BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam |dipotong 16
  • 5 sudu makan minyak masak
  • Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya
  • 3 ulas bawang putih l dikisar
  • 5 ulas bawang merah l dikisar
  • 7cm halia l dikisar
  • 15 biji cili kering l dikisar
  • 5 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 2 ketul gula melaka
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 sudu makan madu
  • Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
  • 2 biji bawang Holland | dihiris bulat
  • 10 biji gajus
CARA MEMASAK:
1 Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Perap seketika dan goreng di dalam minyak yang panas separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2 Panaskan minyak masak di dalam kuali sekali lagi. Tumiskan tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan 4 sekawan hingga naik baunya.
3 Selepas itu masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati dan sos menjadi pekat.
4 Kemudian masukkan ayam, tuangkan madu dan kacau rata.
5 Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
6 Angkat dan sedia untuk dihidangkan.