assalamualaikum...
dah sarapan ke? pagi ni tuan rumah abiskan sisa2 mee rebus tulang yang dibuat semalam je.. cadangnya hari ni nak masak nasi awal sikit sbb semalam kitorang tak jamah nasi nasi langsung.. anak-anak dan suami hanya dijamu mee aje hihi
sebenarnya muffin pisang nih dah lama buat.. sehari selepas Izah tayang Muffin Pisang Coklat Chip esoknya terus buat hihi cuma saya gantikan inti coklat @ coklat chip kepada coklat urai je.. sedap..kat luar nampak berkerak.. dalamnya sangat moist...
risau juga dengan berat badan sekarang..nak tunggu sampai bersalin ntah berapa angka lah berat nih naik.. mulut pulak asyik mengidam nak makan kek je.. nasi pun berselera jugak hihi ok sampai sini dulu.. nakgi sambung bergarden2 pulak hihi

MUFFIN PISANG COKLAT RICE
by : atie
sumber : Ros JintanManis
Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
1 cawan suku gula ( 1 1/3 cawan)
2 biji pisang yang ranum atie pakai 250gm
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan ( suku) susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) atie ganti dgn 2 sudu besar coklat rice
Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.
3 comments:
salam sejahtera ..happy di hujung minggu...sdp mapin hee ank2 akk pun suka..minggu lepas baru buat kek pisang gebu...suka kek yg ada perasa pisang ingat cuti sklh nnt leh le try buat mapin pisang coklat tq resepi :-)
assalamualaikum...
bestnye wat muffin pisang.. ada coklat rice tu lagi best.. mmg sedap coklat ngan pisang.. :)
Sedapnya.
Post a Comment