Recent Posts

Wednesday, March 9, 2011

puding roti bersos kastard

assalamualaikum...

ops..nampaknya entri saya nih pasal makanan lg hehe nasiblah klu hobi tuh makan, masak.. makan dan masak lagi.. mmg payah nak jdk selim lepas bersalin nih.. nafsu makan 2 mmg tak leh nak kawal, ada je dlm kepala nih ..nak makan apa ye? nak masak apa ye?

buat puding roti nih sambil masak2 utk makan tengahari semalam.. mlm td pun saya makan malam ngn puding roti nih jgk ehehe. best sgt, lembut je. cuma saya nih jenis engkar sikit bila memasak. resipi depan mata, tp ubah suai ikut suka je.. maka jd lah sos kastard 2 mcm susu pekat manis.. maniiiiis! bkn sbb saya oghe klate ye:) apa pun kredit to wanieyra sbb saya cedok resipi puding roti nih kat situ.




Bahan-bahan

* 8 keping Roti
* * 500 ml Susu segar
* * 4 sudu besar Gula halus
* * 2 sudu besar Butter- cairkan
* * 2 biji Telur
* * 1 sudu teh Esen vanilla
* * 1 sudu besar Tepung Jagung
* * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
* 2 sudu besar Kismis ( saya ganti ngn buah kurma )

Untuk Sos Kastard

* 1 tin susu cair
* 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
* 2 s/b gula

Cara-cara

1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi. 

4 comments:

Ummi Ummair said...

pernah wat puding roti..tp xde sos.sedap gak..

penaGlow said...

wow,nampak sedap..mintk resepi yer..tq! :)

Ameh Wahab said...

Teruja tgok puding roti ni..insyAllah weekN ni nk buat...amik resepi yer..hehehe...

http://ordinary-ameh.blogspot.com/

atie @ ejay said...

hi semua..ambik resipi dan cuba lah..mmg sedap sgt:)