Recent Posts

Thursday, May 17, 2012

Sardine rolls utk dinner

assalamualaikum...
tak rancang pun nak buat sardine rolls ni.. keinginan tudatang tiba2 je.. alhamdulillah, dalam waktu yang singkat semuanya telah tertunai tadi.. sardine rolls untuk makan malam kami hihi.. banyak jugak dapat.. siap bagi kat jiran belakang lagi.. td confuse jgk masa nak bakar. tengok kecik je sebelum bakar.. risau tak naik @ kecik tak padan ngn paper cup tu.. tp ok sedang2 je..cadangnya nak nagi dua adunan ni , nak buat roti munge2 yang bubuh inti kacang merah tp sebab mood rajin tak berapa ada.. takde lah berbunga2 roti ku macam kat umah kak nor dan dapur tun tu..hihi

lawak pulak bila fikir masa mula2 berjinak nak wat roti nih, gali2 resipi rata2 pakai "water roux" utk kasi roti tu lagi lembut.. tp bagi orang jakun macam saya nih , dengar istilah camtu dah gerun lari lintang pukang.. hehe takuuuut nak cuba.. haha bila skali cuba terus menjadik cenggini, rasa bangga la pulak hihi nyesal pon ada.. napelah saya tak cuba buat dari dulu lagi kaaaan...


BASIC DOUGH my style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.




 INTI SARDIN

Bahan: 
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang  ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.
** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya.



oklah..nanti esok lsa nak try buat roti guna basic dough lagi...
nak wat roti munge2 macam kak nor ganung tu hihi

1 comment:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam pagi, lapar jadinya kak ros tengok roti ni pagi2.belum sarapan ni....