Recent Posts

Sunday, May 26, 2013

Muffin Pisang Coklat Cip

Assalamualaikum...


Selamat bercuti semua.. terutama cikgu-cikgu dan anak murid sekolah ye. Bagi cikgu-cikgu, sekolah je cuti.. tapi kita?? saya pasti banyak kerja yang perlu cikgu-cikgu selesaikan.. marking paper budak belum selesai lagi kan?? ada yang baru nak belek-belek tenung manja gitu.. atau paper budak-budak masih bertimbun dalam bonet kereta.. hihi kata kat sapa tu?? silap-silap hangkut sekali wat balik kampung.. 

Hari ni masih Penang..Balik Pulau. Lepas kenduri nanti, terus balik sebab esoknya en.suami kerja dan saya pulak dengan kelas tambahannya.. mungkin Rabu baru balik kampung sebab ada kerja yang perlu en.suami setelkan dulu.. 

ok, terjadinya muffin pisang yang sedap nih gara-gara nak abiskan pisang berangan yang dah terlampau ranum dalam fridge tu.. macam-macam nak buat sebenarnya termasuklah kek pisang bercoklat kegemaran en.suami.. alih-alih saya pilih muffin je sebab penyediaannya simple dan cepat kan? jadi sebelum bertolak datang ke Penang petang Jumaat tu , buat jela muffin ni sebagai buah tangan jugak lah kan..

Saya gandakan adunan resepi kat bawah tu.. dan lebihkan juga pisang. Untuk 2 adunan muffin saya masukkan 3 cawan pisang.. jadi muffin nih sangat mewah dengan rasa pisang dan sangat moist juga. Untuk saiz cup yang saya guna tu, betul-betul dapat 30 biji. 


MUFFIN PISANG COKLAT CIP
Resepi : Muffin Pisang Coklat Rice Chef Hanieliza
sumber : atie

Bahan-bahan :

140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanila
2 cawan tepung gandum - diayak
1 s/k baking powder diayak
1 cawan pisang - dilenyek
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat cip
sedikit badam cincang untuk hiasan

* saya ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan serbuk koko

Cara penyediaan :

  1. Panaskan suhu oven pada 180C. Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin. Ketepikan.
  2. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayakkan. Masukkan pisang dan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
  4. Masukkan adunan dalam muffin cup. Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.



akan buat lagi muffin ni menggunakan resepi yang sama.. sebab rasanya sungguh sedap.. kaya dengan rasa pisang dan coklat hihi. Cuma saya tak taburkan badam sebab nak elakkan selera anak-anak terbantut. Diorang tak gemar sangat kekacang ni.. Kakak apa lagi, bila tengok taburan coklat cip tu, suka lah dia.. tp bila gigit jumpa pisang, mula lah berkerut dahi tu....aduuui payah betul nak tawan hati dia , sangat cerewet dan memilih...



3 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum..cantik kejadian pemukaan muffin ni..sure dlm nya cantik gebus...sdp..tegoda negok

5A's said...

waalaikumussalam kak sheila..
alhamdulillah kak,gebuuus :) sedap sgt :)

noramohamad said...

sedappp sangatttt...sejak jumpe recepi ni..so far tak try recepi lain lgiii