Recent Posts

Thursday, March 28, 2013

Puding Tembikai

assalamualaikum...

tiba-tiba jumpa gambar lama dalam folder makanan..
dah lama sangat buat puding ni.. tp mungkin kecewa sbb tak menjadi sangat, comot je... so saya malas na buat entri pasal kejadiannya.. tp percaya lah ye, puding ni agak sedap juga.. nanti lah bila ada kelapangan akan cuba buat lagi untuk kali keduanya hihi





PUDING TEMBIKAI
sumber : Nieza


Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air) 
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil
  • sedikit pewarna hijau /merah 



Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikaiBiar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

3 comments:

mama sara nur said...

assalam
cantik puding ni dan sedap jg tu kan
yum yummm

adda syuhada said...

Assalam..
sedapnya..panas2 cmni sedaplah kalau dapat makan puding nih..

TukangKebun said...

Comelnya...sangat menarik.