Recent Posts

Monday, December 19, 2011

bread pudding lain versi

assalamualaikum...

dah agak lama baru nak post entri tentang puding roti.. tidak ada yg istimewa sangat pun dengan menu ini kan.. maksud saya, ia hidangan yg biasa dan paling simple untuk dibuat oleh ramai orang.. bahan yg paling asas hanya roti, telur, susu dan sedikit gula. bahan2 yg sememangnya sudah tersedia di dapur kita semua.. simple kan? haha tp klu tak kena cara sudah tentu lah tak menjadi jugak.. mungkin keras @ rasanya tak cukup mengancam. saya masih ingat pernah sekali saya gatal2 blend semua adunan sehingga halus, hasilnya puding roti tu keras sangat haha


 buat puding roti ni masa balik kampung aritu... buat kat rumah en.suami. asalnya nak buat puding roti sos kastard, memandangkan tiada stok tepung kastard.. saya olahkan sikit bahan2 tu kasi manis sikit dia punya rasa. resipinya hampir sama je macam kat SINI  dan SINI. kali ni puding nih rsa lebih lembut mungkin sbb saya lebihkan telur tu 


BREAD PUDDING CHOC CHIPS 
by : atie
Bahan-bahan:
12 keping roti gardenia
750ml susu segar
4 biji telur gred A
1sudu besar tepung jagung
8-10 sudu besar gula
esen vanila
chocolate chips & mix fruits secukupnya

Cara menyediakan :
1- griskan bekas dengan butter
2- susun kepingan roti yg telah dipotong dadu
3- campur dan pukul bahan lain kecuali choc chips dan mix fruits
4- tuangkan bahan2 tadi ke atas roti dan biarkan selama 30 minit
5- sebelum bakar, taburkan choc chips dan mix fruits
6- bakar sehingga masak ( kekuningan di bahagian atas )

kat rumah en.suami nih saya pakai microwave.. jadi suhu apa bagai saya tak reti. MIL yg tolong settingkan after tanya2 SIL yang dah balik asrama.. bila masak, bahagian atas tu sedikit garing tp bahagian bawah tu cam lembap.. tp hasilnya tetap memuaskan tekak yg menjamahnya hehe

2 comments:

Tina Othman said...

nyum, sedapnya, lama tak buat puding roti, tapi klu saya lebih suka guna roti butterscoth gardenia, lagi sedap =)

KuNanGKuNanG said...

sedapnye..sy wat puding roti ni 2 kali dah tp dua2 xmenjadi..huhu