Tuesday, October 30, 2012

Red Velvet Cupcakes... mengidam di tengah malam

assalamualaikum...


kali ke-2 buat Red Velvet.. kali pertama buat Red Velvet Cake kat SINI sempena anniversary kami yang ke-4. pastu malam tadi tiba-tiba teringin sangat-sangat nak makan .. cuma kali nih buat versi cupcakes.. comel je. pakai souffle cup , cun-cun dapat 30 bijik.. cup tu pun ada 30 bijik je hihi..


 

 

sepatutnya isi 1/2 adunan dalam dalam cup barulah naik elok rata je kan.. tp sbb cup cukup2 je ada, jadik saya isikan 3/4 adunan.. tu yang naik tinggi je.. suka sangat dengan tekstur kek nih, sangat lembut dan gebu berbanding dengan yang saya buat kali pertama tu.. akan datang, akan ulang buat pakai resepi yang nih jugak..


Red Velvet Cupcakes
by : atie
sumber : IRMA

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor -saya pakai 270 gram je
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

nak tahu dengan lebih lanjut cara membuatnya, boleh je intai terus kat blog irma. kat bawah tu saya dah ringkaskan untuk rujukan sendiri pada masa akan datang hihi



Cara : 
1. Ayakkan bahan A. Ketepikan.
2. Pukul butter sehingga kembang.
3. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi lebih kurang 3 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul. ( masuk sebijik telur, pukul..pastu masuk lagi sebijik dan pukul lg.
5. Masukkan esen vanila dan pukul seminit.
6. Campur ke dalam adunan tadi bahan A dan B berselang seli. Mula dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.. kenapa ye? hihi saya pun tak tahu...ikut jelah:)
7. Putar  dengan kelajuan perlahan.. masa nih saya kacau pakai whisk je.
8. Dalam bekas kecil campurkan bahan D. Tunggu sehingga buih cuka dan soda tadi berhenti mengeluarkan bunyi berdesir.
9. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sebati.
10. Saya bakar selama 25 minit dengan suhu 165'C sebab pakai souffle cup je.

CREAM CHEESE FROSTING :
( saya ikut citarasa sendiri )
250 gram cream cheese
70 gram gula castor
3 sudu besar butter
3 sudu besar susu segar

- campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang.
- kemudian paipkan ke atas cupcake tadi.




gaya budak laki sedang menikmati keenakan RVCC...

5 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
wow.. sini pun ada RVC ye.. pandai wat.. gebu elok kek tu naik.. cantekkk sangat.. :)

Mas said...

Salam..
Salam perkenalan :) seronok berjalan kat blog awak ni...:)

Sedapnye kek red velvet...saya pun suka buat..

Kalau ada masa , jom lah follow blog saya ... tq..:)

http://masmohdrazi.blogspot.com/

Unknown said...

cantiknya rvc tu akak belum pernah try lagi nak copy resepi ya nk try jugak ni isnyaallah nampak sedap lah

rahel said...

Memang gebu jer kek red velvet ni...bole cuba la nanti..

munna said...

cantik je nampak kek rv tu.... gebu pulak tu....