sempena besday dia..pagi semalam sambil duk kemas2 dapur, saya buatlah pudding ni.. tambah semangat, sbb teruja sangat nak rasmi bowl marinex baru yg ku beli murah2 tuh hehehe klu bleh nak angkut sedozen.. hah nafsu nafsu...
sebenarnya saya alter sikit resipi puding roti sos kastard yg penah saya buat tu. idea nih timbul lepas tengok video kat SINI. akan datang nak try ikut betul2 resipi kat JoB tu.. tp serius, sedap sgt bila letak apple nih. bila kita gigit, ada rasa masam2 gitu, pastu lemak2.. mmg best lah. walaupun sejuk, tetap lembut je..



 bahan2 :
12kpg roti gardenia
750ml susu segar ( saya campur ngn susu cair )
3biji telur
1 sudu tepung jagung
6 sudu gula pasir
esen vanilla
2biji apple ( di kupas n potong dadu )
kismis secukupnya...

 cara2:
griskan bekas dengan butter.. susun kepingan roti yg telah dipotong dadu. pukul semua bahan lain kecuali apple dan kismis .kemudian tuangkan ke atas roti. biarkan selama 30minit. sebelum bakar, taburkan apple dan kismis. bakar sehingga masak.. (saya bkar dalam setengah jam dgn suhu 160 darjah) 



bagi saya pudding nih makan masa panas2  tanpa sos kastard pun sedap jgk... manisnya dah ok, cun-cun je hehe. klu nak buat sos, kurangkan gula.. nanti jd terlampau manis plk...

2 comments:

YAYA AZURA said...

yaya tengok gambar je pun dah berselera ...nampak sedap!

atie @ ejay said...

cubala...sedap tau:)