Recent Posts

Tuesday, March 19, 2013

roti yang tak berapa menjadi..

assalamualaikum...

menu untuk makan malam , malam semalam hihi
sebenarnya ni dah kali kedua saya buat sosej blossom bun
seperti biasa , menggunakan basic dough oleh kak nor
cuma kali ni agak menghampakan pulak hasilnya
tak lembut dan gebus macam roti sardin yang saya pernah buat kat SINI
tapi bukan salah siapa-siapa ye.. salah diri sendiri
rasanya mungkin sebab saya gunakan water roux yang masih panas-panas suam gitu
nak cepat dan kalut.. panik kejap bila budak kecik merengek-rengek dan suami nakgi masjid masa tu


roti jadi kering sikit..
sebelum tu kak nor dah bagi tips untuk dapatkan roti yang moist dan tak kering kat bahagian atas
pesannya letak air panas didih dalam mug tembikar atau loyang kecik dan letak dalam oven masa bakar roti tu.. yang ai pulak pi letak air paip sejuk dalam loyang..
roti dah masak , wap tak naik pun haha
tu lah.. tak dengar betul-betul cakap cikgu

kat bawah tu untuk saya, sebab masih tak berapa boleh nak telan sosej..
kemain nak buat cam kak nor tu
tapi tak tahu cara nak gunting jadi bintang lima , makanya jadi berbintang2 hihi
tak gebu pun tapi laku jugak roti ni.. mungkin masing-masing perut tengah lapar masa tu


BASIC DOUGH my style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


ni gambar masa kali pertama try buat sosej blossom.. bulan Mei tahun sudah ni..
yang ni nampak lagi ok.. siap buat roti munge-munge inti kacang dan cekelat lagi..



4 comments:

K.Nor said...

not bad dah tu atie.. atie pakai BM ek.. cuba uli 2x.. insyaallah doh jd lg lembut dan roti pun makin gebu.. teruskan ya.. :)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...Tapi nampak sedap juga ni..apapun..Thanks panjangkan tips berguna dari Kak Nor cayangggg....

adda syuhada said...

terus segar bijik mata tgk roti2 nih..kalau dpt seketul dua sedap gk nih..

Mieza said...

Atie..tak jadi ke tu? Mieza nampak mcm jadi je..yg ada sosej dan black bean tu...cantik je atie buat..kalau mieza buat lagi tak jadi hahaha..mieza tk pandai buat roti heheheh beli je laaa kat kings kalau mieza nak makan...mmg teringin nak meroti sbnrnya huhuhu