Recent Posts

Sunday, December 11, 2011

Kek birthday... Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum...

aduh line tenet yg sgt slow mcm kura2 pulak hihi bila dah nak tengah2 malam nih baru ok sikit.. akhirnya saya berpeluang jugak merealisasikan hasrat yg dah tersangat lah lama nak buat oreo cheese cake ni. tahun lepas sbb teringin nak makan, saya oder je utk besday auni ngn en.suami..


sbb harganya pon boleh tahan jgk mahalnya, maka saya pasang lah angan2 nak buat sendiri.. pastu bila tengok cara bakarnya macam susah je, terbantut lah keinginan tu.. masa tu jakun... tak tahu bain marie tu ape.. bakar scr double boil lah.. susaaaaaaaah je rasanya. belum cuba belum tahu kan. bila dah mula sekali, rasa ok je pun.. bukan susahnya pun hehe

sebelum kakak no.2 datang rumah utk kenduri kesyukuran dan akikah aritu, awal2 dia sms minta buatkan sebiji kek harijadi utk anaknya.. toink! toink! idea nak buat kek nih terus melintas.. then, belek2 dan intai2 resipi dr blog kak Ummi. memang dulu hari2 duk tatap jamu mata kek nih kat belog dia...




Oreo Cheesecake
copy dr : kak Ummi
Bahan:-
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus - saya campur ngn biskut marie
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-

  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan - saya pakai 450gm
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus


Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.




 hah tengok lah, sapa yg dah lebey niiiih... masa saya duk menutup aurat kek nih ngn choc ganache, dia dah ngamuk2 hulur pinggan utk isikan dia kek. pastu saya bagi periuk yg masih ada saki baki choc ganache tu utk dia licinkan.. sepupu sepapatnya pun tumpang sekaki hihi bila keluarkan pisau nak bagi kat azfar, dia terus terkam dan terus jadi hakmilik dia.. kek dia, semuanya dia yg punya...
 ayyo...  bersopan sungguh duhai anak....

 hmmm... kek tuh bukannya dia teringin sangat. yg dia makan cuma choc ganache tu.. pastu tinggalkan gitu je kek tuh utk ibu dia abiskan.. huhuh sayang tau.

ni lah ghupenya birthday boy tu...
layan je lah gambar dia menikmati kek yg enak tu..


arrghhh takutnya!

1 comment:

quinnie said...

atie..cantik keknya....buat sendiri memang lebih untung...hehehe...