Recent Posts

Friday, March 25, 2011

puding roti marble coklat

assalamualaikum...

dah lama dah buat nih, cuma tak sempat nak tunjuk je hehe jumpa kat blog diorang yg terer masak-masak nih:) nak tengok yg Hasue punya klik sini  kak hana punya tengok sini. nanti nak try yg versi pelangi plk hehe

mmg sedap puding nih... hehe ayat mmg 2 takleh nak tinggal. tak sabor je nak nunggu puding nih sejuk.. en.suami tak perasan puding nih pakai roti. sedaaap.. auni pun suka. buktinya tengok ajelah gambarnya tuh. tengok2 puding nih terus cakap .." mmm syantiknya...", bila dah makan, "...mmmm syedaaap.." hehe

RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT

source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
auni siap nak hangkut bawak lari pinggan puding tuh

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.




2 comments:

KatekateKite said...

pergh! nampak sedapppp sangat! and cantiknyerrr.... boleh jadik cantik camtu ker kalau kiter wat ek? hehehee...excited nak buat nih! =D
----------------------------------
Hu hu huuuuu . . . . ---> Rindu Dendam Takkan Terpadam

Nureen said...

nureen pernah buat puding ni tp recipi lain cikit x letak pon roti.. nk try plak la yg ni... nmpk sgt2 sedap