Recent Posts

Tuesday, March 12, 2013

update kebun mini p2

assalamualaikum...
salam sejahtera semua ye

hari ke 41 berpantang..hihi
kalau yang berpantang sampai 40 hari tu , dah "merdeka" lah ye
tapi kalau bab pantang sesetengah jenis makanan tu , ada sampai setahun jugak saya pantang
kalau my mom, adalah jenis2 sayur yg dia tak bagi makan dan lama pantangnya
"pantang" tu penting untuk wanita ni kan..
hari ni saya boleh lah sapu2 lantai , mop-mop lantai ye
masak-masak dah kita buat hari-hari...
teringat jugak my mom cerita.. dia dulu berpantang takde orang tua
dalam pantang semua kena buat sendiri
dahla dulu pakai air telaga atau perigi je
alhamdulillah.. mungkin bab makan dia jaga, dr segi kesihatan takde masalah

ok, sebab arini hari ke 41 saya..
dan budak kecik tu tidur...
jadinya saya keluar tinjau-tinjau kawasan kebun mini yg terbiar hihi

kaduk dah naik junjung!!!
subur je.. menjalar ke merata-rata tempat..
jadi saya trim kasi kemas sikit la kan.. biar berbaris elok kat dinding pagar tu
pastu ada serumpun rumput yg tumbuh segar, mcm serai gitu..
mmm agaknya en.suami ingat tu pokok serai.. tu yg dia biarkan je rumput tu tumbuh
sekarang dah selamat.. tinggal batang je, dah gunting..
mmmm kunyit kat tanah tu elok pulak..
yang saya alihkan dalam pasu, segan je nak naik
mungkin tanah tu keras sangat...



empat batang pokok manis ( pucuk manis )..
saya tanam hujung tahun lepas.. ambik anak pokok dari kampung
ayah yang tolong carikan sekeliling rumah..
anak pokok yang tingginya masa tu sepanjang jari telunjuk je..
tadi hampir setinggi bahu saya.. cantas bagi rimbun...
sayang pulak buang pucuk dan daunnya yg muda camtu je..
tapi takkan kot saya nak masak.. kena pantang lagi niiih.. sejuuuk hihi

pandan... kalau jenguk kat SINI macam dah nak mati je kan??
alhamdulillah... subur merimbun hihi
sengaja tanam pandan yang jenis daunnya tak besar sangat...

yang ni pulak halia...
seronok pulak tengoknya.. yang kat atas tanah tu dah mati rasanya
oooh.. rambut kakak auni yang ku potong hari tu
ada dalam pasu ni rupanya...

masa balik kampung untuk bersalin hari tu.. dekat sebulan jugak tinggal rumah.. jadi ada pokok2 kesayangan saya yang mati.. antaranya pudina , ulam selom , kesum.. keriiing. musim kemarau sama haritu.. masa sampai je kat sini dari kampung, rumput kat padang depan rumah ni kering dan tak ada langsung color hijau.. sekarang alhamdulillah... dah menghijau pun :)

2 comments:

nadia rashid said...

suka tgk pandan tu...kat umah sy tak hijau sgt colornya..kekuningan soft hijau...nak alih ke pasu jugak lah

rahel said...

Segar mata memandang kebun kecik yg menghijau....