Recent Posts

Saturday, March 30, 2013

Roti Inti Sardin

Assalamualaikum...



Menu sarapan pagi tadi.. merangkap makan tengahari jugak hihi.
Lewat petang baru jumpa nasi.. terima kasih en.suami belanja nasi arab.

Suka sangat dengan kejadian roti kali ni , sangat lembut dan gebu dan tak kering jika dibiarkan dekat luar... resepi untuk roti ni saya macam biasa , dah tak boleh nak lari dari guna resepi basic dough  dari kak NOR SecubitGaram tu.. kali ni saja tak nak buat rolls macam yang saya pernah buat kat SINI. Gatal tangan nak memintal-mintal.. tapi satu je yang boleh kata menjadik.. satu lagi bentuk entah apa-apa.. tapi masih cantik ape ehehehe.. mmm kalau nak buat pintal camni , untuk satu adunan doh tu sesuai di bahagi dua.. kalau buat sebijik je tak tahulah hasilnya bila dah masak besar mana. yang ni pun dah cukup besar bagi saya.. masa duk bakar , asyik duk menghadap pintu oven je takut diorang ni duk saling menghimpit..hihi mujur lah diorang rapat-rapat gitu je...


 

BASIC DOUGH my style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.





 INTI SARDIN

Bahan: 
1tin sardin (saiz besar) ~ k.nor guna brand Pertima/Agromas
2 ulas bawang putih ~ diketuk & dicincang
2 biji bawang besar ~ dihiris
2 biji ubi kentang  ~ dipotong dadu kecil
3 biji cili merah ~ dipotong dadu/kecil2
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis/kasturi
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang menjadi layu dan kekuningan dan masukkan sos dlm tin sardin.
Kacau seketika dan masukkan ubi kentang.
Sementara itu keluakan isi ikan sardin dan lenyek hingga hancur.
Masukkan sedikit air kedalam tumisan utk memastikan ubi kentang td masak.
Masukkan isi ikan, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga ubi kentang masak dan inti menjadi sedikit kering
Masukkan jus limau nipis dan kacau rata dan padamkan api.
Biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.

*Lebihan inti yg digunakan hendaklah dimasukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm freezer. Ini boleh memudahkan kerja bila nak gunakan di lain waktu.
** Inti sardin ni boleh digunakan sebagai inti karipap, Baked Sandwich, sebagai inti dadar berlauk, cara berlauk, pendekkata mmg boleh digunakan dlm mcm2 kuih lain, terpulang pd kreativiti masing2 ya.



Kali ni roti jadi lembut dan tak kering di bahagian luarnya mungkin disebabkan saya guna tips yang kak Nor pesan tempoh hari..letak air panas didih dalam mug tembikar atau loyang kecil dan letak dalam oven masa bakar roti.. nampaknya tips tu sangat-sangat membantu untuk dapatkan hasil roti yang baik kan kak Nor?


Sangat berpuas hati dengan hasil kali ni... 
Mmmm kalau diisikan dengan inti kacang merah ni mesti sedap oooh...

  nak tengok cara membentuk roti camni boleh jenguk ke SINI

2 comments:

rahel said...

Sedapnya roti sardine...dah lama tak uat roti...nampak sedap la..

Anonymous said...

Assalamualaikum , klu nak cepat ubi kentang yg telah didadu di goreng / rebus terlebih dahulu