Recent Posts

Saturday, March 16, 2013

Creamy Oreo Blueberry atau Melty Hershey kah ia??

Assalamualaikum...



Dessert yang sangat sedap nih dihasilkan gara-gara nak selamatkan whipping cream yang ada tu..
kan membazir pulak kalau rosak camtu je..
asalnya nak buat tiramisu kegemaran en.suami.. tapi rasa makan masa pulak..
godek-godek resipi Melty Hershey yang tengah glamor sekarang..
macam-macam cara dan bahan yang digunakan..
akhirnya saya ubahsuai mengikut bahan mana yang ada kat dapur dan peti ais tu je
dan tersangatlah simple , mudah dan cepat untuk disediakan...
yang saya buat nih boleh ke dinamakan Melty Hershey??
sebelum nih bila dengar nama tuh saya ingatkan bahannya wajib ada choc Hershey ke apa..



CREAMY OREO BLUEBERRY
sumber : Atie

Bahagian krim :

250 gram cream cheese ( suhu bilik )
250 ml  whipping cream
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar jus lemon

- campurkan kesemua bahan-bahan dan putar sehingga berkrim.
- masukkan ke dalam piping bag dan sedia untuk digunakan.

Bahagian lapisan dan hiasan:

- biskut oreo yang dihancurkan
atau boleh guna yang dah siap ( oreo small crushed )
- filling blueberry secukupnya
- sliced almonds
- atau bahan-bahan lain yang sesuai dan ikut selera

Cara membuat :
- masukkan biskut oreo yang dihancurkan sebagai dasar
- paipkan krim
- letak filling blueberry dan lapiskan semula dengan biskut oreo tadi
- lapiskan lagi dengan krim dan hias dengan sliced almonds dan lebihan filling blueberry tadi
- sejukkan sebelum dinikmati.



mmm.. kalau ada buah blueberry dalam tin atau yang segar, lagi best nih..
saya punya nih pakai bahan mana yang ada je..
tapi dah cukup menyelerakan untuk dinikmati hihi
dapat lah dalam 3 bekas puding tu dan satu bekas plastik cam dalam gambar kat atas
yang dalam bekas plastik tu , bagi dekat jiran belakang
tak leh makan banyak-banyak.. lagipun baru je lepas pantang hihi


sebelum buat, macam-macam idea nak lapiskan benda alah ni
tapi bekasnya rendah je.. jadi camni jelah..
kalau dapat lapiskan dengan buah-buah ke, sedap juga...

3 comments:

Amie said...

adeeeiiii.. whipping cream ada lagi dalam peti ais...tak bila nak habis, nak buat melty macam tak larat pulak... bukan tak larat, takut tak jadi he he ehh.

Mas said...

mengancamnya akak tengok...

Lesung Batu said...

salam kenal..nampak menarik bila letak almond banyak2 camtu.. :)