Recent Posts

Wednesday, March 20, 2013

Chocolate Chips Cookies Simple

assalamualaikum...

baru je buat cookies ni 2 hari sudah..
tapi rasa tak puas pulak makan sebab kakak bawak bakinya untuk kawan-kawan
dan petang semalam sementara tunggu en.suami dan anak-anak pulang buat lagi
nasib baik masa tu si athif lena je tidur
kali ni buat dua adunan.. satu tambah dengan serbuk koko
punyalah simple, mudah dan cepat buat kukis ni.. dalam masa tak sampai sejam siap bakar semuanya
siap kemas-kemas bagai.. nanti tak adalah en.suami terkejut tengok keadaan dapur tu hihi

yang bestnya kukis ni tak pakai telur..
resipi yang sangat mudah.. sekali baca terus lekat dalam kepala hihi
dan yang penting hasilnya tidak mengecewakan
terima kasih Tun sebab kongsi resipi kukis ni :)

masa kali pertama buat , saya gunakan 3/4 cawan butter je.. cookies ni tetap elok..
semalam untuk adunan kedua yang dicampurkan dengan serbuk koko , saya gunakan secawan butter dan lebihkan 1/2 cawan gandum.. cookiesnya tetap elok jugak .. cuma masa nak sudukan untuk bakar , adunan cam berderai sedikit.. jadi guna tangan je bentuk ala kadar.. bila dah masak tu , ok je.. takde lah keras jadinya... jadi pandai2 lah kalau terkurang dan terlebih tu hihi

kalau dapat tambahkan kekacang nih, best jugak
tapi memandangkan anak-anak tak berapa suka.. abaikan je lah
utamakan selera budak-budak sekali sekala



CHOCOLATE CHIPS COOKIES
resipi : Tun Telani
sumber : Atie

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang ( saya guna 1/2 cwn je.. tu pun masih rasa manis )
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

3 comments:

Balqis Nazid said...

Wahhhh macam biskut apa yang famous tu.... Sedapnya.. Lepas tu minum teh o panas2 aiiii...tak sedar dah habis sebalang dk

tun_telani said...

resepi ni mmg tun duk ulang2 buat.. raya pun wat resepi kukis ni jugak ^^ sgt simple dan senang nk buat.. tiba2 rasa mcm nk mengukis la pulak..

Don't Afraid to Try said...

sy pun teringin nak bt...nmpk simple, tp sedap..thanks for sharing the recipe..