Thursday, July 18, 2013

Blueberry Cheese Tart & Tempahan

Assalamualaikum....



dah lama sebenarnya nak buat entri pasal cistat ni.. dah buat pun sebelum puasa hari tu.. tp tersimpan rapi dalam draf je.. blueberry cheese tart ni adalah tempahan dari kawan-kawan. tak terfikir untuk ambik oder, tapi bila ada orang nak apa salahnya kita buatkan.. nak kata kita nih pandai sangat tak adelah. alhamdulillah, yang penting diorang berpuas hati..

nak berterima kasih buat kak anna yang sudi memberi tunjuk ajar dan melayan segala pertanyaan yang saya ajukan berkenaan dengan cistat ni. semua tart yang saya hasilkan bersaiz 5cm..sebab acuan saiz ni je yang banyak ada dlm simpanan hihi dan ini juga kali pertama saya gunakan resepi crust yang digunakan oleh kak anna ni. sebelum ni saya guna resepi pastri dr chef anuar seperti yang saya pernah guna kat SINI, SINI dan SINI.

 

CRUST / TART SHELL
Sumber : kak anna qawina

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)

Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) 
  • *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.





CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  •  ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. 
  5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.





dan yang ada bunga kecik merah tu ialah tempahan dari kawan untuk pertunangan adiknya.
rasa cam kedekut la pulak, isi krim tu tak melimpah.. maklumlah, ni cistat pertama yang saya buat utk kawan yang mengoder. tangan pun terketar2 masa nak isi filling dan krim tu... 

1 comment:

Anna Qawina said...

Cantik dah tu..InsyaAllah lps ni dpt bnyk order blh prektis la..hehe