Assalamualaikum...
lauk yang saya masak untuk makan malam Rabu hari tu..
asalnya nak masak untuk tengahari.. tapi disebabkan budak kecik tuh tidurnya tak lena, terpaksa ditunda..
bila dia tidur , cepat2 masuk dapur...
memang patut namanya MADU 3.. maniiis :)
saya punya cam tak pekat kuahnya.. sos tomato takde,ganti dengan buah tomato cincang je..
lain kali akan cuba lagi resipi ni..
AYAM MASAK MADU TIGA
sumber : rasa.karangkraf.com
sumber : Atie
lauk yang saya masak untuk makan malam Rabu hari tu..
asalnya nak masak untuk tengahari.. tapi disebabkan budak kecik tuh tidurnya tak lena, terpaksa ditunda..
bila dia tidur , cepat2 masuk dapur...
memang patut namanya MADU 3.. maniiis :)
saya punya cam tak pekat kuahnya.. sos tomato takde,ganti dengan buah tomato cincang je..
lain kali akan cuba lagi resipi ni..
AYAM MASAK MADU TIGA
sumber : rasa.karangkraf.com
sumber : Atie
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam |dipotong 16
- 5 sudu makan minyak masak
- Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya
- 3 ulas bawang putih l dikisar
- 5 ulas bawang merah l dikisar
- 7cm halia l dikisar
- 15 biji cili kering l dikisar
- 5 sudu makan sos cili
- 3 sudu makan sos tomato
- 2 ketul gula melaka
- 3 sudu makan gula pasir
- 3 sudu makan madu
- Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
- 2 biji bawang Holland | dihiris bulat
- 10 biji gajus
CARA MEMASAK:
1 Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Perap seketika dan goreng di dalam minyak yang panas separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2 Panaskan minyak masak di dalam kuali sekali lagi. Tumiskan tumiskan bawang merah,bawang putih,halia dan 4 sekawan hingga naik baunya.
3 Selepas itu masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati dan sos menjadi pekat.
4 Kemudian masukkan ayam, tuangkan madu dan kacau rata.
5 Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
6 Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
2 comments:
sedapnya nmpk...teringin jgk nak try..
takut tgk nama resepi ni..he3..tp mesti sedap..
Post a Comment